My Followers

Monday, August 9, 2010

Hendry Gurney : Satu Perkongsian

Assalamualaikum kepada semua sahabat2 sekalian.Topik yang akan dibincangkan pada hari adalah seperti yang dijanjikan iaitu saya ingin berkongsi pengalaman seorang pegawai yang bertugas di Sekolah Hendry Gurney di telok Mas Melaka.

       Seperti yang kita semua maklum, Sekolah Hendry Gurney ini adalah sebuah sekolah yang mana di tempatkan remaja yang berumur 18 tahun ke bawah yang telah membuat kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak Seksyen 75. Sebenarnya Sekolah HG di Semenanjung ini ada 3 cawangan iaitu di Bandar Hilir, Duson Dato' Murad, Batu Gajah dan Telok Mas.Dan satu lagi di Keningau, Sabah. Tetapi 3 daripadanya telah dipindahkan disebabkan ketiadaan pelajar. Jadi hanya cawangan di Telok Mas sahaja yang dibuka. Bilangan pelajar yang terdapat di dalam sekolah tersebut ialah 351 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan.

      Kita lihat prosedur bagaimana remaja tadi boleh disabitkan kesalahan dan hukuman yang dijatuhkan :
Pertama : Adanya aduan akhlak daripada orang ramai atau ibubapanya sendiri.
Kedua : Setelah itu mereka dihadapkan Mahkamah kanak-kanak di Mahkamah Sivil dan diputuskan samada dijatuhkan hukuman penjara atau dihantar ke sekolah HG.
Ketiga : Masuk HG atau ke penjara.

Isu yang dibincangkan di sini adalah mengapa ramai remaja yang dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang telah dilakukan telah di hantar ke penjara berbanding ke Sekolah HG?

     Untuk pengetahuan umum, maksimum tahanan di HG adalah 3 tahun. Dan pegawai yang bertugas mengatakan bahawa di HG mereka bukan sahaja ditahan semata-mata tetapi banyak aktiviti2 dan modul yang berfaedah telah disediakan untuk membina balik sakhsiah diri remaja tadi.Berapa ramai yang keluar dari HG ini berjaya dalam hidup dan hal yang sangat penting untuk diketahui, remaja yang ditahan di HG tidak mempunyai rekod jenayah. Hal ini jelas, remaja yang telah ditahan di penjara walaupun satu hari mempunyai rekod jenayah. Bukankah hukuman itu seolah-olah merupakan satu penganiayaan terhadap remaja yang didapati bersalah tadi?

   Pihak HG telah pun mengadakan perbincangan dengan hakim-hakim mahkamah dan menjelaskan kebaikan pesalah-pesalah tadi dihantar ke HG kerana terdapat banyak kebaikan di sana berbanding dihantar ke penjara. Sepatutnya sebelum hakim-hakim berkenaan nak jatuhkan hukuman,mereka kena turun padang, meninjau serta memikirkan tempat yang terbaik untuk pesalah-pesalah remaja tadi sebelum membuat keputusan. Tetapi apa yang dikesalkan, sebahagian hakim-hakim tersebut menggunakan alasan bahawa mereka adalah badan kehakiman bukan badan exekutif.

   Ok kita masuk pula perkongsian pegawai berkenaan tentang sikap pelajar2 HG ini. Mengikut beliau,pelajar HG ini mempunyai minda yang sangat kreatif. Contohnya dari bahan2 yang terbuang, mereka boleh mencipta sesuatu yang baru.Baru-baru ini mereka telah memenangi pertandingan lumba lari 7 KM dan 5KM di antara pelajar HG dan UITM lendu dan pelajar2 HG telah menjuarai kesemua acara tersebut. Lepas habis pertandingan tersebut pegawai tadi berbual dengan pelajar yang telah menjuarai acara tadi, masa sembang2 pegawai tadi perasan, kaki pelajar tadi tu luka dan berdarah. Pelajar tadi kata,dia tak rasa sakit pun sebab mind dia kata dia mesti menjuarai acara itu.Persoalannya, bagaimana perasaan nak menang itu boleh mengatasi kesakitan yang dia alami?

    Satu kajian diperlukan bagi sesiapa yang ingin membuat research iaitu cungkil apa yang ada dalam fikiran pelajar HG ini kerana sekiranya apa yang ada dalam fikiran mereka itu boleh dijadikan aset penting dalam membangunkan negara pada masa akan datang.Sama-sama kita fikirkan...Jumpa lagi.

   



   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails