My Followers

Saturday, October 9, 2010

Tahukah Anda Apa Itu Bretton Woods System?

Assalamualaikum....Moga kalian semua sihat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya..Tahukah kalian apa itu Sistem Bretton Woods. Saya percaya ramai lagi yang tidak mengetahui apa itu Sistem Bretton Woods ini. Apabila kita menyelidiki fakta sebenar, bagi diri saya sendiri, terasa satu penipuan yang amat besar telah berlaku pada dunia!!...iaitu PENGGUNAAN WANG KERTAS dan PERJANJIAN BRETTON WOODS...Kalian boleh lihat link ini http://www.almuttaqin.tv/video_papar.php?id=1665 untuk mendengar lebih lanjut apa yang diperkatakan oleh Syeikh Imran Hosien seorang pakar ekonomi. Kalau boleh dengar dari episod 1 itu akan memberi penjelasan yang lebih kepada anda..Dan di sini saya sedikit maklumat tentang apa iti Sistem Bretton Woods...Apa yang ingin saya bkongsikan mengenai fakta yang jelas iaitu Jatuhnya Sistem Kewangan Antarabangsa Berlandaskan Wang Kertas. Mari sama-sama fikirkan dan sebarkan kepada yang lain supaya kita boleh bertindak sebelum terlambat....

Asas:


Sistem urustadbir matawang antarabangsa Bretton Woods menetapkan peraturan-peraturan hal-ehwal kewangan dan komersil diantara negara-negara industri utama dunia.

Sistem Bretton Woods adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan diantara negara-negara merdeka.


Sejarah:

Sebagai persediaan untuk membina semula sistem ekonomi antarabangsa ketika Perang Dunia Kedua sedang membakar separuh dari peradaban dunia, 730 delegasi dari 44 negara-negara Bersekutu bersidang di Hotel Mount Washington di Bretton Woods, New Hampshire, Amerika Syarikat untuk Persidangan Kewangan dan Matawang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Para delegasi berhujah dan memeterai Perjanjian Bretton Woods dalam tiga minggu pertama Julai 1944.

IMF dan Bank Dunia hari ini adalah legasi sistem Bretton Woods yang roboh pada era 1970an.


Bagaimana ia berfungsi?:

Merangka sistem peraturan, institusi dan prosedur bagi mentadbir sistem matawang antarabangsa, para perancang di Bretton Woods menubuhkan Bank Untuk Pembangunan dan Pemulihan (International Bank for Reconstruction and Development - IBRD) (kini salah satu dari lima institusi utama Kumpulan Bank Dunia) serta Dana Matawang Antarabangsa (IMF). Organisasi ini mula beroperasi pada 1946.

Ciri-ciri utama sistem Bretton Woods ialah kewajipan setiap negara untuk melaksanakan dasar matawang yang mengekalkan kadar tukaran matawang dalam nilai yang tetap - dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi satu peratus negatif atau positif - dengan merujuk kepada emas serta dalam kemampuan IMF "to bridge temporary imbalances of payments".


Orde Dunia Baru:

Pasca Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat memiliki simpanan emas bernilai USD 26 bilion dolar, yang dianggarkan bernilai USD 40 bilion dolar. Laporan terbaru 2007 mendedahkan simpanan emas AS mencecah 8,133.5 tan, bersamaan USD 207 billion dolar - melebihi simpanan emas IMF dan Bank Pusat Eropah.

Rekabentuk sistem Bretton Woods 'memaksa' negara-negara sedunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada matawang 'utama' iaitu dollar AS. Negara-negara sedunia boleh untuk tidak menukar dollar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dollar.

Secara amalinya, bagaimanapun, oleh kerana "matawang simpanan" utama ialah dollar AS, ini bermakna negara-negara lain terpaksa 'peg' matawang tempatan kepada dolar AS, dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang tidak melebihi perbezaan satu peratus dari kadar yang ditetapkan.

Demikian itu, dolar AS mengambil-alih peranan yang dimainkan emas dibawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa.

Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.

Sepanjang 1950an, Washington mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu.

Bretton woods baru?

Malaysia mahu prasarana kewangan global yang selama ini diasaskan kepada sistem Bretton Woods yang telah berusia enam dekad direka bentuk semula bagi menangani cabaran baru ekonomi dan krisis kewangan dunia.

"Sudah tentu Bretton Woods II harus digubal oleh masyarakat antarabangsa," Najib dipetik berkata semasa di Lima,Peru,semasa menghadiri Sidang Kemuncak ke-16 APEC.

Beliau menambah: "Sistem kewangan global yang baru harus dan perlu digubal secepat mungkin kerana banyak produk kewangan hari ini melibatkan urusan yang begitu besar jumlah dan nilainya serta tidak ada pengawasan dan peraturan (yang mencukupi)."

Sistem Bretton Woods yang menyusun, menyelia dan menetapkan kadar tukaran mata wang dan hubungan kewangan antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua diperkenalkan hasil pertemuan bersejarah ahli-ahli ekonomi dan kewangan di Bretton Woods, New Hampshire, AS pada 1945.

Banyak pihak menganggap krisis kewangan global sekarang yang berlaku selepas skandal kredit di AS menjadi bukti kegagalan institusi-institusi Bretton Woods yang selama ini banyak dikawal oleh kepentingan AS dan negara-negara kaya.

Selepas Perang Dunia ke-2 ,iaitu pada tahun 1945 ,deligasi seramai 730 orang mewakili 44 buah negara bertemu di Bretton woods,New Hampshire,Amerika Syarikat dan telah menandatangani Perjanjian Bretton woods.


Melalui perjanjian ini,kesepakatan telah dicapai iaitu mengiktiraf Dollar Amerika sebagai matawang rizab dunia.Untuk itu,Kerajaan Amerika telah memberi jaminan bahawa matawang Dollar Amerika sememangnya telah disandarkan nilainya kepada emas.Nilainya pada masa itu adalah USD35 = 1 auns emas.Secara tidak langsung mana-mana negara yang memiliki ataupun menyimpan Dollar Amerika adalah sama seperti menyimpan emas.Memadai bagi bank pusat di semua negara dalam dunia untuk menjadikan Dollar Amerika sebagai sandaran bagi mencetak matawang negara masing-masing.IMF(International Monetary Fund) ditubuhkan dan diiktiraf bagi memantau sistem ini.Keanggotaan IMF adalah sama dengan keanggotaan Perjanjian Bretton woods.


Di dalam satu perenggan keanggotaan IMF,emas tidak lagi dibolehkan menjadi penyelesai bayaran antara anggota IMF.


Kerajaan Amerika juga menjamin penukaran Dollar dengan emas,iaitu jika bank pusat negara yang menandatangani Perjanjian Bretton woods tidak mahu menyimpan Dollar.


Namun janji hanya tinggal janji,Pada awal tahun 1960-an,Kerajaan Amerika mula mencetak matawang Dollar secara berlebihan bagi menampung perbelanjaan perangnya di Vietnam.Dollar tidak lagi seimbang dengan simpanan emas.


Perancis dan England mula menukar Dollar dengan emas,menyaksikan Amerika Syarikat menanggung defisit hutang melebihi USD37 billion.Bermula pada tahun 1971,Presiden Amerika Syarikat pada masa itu , Richard Nixon,mengumumkan bahawa Dollar Amerika tidak lagi bersandarkan kepada rizab emas.


Negara-negara yang menandatangani Perjanjian Bretton woods juga tidak perlu lagi menyandarkan matawang mereka dengan Dollar Amerika.


Malaysia menandatangani Perjanjian Bretton woods pada tahun 1948 .Jadi Malaysia tertakluk pada perjanjian tersebut dan pastinya Ringgit dicetak tanpa bersandarkan rizab emas.Bukan Ringgit sahaja,malah hampir semua matawang di dunia adalah kertas kosong yang tidak mempunyai nilai sebenar tetapi hanyalah nilai yang dicetak."wang ini sah diperlakukan dengan nilai".


Jadi bagaimanakah bentuk sistem kewangan baru yang diperkatakan oleh Perdana Menteri kita dan bila boleh direalisasikan..??!!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails