My Followers

Monday, July 19, 2010



Wanita itu ibarat buah epal, epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau,kenapalah diriku belum dipetik?..Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah,sedang ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu,mungkin bukan di dunia tapi di akhirat san,insyaallah..Asalkan cinta Illahi mengiring..

Pesanan Untuk Muslimah..

Wanita solehah ibarat mawar berduri. Dari jauh kelihatan cantik dan lembut,namun bila didekati lelaki ajnabi,durinya jadi perisai untuk memelihara diri.

Wahai muslimah,jangan kau tumpulkan durimu hanya kerana ingin didekati insan bernama lelaki kerana lelaki soleh hanya akan memilih mawar-mawar yang tajam berduri.

Jadilah khazanah kerahsiaan seperti mawar yang memagari dirinya dengan duri,harum mewangi,tapi tak mudah disentuh,apalagi untuk dimiliki.Jadilah bunga yang benar-bhenar hebat agar mampu menjadi mawar berduri untuk terus mekar di jambangan dakwah dan menjadi sayap kiri para mujahid fisabilillah..

Wahai wanita solehah,

Jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan dan lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda atau pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu,jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,insyaallah si dia turut di jalan yang sama.

Sesunggahnua lelaki adalah pemimpin kepada wanita.Andai belum sampai jodhmu,anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu,kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.Lupakan segala kegundahan,teguhkan diri pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki..

Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya.Walupun hatinya..Kerana Allah teramat mencintainya..Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki palsu imannya,di mana Allah untuk menjaga kita..

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri,supaaya meninggalkan cinta seorang lelaki munafik itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk DijagaNya,dilindungiNya..


Mengapa masih ragu-ragu?Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.HArgailah di atas kesempatan yang Allah beri..!!Allahuakbar..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails