My Followers

Monday, August 27, 2012

Susu Kambing Fitrah Life dengan Kolagen



 Assalamualaikum..berita baik kepada penggemar susu kambing. Fitrah Power Resources telah mengeluarkan satu produk baru iaitu susu kambing yang diberi nama Fitrah Life. Susu ini diperkaya dengan KOLAGEN dan SERAT INSULIN. Berat bersih 650g dan boleh didapati dengan hanya harga RM45 (tidak termasuk kos penghantaran). Kos penghantaran menggunakan pos laju adalah RM10. Produk halal dan keluaran bumiputra Islam. Untuk membaca keterangan lanjut sila baca pamplet kebaikan susu kambing di atas. Ayuh kita hidupkan sunnah Rasulullah saw dengan meminum susu kambing.


Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk membeli susu kambing ini sila hubungi :

 013-20001976 (Fahmi)


Saturday, August 11, 2012

Tahukah anda Majlis Rakyat Mesir...




Tahukah anda?
Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :
- Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.



Allahuakbar..Moga kemenangan Islam di bumi Mesir akan menjadi sumber kekuatan untuk kita terus memastikan bahawa Islam akan tertegak di mata dunia khususnya di tanah air tercinta..Takbir!!

Sunday, August 5, 2012

Apakah Sebab Anda Melabur dan Menyimpan Emas?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca semua?
Saya doakan anda semua berada di dalam situasi sihat, ceria dan bahagia adanya.
Baiklah, topik kali ini adalah berkenaan:
Apakah sebab anda melabur dan menyimpan emas?
Soalan ini adalah unik dan perlu dijawab oleh anda dengan JELAS sebelum anda menceburi pelaburan emas. Setelah anda tahu sebab, maka anda boleh selaraskannya dengan mind setting yang betul dan strategi memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda.
Dengan kata lain untuk memaksimakan keuntungan dengan emas, anda perlu:
1. Tahu sebab anda membuat pelaburan emas (ini perkara 1)
2. Membuat “Mind Setting” yang sesuai dengan (perkara 1).
3. Menyusun strategi yang bersesuaian dengan (perkara 1).

Sebab-sebab seseorang membuat membuat pelaburan emas.

Setiap orang mempunyai sebab-sebab yang tersendiri mengapa mereka melabur dan menyimpan emas. Jika anda masih mencari sebab-sebab untuk menceburi pelaburan emas, maka anda boleh lihat contoh-contoh di bawah:
Antara sebab-sebabnya adalah:
1. Inginkan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB @ pelaburan lain.
2. Emas digunakan untuk tujuan penyimpanan bermatlamat.
3. Emas dilihat sebagai ubat mengelakkan kebocoran wang.
4. Emas dilihat sebagai aset @ harta.
5. Emas dilihat sebagai pelaburan/keuntungan jangka masa pendek.
Mari kita lihat satu persatu :)

 1. Inginkan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB @ pelaburan lain:

Anda melihat di dalam tv,  baca surat khabar dan majalah tentang trend pelaburan emas yang semakin menjadi-jadi. Anda ditunjukkan bukti-bukti graf kenaikan harga emas yang semakin tinggi. Jadi  anda rasa teruja apabila melihat kenaikan harga emas.
Anda melihat emas sebagai pelaburan yang memberikan pulangan  yang lebih lumayan berbanding ASB, Tabung Haji dan unit trust. Anda buat perbandingan pulangan satu persatu.
Ini adalah mentaliti pelabur.
Anda cenderung membandingkan kenaikan harga emas berbanding instrumen pelaburan yang lain. Bila harga emas naik, anda rasa seronok. Bila harga emas jatuh anda rasa sakit jiwa.
Jika pulangan emas lebih tinggi dari pelaburan lain maka anda rasa seronok menyimpan emas. Kalau harga emas jatuh atau kenaikan harga emas kurang berbanding instrumen pelaburan lain maka anda tidak gembira. Mungkin marah, mengutuk emas dan mengetuk kepala anda kat dinding.
Di dalam hati anda akan berkata “Daripada aku beli emas, baik aku beli getah sekerap, harga getah sekerap naik tinggi lagi dari emas”
Bagi anda, simpanan emas dilihat berbaloi sekiranya peratus kenaikan harganya lebih tinggi dari pelaburan lain. Kalau tidak, anda tak minat nak simpan emas. Mungkin anda minat invest komoditi lain seperti minyak sawit, timah, gas asli atau arang batu.
Mentaliti anda: Kalau prestasi emas lebih baik dari pelaburan lain, anda simpan. Kalau prestasi emas teruk, anda keluar dan invest ke tempat lain.

2. Emas digunakan untuk tujuan simpanan bermatlamat.

Ada orang menyimpan emas untuk satu tujuan yang jelas. Ini dipanggil simpanan bermatlamat @ tabungan bermatlamat.
Gambar: Emas sebagai simpanan bermatlamat.

Emas disimpan bagi mencapai objektif tertentu. Selepas objektif dicapai maka emas tersebut dijual dan tidak lagi disimpan. Contohnya ialah menyimpan emas bagi tabung kahwin, menunaikan haji, membeli tanah, melancong atau simpanan untuk anak masuk universiti. Memandangkan trend harga emas menaik maka anda simpan dengan harapan kenaikan harga emas yang tinggi mempercepatkan anda mencapai matlamat anda.
Biasanya anda akan membeli emas secara konsisten. Anda simpan sedikit demi sedikit. Samada harga naik atau turun  anda tetap membeli emas secara konsisten.
Anda tahu dengan kaedah ini anda mendapat keuntungan dengan teknik pemurataan kos.
Apabila kenaikan harga emas mencecah target RM yang diingini maka anda terus menjual, tukar kepada RM dan melaksanakan impian anda.
Mentaliti anda: Simpan emas secara konsisten + keuntungan harga emas naik = impian tercapai.

3. Emas dilihat sebagai ubat mengelakkan kebocoran wang.

Untuk pengetahuan anda, ada orang tangannya panas. Tak boleh pegang duit kertas. Mulalah fikir nak invest (yang karut-karut) atau belanja. Memandangkan simpanan di dalam bentuk ringgit lebih senang bocor (asal duit banyak ajer, mula gatal tangan nak berbelanja atau nak invest ke mana-mana).
Belanja duit kertas nie senang sangat. Betul tak?
Budak darjah satu pun tahu habiskan duit kertas. Inikan pula orang dewasa :P
Jadi bagi orang seperti ini, emas adalah ubat bagi mengelakkan kebocoran wang.
Gambar: Anda selalu kebocoran wang? simpanlah emas.

Simpan emas confirm duit tak bocor.
Contohnya: jika anda ada duit RM100 ribu maka banyak idea datang utk menghabiskan wang tersebut ataupun anda mula teringin nak melabur kat macam-macam skim. Tapi kalau duit tersebut ditukarkan kepada emas, maka anda dah tak boleh belanja sesuka hati.
Jadi anda terselamat dari keborosan diri sendiri.
Mentaliti anda: “Aku tak boleh simpan duit kertas, asal tengok duit ajer nak belanja. Simpan emas selamat duit aku”

4. Emas dilihat sebagai aset @ harta.

Manusia suka menyimpan harta. Itu lumrah jiwa manusia. Apatah lagi jika harta itu berbentuk aset (aset = nilainya semakin naik). Contoh harta berbentuk aset ialah tanah, emas dan perak, rumah sewa, perniagaan dan harta intelek.
Dalam hal ini anda melihat emas sebagai harta kerana nilainya meningkat di dalam jangka masa panjang.
Kalau sesak-sesak maka emas boleh digadaikan di Arrahnu untuk tunai segera. Kalau beli emas di dalam bentuk barang kemas maka ia adalah harta yang boleh dipakai di badan.
Gambar: Emas ialah harta yang mudah dicairkan kepada tunai

Kalau anda simpan jongkong atau dinar, maka anda boleh rasa kepuasan apabila dapat melihat dan memegang “harta emas” anda. Harta di dalam bentuk kereta juga disukai oleh manusia, tetapi nilai kereta sentiasa jatuh. Harta di dalam bentuk wang kertas juga ada masalah kerana nilai wang kertas merosot akibat inflasi.
Bagi orang ini, kelebihan emas adalah ia adalah harta yang mudah dikumpulkan secara kecil-kecilan berbanding tanah atau rumah. Emas boleh dibeli di dalam kuantiti yang kecil (contohnya 1 dinar, 10 gram, 20 gram). Asal ada duit, tukar jadi harta emas.
Lama-lama banyak harta emas anda. Bagi orang yang menyimpan emas sebagai harta, mereka melihat tempoh masa yang sangat panjang dan sangat jauh.
Kenaikan dan penurunan dalam jangka masa pendek tidak mempengaruhi mereka untuk membeli dan menjual “harta” mereka. Kadang-kadang mereka tak fikir langsung nak jual “harta emas” nie. Ia adalah harta sampai mati.
Mentaliti anda: “Emas adalah harta. Kumpul emas ibarat kumpul harta. Kalau sesak boleh gadai. Kalau dah tua boleh kasik kat anak cucu”
Contoh pelabur di dalam kategori ini adalah mak saya.
Mak saya memang hobinya ialah membeli, memakai dan menyimpan emas. Dari dulu sampai sekarang, kalau ada duit ajer.. tukar jadi emas. Kalau nak pakai duit mak saya akan gadaikan emas ini (mak saya beli tanah RM50 ribu dengan gadai emas).
Mak saya tak pernah terfikir nak jual emas bila harganya naik. Bagi mak saya emas adalah harta. Dan harta adalah untuk disimpan. Dan emas yang mak simpan tu nanti emak nak bagi kat anak-anaknya. hehehehehe.. terima kasih ye mak! :)

Gambar: Rantai tangan yang dibeli dengan harga RM80.95 segram pada tahun 2007. Dah untung kalau dijual, tapi confirm tak jual punya.

5. Emas dilihat sebagai pelaburan yang boleh memberikan keuntungan jangka masa pendek.

Ada orang yang melihat emas boleh memberikan pulangan jangkamasa pendek.
Lebih kurang macam saham.
Ya memang betul. Kalau pandai beli-jual maka anda boleh untung di dalam jangka masa pendek. Emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran antarabangsa dan harga emas ada turun naiknya. Walaupun harga emas adalah “long term bullish” atau meningkat untuk jangkamasa panjang, namun di dalam jangka masa pendek harga emas boleh jatuh banyak (buying opportunity).
Jadi anda boleh membuat keuntungan dengan kemahiran analisis teknikal atau pun menggunakan sejarah harga emas (historical price) untuk mengenal pasti peluang memborong.
Anda sentiasa peka dengan pergerakan harga emas. Anda tahu sejarah harga emas seperti harga tertinggi, harga terendah, fibonacci retracement, fibonaci expansion etc. Graf kitco dan graf Metatrader 4 sentiasa menjadi kitab rujukan.
Bila harga turun anda beli, bila harga naik dan anda dah untung, maka anda jual. Bila harga turun anda beli lagi, bila harga tinggi anda jual. Anda ulang-ulang proses ini.
Bila harga turun emas turun anda rasa seronok. Bila harga emas naik pun anda rasa seronok. Ke mana sahaja arah harga emas. Anda seronok. Mungkin bagi orang lain anda nampak pelik, tapi sebenarnya anda tahu apa yang anda buat :)


Gambar: Anda boleh buat untung jangkamasa pendek dengan emas.
Mentaliti anda:  ”Harga emas naik atau turun, peluang buat duit tetap ada bro! kena pandai timing market ajer…”
p/s: Kalau rajin anda cuba ke FB kawan saya, Wazir tokey emas. Beliau aktif membeli, simpan dan jual. Beliau juga menggalakkan simpanan emas untuk jangka masa panjang. FB dia kat sini:  http://www.facebook.com/tokeyemas999

Kesimpulan:

Itu dia tuan-tuan pembaca sekalian, sekarang anda sudah nampak sebab-sebab seseorang individu melabur dan menyimpan emas. Walau apa pun alasan anda untuk menyimpan emas. Anda betul!
Sekiranya anda masih kabur tentang sebab anda nak menyimpan emas. Pilih ajer salah satu daripada 5 sebab diatas :)
Lepas nie saya akan tulis pasal mind setting dan menyusun strategi yang bsersesuaian mengikut “sebab” anda melabur di dalam emas.
pesanan: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.
p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” .
Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas.
Anda boleh download FREE preview 94 mukasurat ebook ini (klik sini)
atau anda boleh membeli terus versi penuh. Klik sini untuk mendapatkannya (klik)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails