My Followers

Kesedaran Ilmu Perancangan Harta Pusaka

 Sumber:  http://pengurusandanperancanganharta.blogspot.com/
Boleh di katakan setiap tahun ada saja berita-berita yang berbunyi “Seorang lelaki mati di tetak kerana perebutan harta pusaka”, “Anak kemukakan tuntutan harta terhadap ibu kandung”, “Nenek ditumbuk sepupu-Tak puas hati pembahagian harta pusaka”, “RM40 Billion unclaimed cash and assets left by the dead”. Sedar tak sedar inilah sebenarnya yang di katakan fitnah harta. Rata-rata masyarakat pada hari ini berpendapat, dengan harta yang banyak hidup kita akan senang dan bahagia. Tanggapan itu memang betul…. Tapi kita perlu mengingatkan diri sendiri dan jangan sekali-kali kita leka dan ketahuilah bahawa harta yang banyak adalah sebenarnya tanggungjawab yang besar kepada kita. Kebahagian dunia dan akhirat boleh di capai dengan salah satu cara iaitu merancang dan menguruskan harta pusaka supaya tidak menjadi sesuatu yang boleh membawa kepada malapetaka buruk di kalangan ahli keluarga khasnya dan ekonomi negara umumnya.

Rasulullah S.A.W sejak dulu lagi pernah menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud:-
“Pelajarilah Al-Quran serta ajarkan ianya kepada orang lain dan pelajarilah Ilmu Faraidh serta ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya aku ini akan di cabut nyawa (mati) dan ilmu tersebut juga akan di cabut oleh Allah S.W.T. Lalu akan timbullah Fitnah Harta sehingga nanti akan ada di kalangan dua orang yang berselisih tentang pembahagian harta pusakan dan mereka sendiri tidak tahu siapakah yang akan dapat menyelesaikan masalah mereka” (Hadis Shahih riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Abdullah bin Mas’ud)

Kurangnya kesedaran mendalami dan mempelajari ilmu perancangan dan pengurusan harta pusaka dan Ilmu Faraidh membawa kepada mala petaka yang boleh di simpulkan seperti berikut:-
  1. Perbalahan sesama ahli keluarga hingga sanggup menzalimi dan menganiaya sesama sendiri;
  2. Merampas hak orang lain dan memakan harta anak yatim;
  3. Memalsukan dokumen-dokumen semata-mata untuk mendapatkan harta pusaka;
  4. Memutuskan silaturrahim, persaudaraan dan kasih sayang;
  5. Membawa implikasi yang besar kepada undang-undang, Ekonomi dan Sosial.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :”Wahai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu memakan harta di antara kamu dengan cara yang batil (haram atau tidak betul)”. (Surah An-Nisa ayat 29)
 
Allah juga berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 10 yang bermaksud :“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala”.
 
Ramai masyarakat Islam beranggapan bahawa Ilmu Faraidh adalah ilmu untuk orang yang telah meninggal dunia tanpa menyedari bahawa orang yang akan dan sepatutnya melaksanakan Ilmu Faraidh itu adalah orang yang masih hidup. Memang benar Ilmu Faraidh adalah merupakan kunci untuk menguruskan harta pusaka dan bagi orang yang masih hidup, Ilmu Faraidh akan menjadi pemangkin untuk melicinkan proses perancangan harta pusaka.
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Hasyr ayat 18 :“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwa lah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah di perbuatnya untuk hari esok”.
Allah juga berfirman di dalam surah Al-Imran ayat 185 bahawa :“Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati”.
Ini bermakna Allah S.W.T telah menegaskan bahawa kematian adalah satu kepastian bagi orang-orang yang masih hidup dan kita perlu bersiap sedia menghadapi untuk kepastian yang bakal menjemput kita. Perancangan Harta Pusaka amat di tuntut ke atas orang-orang Islam yang masih hidup untuk memastikan perkara-perkara berikut:-
  1. Melihat apa yang telah kita lakukan dalam mengejar kebahagian dunia dan akhirat. Adakah rezeki yang di perolehi hari ini diperolehi dari sumber yang halal dan diredhai Allah kerana pada satu hari yang pasti tiba bila ajal datang menjemput, harta-harta yang telah di kumpulkan tadi akan di warisi oleh waris-waris berhak kita;
  2. Memastikan bahawa selepas kita meninggal dunia, waris-waris kita berada dalam keadaan yang terjamin dan terjaga sepertimana kita masih hidup;
  3. Memastikan bahawa amal ibadah dan sedekah jariah yang kita lakukan semasa hidup dapat menjamin kebahagian kita di akhirat kelak;
  4. Mengenalpasti hutang-hutang dan merancang bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang-hutang tersebut sama ada semasa kita masih hidup ataupun setelah kita meninggal dunia tanpa meninggalkan beban-beban hutang yang akhirnya akan menyusahkan waris-waris kita. Rasulullah ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud :“Jiwa seorang mukmin itu disangkutkan dengan hutangnya sehingga hutangnya dilunaskan” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hajar & Tarmizi).
Anggapan masyarakat Islam kita pada hari ini, bila di beitahu mengenai pentingnya merancang harta pusaka, adalah seperti berikut:-
  1. Orang banyak harta sahaja yang perlu membuat perancangan harta pusaka;
  2. 2. Hidup ni pun harta tiada, nak rancang macam mana?
  3. 3. Aku tiada harta tapi hutang banyak….
Tanggapan seperti inilah yang perlu di kikis dari minda masyarakat Islam kita kerana tanggapan ini boleh secara tidak langsung membuat kan kita leka dengan tuntutan Allah S.W.T dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Dan kerana itulah Allah menurunkan Ilmu Faraidh yang tersergam dan tersusun rapi di dalam kitab suci Al-Quran kerana Allah tahu bahawa Ilmu tersebut lah yang mampu menjauhkan umatnya daripada pelbagai Fitnah Harta dan merupakan penyelesaian terbaik bagi semua masalah-masalah yang di hadapi umatnya khususnya yang berkaitan dengan harta pusaka.

MEMPERKENALKAN PAKEJ PENGURUSAN AL-WASITAH DELIMA 

Setiap yang hidup pasti akan mati.Sudahkah anda merancang harta dengan bijak sebelum anda meninggal dunia?Wasiyyah Shoppe merupakan satu-satunya syarikat di MALAYSIA yang memberi perkhidmatan percuma kepada waris-waris selepas kematian anda tanpa mengeluarkan satu sen pun. Wasitah Delima merupakan produk terbaru yang dicipta untuk memberi kemudahan dan manfaat kepada pelanggan dan waris-waris.Jadi jangan tunggu lebih lama, kerana perkhidmatan profesional ini pasti memberikan kepuasan kepada anda dan seluruh ahli keluarga anda.

Pakej Pengurusan Al-Wasitah Delima

*KONSEP – ‘AT-TAAWUN WA KASBUL MANFA’AH’ BANTU MEMBANTU DAN MEMPEROLEH MANFAAT.
*MANFAAT UTAMA :
-          KHIDMAT RUNDINGCARA PUSAKA PERCUMA UNTUK WARIS –  WAKIL WASIYYAH SHOPPE DATANG KE RUMAH BERJUMPA WARIS PADA BILA2 MASA.

-          PROSES PENGURUSAN HARTA PUSAKA PERCUMA  SEHINGGA SURAT KUASA MENTADBIR DIKELUARKAN – WASIYYAH SHOPPE SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN UNTUK DITANDATANGANI OLEH WARIS DI RUMAH. 

*MANFAAT SAMPINGAN
-          WASIYYAH SHOPPE MENYEDIAKAN DOKUMEN  WASIAT 1/3 DAN PERLANTIKAN PENTADBIR   (PERCUMA)
-          KHAIRAT KEMATIAN RM 1000 ; DIBAYAR SEWAKTU SESI RUNDINGCARA DENGAN WARIS DIJALANKAN.
-          TAHAP KOS MAKSIMA URUS PUSAKA RM 8000 ; LEBIH DARI MENCUKUPI UNTUK KES HARTA PUSAKA BERNILAI RM 2 JUTA KE BAWAH ( DIBICARAKAN DI PEJABAT PESAKA KECIL ) .
-          PELANGGAN MENDAPAT MATA GANJARAN SETIAP BULAN APABILA MEMBAYAR FI BULANAN DAN APABILA PELANGGAN YANG DIPERKENALKAN MEMBAYAR FI BULANAN ; PROGRAM PELANGGAN-MEMPERKENALKAN-PELANGGAN (CUSTOMER-GET-CUSTOMER PROGRAM )

* MATA GANJARAN AL-WASITAH DELIMA
-          SETIAP BULAN PELANGGAN MENDAPAT 3 MATA GANJARAN PERIBADI APABILA MEMBAYAR FI BULANAN AL-WASITAH DELIMA.
( 3 MATA x 15 TAHUN = 540 )
-          APABILA KENALAN YANG DIPERKENALKAN MELANGGAN AL WASITAH DELIMA, PELANGGAN YANG MEMPERKENAL MENDAPAT 5 MATA GANJARAN SETIAP BULAN.   
( 5 MATA x 15 TAHUN = 900 )
SETIAP 1 MATA GANJARAN BERNILAI = RM1.00

*MATA GANJARAN ANDA DAN KENALAN

ANDA DAN KENALAN
MATA GANJARAN SEBULAN
TEMPOH SETAHUN
TEMPOH 15 TAHUN
PERIBADI
3
36
540
1 KENALAN
5
60
900
10 KENALAN
50
600
9000
20 KENALAN
100
1200
18,000
30 KENALAN
150
1800
27,000
40 KENALAN
200
2400
36,000

MATA GANJARAN BOLEH DITEBUS DENGAN BARANGAN / PERKHIDMATAN YANG DITETAPKAN

*KELAYAKAN MENIKMATI MANFAAT AL-WASITAH DELIMA

-          PELANGGAN PERLU MEMBAYAR FI RM 45/- SETIAP SEBULAN ( DIBAYAR SEHINGGA KEMATIAN ATAU TEMPOH 15 TAHUN ; YANG MANA SATU LEBIH CEPAT)
-          BAYARAN MUDAH MELALUI -ARAHAN BAYARAN BANK (STANDING INSTRUCTION) ATAU KAD KREDIT (GERBANG PEMBAYARAN)
-          BERUMUR DARI 18 TAHUN HINGGA 59 TAHUN
-          BERAGAMA ISLAM

*DI ANTARA KOS DAN PULANGAN (RM)
ITEM
RM
RM
LANGGAN RM45 x 12BLN x 15 THN

8100
TAHAP MAKSIMA URUS PUSAKA
8000

KHAIRAT KEMATIAN
1000

MATA GANJARAN
540
9540
LEBIH PULANGAN

1440

TIDAK TERMASUK MATA GANJARAN   DARI KENALAN


*MENGAPA ANDA PERLU DAPATKAN MANFAAT AL-WASITAH DELIMA ?

l  SUNNAH RASULULLAH SAW ; “Hendaklah kamu tinggalkan waris kamu di dalam keadaan kesenangan dan jangan kamu tinggalkan mereka dalam keadaan kesusahan meminta-minta dari orang lain.”
l  MANFAAT WARIS – TERIMA HARTA PUSAKA DENGAN KAEDAH YANG MUDAH, CEPAT DAN PERCUMA .
l  MANFAAT PERIBADI – TERIMA MATA GANJARAN HASIL BERDAKWAH KEPADA KENALAN.
l  MANFAAT UMMAH – EKONOMI KUKUH KERANA HARTA PUSAKA DAPAT DIWARISI DENGAN CEPAT OLEH WARIS – BOLEH DIGUNA SEMULA UNTUK MENJANA EKONOMI UMAT ISLAM.
l  PERKHIDMATAN DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT MILIK PENUH ORANG ISLAM YANG BEROPERASI BERASASKAN HUKUM SYARAK.
Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut sila emailkan kepada :
nur_raudhah03@yahoo.com dan sila tinggal no tel anda untuk dihubungi.Terima Kasih




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails