My Followers

Tuesday, July 20, 2010

Wahai Pemilik Setiap Hati



Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun
Ampunilah segla kesilapan dan ketelanjuranku
Yang terdahulu dan yang akan datang
Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kurniakan aku sifat kasih sesama insan
Wahai Yang Maha Penyabar
Kurniakan aku dari sisi-Mu sifat sabar yang tiada terbatas
Wahai sebaik-baik Pemberi Rahmat
Naungi aku dengan sifat redha pada setiap ketentuanMu
Peliharalah setiap lidahku dari sesuatu yang sia-sia
Kuatkan aku menghadapi apa jua cabaran dan ujian dariMu

Wahai Tuhanku
Perbaikilah untukku agamuku
Yang menjadi pedoman hidupku duniaku
Dan perbaikilah untukku duniaku
Yang padanya aku peroleh kehidupan
Dan perbaikilah akhiratku
Yang padanya tempat kembaliku
Dan jadikanlah hidup ini tempat bertambah-tambahnya segala kebajikan bagiku
Dan jadikanlah mati itu bagiku sebagai tempat beristirehat dari segala kejahatan

Wahai Yang Maha Mengetahui
Sekiranya benar dia adalah pilihanMu buatku
Kurniakan aku kekuatan dan keyakinan untuk berpegang pada pilihanMu ini
Sekiranya dialah yang akan membimbing tanganku melewati titianMu
Kurniakan aku sifat kasih dan redha kepadanya
Sekiranya dialah yang telah Kau catat pada Luh Mahfuz
Sebagai penemanku dijannahMu
Limpahkan aku dengan sifat patuh dan tunduk akan segala perintahnya kelak
Setelah aku dimilikinya
Sekiranya dialah yang telah Kau pilih antara berjuta
Untuk menjadi penemanku di duniaMu
Peliharalah setiap bicara dan lakuku dari menyakiti hatinya
Sekiranya dialah jodohku yang Engkau rahmati
Limpahkan aku dengan sifat sabar menghadapi setiap laku dan katanya

Ya Allah
Andai kelak telah terlafaz ijab dan kabul antara kami
Bimbinglah aku untuk mwnjadi isteri yang menyenangkan hatinya
Bimbinglah aku untuk menjadi penyejuk di mata dan penawar di hatinya
Bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang dikasihi,yang sentiasa di hati

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku
Seandainya aku tersilap membuat pertimbangan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Seandainya aku lalai dalam setiap amanah ke atasku
Kupohon Ya Allah
Hisablah aku di duniaMu, nukan di akhiratMu
Penuhilah jiwa ini dengan rindu untuk mendapatkan rahmatMu
Walau kusedar aku tidak layak mengharapkan meski debu cintaMu

Hanya padaMu Ya Allah kuletak segala harap
Kerana kusedar lemahnya aku tanpa bimbinganMu
Kerana kusedar butanya aku tanpa hidayahMu
Kerana kusedar hinanya aku tanpa rahmatMu
Kerana kusedar cacatnya aku tanpa petunjukMu
Kerana aku hamba kerdil yang kerap keliru
Kerana aku hamba yang kerap leka dengan fatamorgana duniaMu..

Amin....Amin...Amin Ya Rabbal'alamin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails