My Followers

Thursday, August 5, 2010

Perkongsian Ilmu Semasa Di Bengkal Salah Laku Anak Dan Penceraian

Diharapkan semua sahabat-sahabat dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang apa yang telah saya dapat sepanjang Bengkel Salah Laku Anak dan Perceraian yang di adakan di UKM anjuran Projek Penyelidikan UKM-GUP pada 5hb baru ini. Terdapat 3 slot sepanjang bengkel itu berjalan.  Tapi saya rangkumkan isu yang akan saya kongsikan dalam satu ulasan dari 2 slot yang saya ikuti agar dapat membuka minda kita.Dan satu lagi slot akan saya kongsikan pada post yang akan datang.Insyaallah.

    Apabila kita berdiskusi berkaitan dengan salah laku anak-anak, banyak faktor yang menyumbang ke arah berlakunya tingkah laku delinkuensi. Perbincangan yang telah didiskusikan adalah perkaitan antara penceraian ibu bapa dengan tingkah laku delinkuensi anak2.Sebelum kita pergi lebih jauh,saya ingin lontar satu persoalan kepada semua pembaca, adakah penceraian punca salah laku anak2 atau penceraian bukan punca salah laku anak2?Sudah ada jawabannya?Kalau dah ada,simpan dulu dan teruskan ikuti perbincangan yang akan saya kongsikan.

   Kajian dari salah seorang sarjana barat bernama Bushang mengatakan 60% menunjukkan bahawa anak2 yang lahir kesan dari perceraian ibu bapa mereka bukan faktor penyumbang berlakunya delinkuensi dan 48%  pula menunjukkan bahawa anak-anak yang melakukan delinkuensi adalah datangnya dari keluarga yang sempurna (tidak bercerai) tetapi keluarga tersebut tidak berfungsi sehingga anak2 terlibat dalam delinkuensi.  Kita lihat apakah kesan yang berlaku akibat dari penceraian ibubapa mereka dan sekali gus menyebabkan berlaku delinkuensi anak-anak.

1- Ibubapa yang tidak mementingkan atau tidak menghiraukan perkembangan anak-anak kesan dari penceraian yang berlaku menganggu emosi ibu atau bapa tadi.
2-Tidak mempunyai corak displin yang baik di dalam rumah.
3-Tekanan emosi pada anak2 kesan dari perceraian.
4-Tiada role model dalam rumah.

Anak2 yang sering melihat ibubapa mereka bertengkar adalah lebih agresif.Faktor keluarga merupakan faktor jangka panjang dalam membentuk tingkah laku anak2. Heiraki dalam sesebuah keluarga tersebut perlu berfungsi sepenuhnya.Apabila tidak ada didikan yang baik, nasihat yang membina, tidak berlaku skill komunikasi yang baik, tidak berlaku teguran, tidak ada hukuman jika anak2 melakukan kesalahan maka inilah antara sebab kenapa anak2 gagal dibentuk dan terlibat dengan delinkuensi ini.Penceraian yang berlaku antara suami dan isteri adalah disebabkan mereka tidak lagi saling memahami tetapi walaupun dah bercerai 'tanggungjawab adalah menjadi keutamaan bukan sebagai jalan untuk melepaskan tanggungjawab tersebut'.

Persoalannya yang hendak dilontarkan mengapa stigma masyarakat hari ini melihat bahawa delinkuensi anak-anak dilihat sebagai berpunca 'daripada' masalah penceraian ibu bapa berbanding melihat masalah delinkuensi ini sebagai punca 'kepada' kehancuran sesebuah keluarga??Apakah penceraian itu punca utama kepada berlakunya delinkuensi anak2?Tentu sahabat-sahabat semua dah ada jawabannya.Sama-sama fikirkan.

    Post akan datang saya akan kongsikan pengalaman seorang pegawai yang bertugas di Sekolah Hendry Gurney selama 14 tahun,Segala kisah dan pengalaman yang beliau kongsikan akan saya kongsikan bersama dengan kalian.Insyaallah..Jumpa lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails