My Followers

Wednesday, October 27, 2010

Erti Sebuah Ukhuwah Islamiyyah

Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam sejahtera kepada baginda Nabi terakhir, yang tiada Nabi sesudahnya.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يجب لنفسه "(رواه البخارى)
Maksudnya:
“Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Ukhuwah merupakan satu tautan hati yang terjalin antara sesama Mukmin yang mana iman dan aqidah menjadi asas penting berlakunya proses ukhuwah. Iman dan ukhuwah merupakan proses timbal balik sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Imam as-syahid Hassan al-Banna, ukhuwah kembarnya adalah iman, semakin tinggi iman seseorang semakin kuat ukhuwahnya dan semakin lemah ukhuwah seseorang itu, menunjukkan keimanannya yang semakin menurun.

Persaudaraan yang terbina kerana Allah merupakan tali iman yang paling kuat sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya : “Tali Islam yang terkuat adalah wala' kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta kerana Allah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla."
Rasulullah s.a.w bersabda : “Setiap mukmin yang satu bagi mukmin lainnya bagaikan suatu bangunan, satu di antara lainnya saling memperkukuhkan”. Rasulullah s.a.w juga bersabda: “Perumpamaan kaum muslimin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling mengasihi itu adalah bagaikan satu tubuh. Jika salah satu bahagian tubuh merasakan sakit maka seluruh bahagian lainnya juga merasakan sakit sehingga tidak dapat tidur dan demam (kerananya)” [HR Bukhari]

Daripada hadith di atas, kita dapat mengetahui betapa pentingnya nilai ukhuwah dalam kehidupan seseorang. Begitu indahnya jika seseorang itu mengetahui manisnya ukhuwah dan betapa ruginya jika seseorang itu hidup tanpa berukhuwah. Nilai ukhuwah tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit, tidak akan cair di musim panas, tidak akan beku walau di musim sejuk, tidak akan luruh di musim hujan tetapi akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim bunga selagimana ia dibajai iman dan taqwa .

Apabila kita berukhuwah kita akan melihat sejauhmana kadar takwa dan kebaikan yang dilihat dari saudaramu, sejauh itulah tulusnya cinta dan persahabatan yang anda berikan padanya. Sejauh mana tingkat zikir, ibadah, peringatan akan akhirat, perhatian terhadap ketaatan kepada Allah dan dakwah di jalanNya yang memenuhi erti sebuah persahabatan, sejauh itulah eratnya persahabatan dan jalinan cinta yang terjalin di antara keduanya. Namun....jika hubungan persahabatan kering dari butir-butir zikir, ibadah, saling menasihati, mengingati perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwah akan semakin terasa, lalu beralih menkadi permainan dan perdebatan sia-sia. Hati bertambah keras dan cepat bosan, sementara lagha membuka gerbang perselisihan dan akhirnya terjelmalah dosa sebagai dinding pemisah yang memburaikan ukhuwah dan memisahkan dua sahabat. Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”

Memelihara ukhuwah lebih sukar dari membinanya. Setiap ukhuwah yang dibina atas dasar iman akan sentiasa diuji. Syaitan akan sentiasa mencari pintu-pintu yang boleh merosakkan ukhuwah yang terbina. Buruk sangka, sukar memaafkan, dendam, dengki dan sebagainya adalah gejala-gejala kerosakan ukhuwah yang begitu mudah berlaku apabila noktah bidayah atau starting point bagi ukhuwah itu tidak benar-benar dibina diatas dasar iman yang betul dan mendalam.

"Kemanisan ukhuwah itu adalah dengan memberi bukan dengan menerima". "Ukhuwah adalah natijah dari keimanan yang benar dan hidup" Itulah erti sebuah ukhuwah. Bagi seseorang yang benar-benar beriman dan meyakini janji-janji Allah, ganjaran untuk memaafkan tanpa diminta, berbaik sangka dan mendahului sahabatnya melebihi diri sendiri [Itsar]dan sebagainya akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk meraih janji-janji itu. Hatinya sentiasa sibuk mencari alasan untuk memaafkan saudaranya, sibuk berbaik sangka dan mencari peluang untuk mengutamakan sahabatnya melebihi dirinya sendiri.

Apa yang diharapkannya? Syurga dan keredhaan Allah SWT. Ia tidak mengharapkan ucapan terima kasih apatah lagi balasan. Keyakinan dan keimanannya menjadikan jiwanya dirasuk ukhuwah dan kebaikan hingga hilang sifat ananiyyah (pentingkan diri sendiri). Ia menjadi pemburu syurga sehingga menjadikan Itsar sebagai tunggangannya. Hatinya tertambat di akhirat sedangkan jiwanya telah terpikat dan tergila-gilakan keredhaan Allah. Setiap kebaikannya ditaburi bunga-bunga ikhlas dan cinta. setiap kecaman dan fitnah yang lemparkan padanya ditadah dengan dulang pasrah dan redha. Ketahuilah wahai saudaraku, kemuncak bagi sesebuah ukhuwah islamiyyah itu ialah Itsar iaitu mementingkan saudara seaqidahnya lebih dari dirinya sendiri. Apabila seseorang itu “Salamatus Shodr”, kelapangan dada terhadap saudara seiman maka Itsar akan terbentuk. Tetapi untuk mencapai tahap itsar itu bukan suatu perkara yang mudah. Hanya insan yang hatinya benar-benar bersih, tulus dan ikhlas dalam berukhwah akan sampai ke puncak itu.

Keteguhan Iman inilah yang menjadikan jiwanya gagah mendaki puncak ukhuwah hingga memperolehi buah-buah Itsar. Lalu dengan buah-buah itsar inilah ia membalas setiap lemparan kebencian dan dengki yang diterimanya hingga meruntuhkan tembok-tembok keegoan yang menghalang untuk tumbuhnya cinta dan persahabatan kerana Allah. Itsar ini akan mampu melembutkan hati-hati yang keras, juga menjinakkan jiwa-jiwa yang liar serta memadamkan api-api permusuhan dan dendam lalu dengan izin Allah SWT hati-hati manusia menjadi bersatu diatas Cinta dan Iman.

Tidak perlu lagi kita meliarkan pandangan kesekeliling kita untuk mencari ukhuwah, tundukkanlah jiwa kita dan pandanglah sedalam-dalamnya kelubuk hati kita...adakah kita menemui ukhuwah? Di situlah tempat ia bersemayam. Bukan pada senyuman teman atau kekasaran kawan juga bukan pada penghargaan dan kebencian sahabat taulan.

Kesedaran Ilmu Perancangan Harta Pusaka

Boleh di katakan setiap tahun ada saja berita-berita yang berbunyi “Seorang lelaki mati di tetak kerana perebutan harta pusaka”, “Anak kemukakan tuntutan harta terhadap ibu kandung”, “Nenek ditumbuk sepupu-Tak puas hati pembahagian harta pusaka”, “RM40 Billion unclaimed cash and assets left by the dead”. Sedar tak sedar inilah sebenarnya yang di katakan fitnah harta. Rata-rata masyarakat pada hari ini berpendapat, dengan harta yang banyak hidup kita akan senang dan bahagia. Tanggapan itu memang betul…. Tapi kita perlu mengingatkan diri sendiri dan jangan sekali-kali kita leka dan ketahuilah bahawa harta yang banyak adalah sebenarnya tanggungjawab yang besar kepada kita. Kebahagian dunia dan akhirat boleh di capai dengan salah satu cara iaitu merancang dan menguruskan harta pusaka supaya tidak menjadi sesuatu yang boleh membawa kepada malapetaka buruk di kalangan ahli keluarga khasnya dan ekonomi negara umumnya.

Rasulullah S.A.W sejak dulu lagi pernah menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud:-
“Pelajarilah Al-Quran serta ajarkan ianya kepada orang lain dan pelajarilah Ilmu Faraidh serta ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya aku ini akan di cabut nyawa (mati) dan ilmu tersebut juga akan di cabut oleh Allah S.W.T. Lalu akan timbullah Fitnah Harta sehingga nanti akan ada di kalangan dua orang yang berselisih tentang pembahagian harta pusakan dan mereka sendiri tidak tahu siapakah yang akan dapat menyelesaikan masalah mereka” (Hadis Shahih riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Abdullah bin Mas’ud)

Kurangnya kesedaran mendalami dan mempelajari ilmu perancangan dan pengurusan harta pusaka dan Ilmu Faraidh membawa kepada mala petaka yang boleh di simpulkan seperti berikut:-
  1. Perbalahan sesama ahli keluarga hingga sanggup menzalimi dan menganiaya sesama sendiri;
  2. Merampas hak orang lain dan memakan harta anak yatim;
  3. Memalsukan dokumen-dokumen semata-mata untuk mendapatkan harta pusaka;
  4. Memutuskan silaturrahim, persaudaraan dan kasih sayang;
  5. Membawa implikasi yang besar kepada undang-undang, Ekonomi dan Sosial.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :”Wahai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu memakan harta di antara kamu dengan cara yang batil (haram atau tidak betul)”. (Surah An-Nisa ayat 29)
Allah juga berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 10 yang bermaksud :“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala”.
Ramai masyarakat Islam beranggapan bahawa Ilmu Faraidh adalah ilmu untuk orang yang telah meninggal dunia tanpa menyedari bahawa orang yang akan dan sepatutnya melaksanakan Ilmu Faraidh itu adalah orang yang masih hidup. Memang benar Ilmu Faraidh adalah merupakan kunci untuk menguruskan harta pusaka dan bagi orang yang masih hidup, Ilmu Faraidh akan menjadi pemangkin untuk melicinkan proses perancangan harta pusaka.
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Hasyr ayat 18 :“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwa lah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah di perbuatnya untuk hari esok”.
Allah juga berfirman di dalam surah Al-Imran ayat 185 bahawa :“Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati”.
Ini bermakna Allah S.W.T telah menegaskan bahawa kematian adalah satu kepastian bagi orang-orang yang masih hidup dan kita perlu bersiap sedia menghadapi untuk kepastian yang bakal menjemput kita. Perancangan Harta Pusaka amat di tuntut ke atas orang-orang Islam yang masih hidup untuk memastikan perkara-perkara berikut:-
  1. Melihat apa yang telah kita lakukan dalam mengejar kebahagian dunia dan akhirat. Adakah rezeki yang di perolehi hari ini diperolehi dari sumber yang halal dan diredhai Allah kerana pada satu hari yang pasti tiba bila ajal datang menjemput, harta-harta yang telah di kumpulkan tadi akan di warisi oleh waris-waris berhak kita;
  2. Memastikan bahawa selepas kita meninggal dunia, waris-waris kita berada dalam keadaan yang terjamin dan terjaga sepertimana kita masih hidup;
  3. Memastikan bahawa amal ibadah dan sedekah jariah yang kita lakukan semasa hidup dapat menjamin kebahagian kita di akhirat kelak;
  4. Mengenalpasti hutang-hutang dan merancang bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang-hutang tersebut sama ada semasa kita masih hidup ataupun setelah kita meninggal dunia tanpa meninggalkan beban-beban hutang yang akhirnya akan menyusahkan waris-waris kita. Rasulullah ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud :“Jiwa seorang mukmin itu disangkutkan dengan hutangnya sehingga hutangnya dilunaskan” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hajar & Tarmizi).
Anggapan masyarakat Islam kita pada hari ini, bila di beitahu mengenai pentingnya merancang harta pusaka, adalah seperti berikut:-
  1. Orang banyak harta sahaja yang perlu membuat perancangan harta pusaka;
  2. 2. Hidup ni pun harta tiada, nak rancang macam mana?
  3. 3. Aku tiada harta tapi hutang banyak….
Tanggapan seperti inilah yang perlu di kikis dari minda masyarakat Islam kita kerana tanggapan ini boleh secara tidak langsung membuat kan kita leka dengan tuntutan Allah S.W.T dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Dan kerana itulah Allah menurunkan Ilmu Faraidh yang tersergam dan tersusun rapi di dalam kitab suci Al-Quran kerana Allah tahu bahawa Ilmu tersebut lah yang mampu menjauhkan umatnya daripada pelbagai Fitnah Harta dan merupakan penyelesaian terbaik bagi semua masalah-masalah yang di hadapi umatnya khususnya yang berkaitan dengan harta pusaka.

Hasil penelitian saya, saya merasakan bahawa Wasiyyah Shoppe merupakan satu syarikat yang memberikan perkhidmatan pengurusan dan perancangan harta menurut syariah yang tidak ada pada syarikat lain iaitu memberikan perkhidmatan percuma kepada waris apabila si mati meninggalkan dunia. Kajian menunjukkan bahawa 90% di kalangan rakyat kita tidak mengetahui prosedur untuk menuntut harta selepas kematian waris. Hal ini kerana mereka tidak mengetahui prosedur yang terlalu rumit menyebabkan proses menuntut harta si mati menjadi lambat. Justeru kesedaran untuk merancang dan menguruskan harta semasa anda hidup amatlah penting agar is tidak menyusahkan waris bila kita sudah tiada kelak....Sila ke pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang wasiyyah shoppe..

http://pengurusandanperancanganharta.blogspot.com/



Wednesday, October 20, 2010

Wanita Pendamba Surga ♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥


Wanita pendamba syurga
Pesona akhlakmu bagai mutiara yang berkilauan
Halus tuturmu menggambarkan pribadi yang santun
Kecantikan hatimu laksana kapas tanpa noda
Kesejukan aura jiwamu seperti bidadari syurga
Kau hiasi dirimu dengan bingkaian akhlak islami
Semakin berwibawa karena auratmu terhijabi.

Saat wanita lain bergelimang kesenangan semu
Menari-nari di atas lantai dansa
Meneguk arak dalam gelas-gelas kristal
Engkau justru mengurung diri
Mentafakuri kehidupan akhirat yang masih ghaib
Mengembara dalam pencarian jati diri.


Di saat wanita lain asyik memilih busana trendi
Sibuk memoles tubuh dan wajah
Berlomba memamerkan aurat mereka
Engkau justru tampil bersahaja
Dalam balutan gamis dan kerudung panjang
Engkau sembunyikan auratmu
Agar tak terjamah pesona kecantikan itu
Dari mata-mata lelaki jalang.

Di saat wanita-wanita lain tertawa lepas
Menikmati euphoria tanpa batas
Menebar cinta basi pada lelaki
Engkau justru menangis dalam sujud
Mendaki taubat dalam bukit tahajud
Mengemis ampunan pada Penggenggam nyawa
Menutup lisan dari bicara sia-sia.


Di saat wanita-wanita lain mengidolakan
Miyabi, Britney Spears, Celine Dion, Maddona
Engkau mengidolakan Khadijah, Maryam, Asiyah, Fatimah
Di saat wanita lain bangga aibnya terbuka
Puas jika namanya di puja-puja
Engkau justru mengasingkan diri dari gemerlap dunia
Merahasiakan kebaikan yang kau lakukan pada sesama
Karena takut jatuh pada perbuatan riya’.


Di saat wanita-wanita lain menghabiskan waktu di plaza
Menghamburkan materi dengan sia-sia
Engkau justru menghabiskan waktumu di mushola
Menguatkan zikir dan memuja asma-Nya.
Merenda istigfar di atas sajadah cinta.


Di saat wanita-wanita lain hanyut dalam pesona zaman
Bercengkerama liar dengan segala kemewahan
Sibuk memuja artis-artis idaman
Engkau justru sibuk mengkaji ilmu
Mendakwahkan agama Islam tanpa ragu
Berjibaku dengan segala kesulitan
Meneriakkan kalimat jihad militan.


Di saat wanita-wanita lain sibuk menenteng majalah erotis
Menggumbar gosip sesama secara sadis
Engkau justru teguh pada Al-Qur’an dan hadis
Yang kau jadikan pegangan hidup

Agar iman di dadamu tidak redup.


Wanita pendamba syurga…
Agungnya akhlakmu berselimut mutiara
Pada rahimmu kelak generasi-generasi agama
Akan Allah amanahkan
Engkau calon madrasah pertama
Saat mujahid-mujahid terlahir di dunia.

Monday, October 11, 2010

Tolong Nasihatkan Kerajaan : Mansuhkan Konsert 'Gay' 14 Oktober 2010

Rasulullah saw bersabda bahawasanya :
Allah swt melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah swt melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah swt melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.”


Tidak ada (riwayat ) dari Baginda saw yang menyebutkan bahawa Baginda saw melaknat pelaku zina sebanyak tiga kali dalam satu hadith.


Antara aksi Adam Lambert
Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja
mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gayanya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.

Berita penuh : Konsert artis 'gay' : Pemuda PAS hantar memo bantah


Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.


Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.


"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.


Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.


Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu.


Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat.


"Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?" soal Azman Shapawi.


Dalam memorandum itu, Pemuda PAS menggesa semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.


Malaysiakini difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur pagi tadi.


Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.


Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/145002

Saturday, October 9, 2010

Tahukah Anda Apa Itu Bretton Woods System?

Assalamualaikum....Moga kalian semua sihat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya..Tahukah kalian apa itu Sistem Bretton Woods. Saya percaya ramai lagi yang tidak mengetahui apa itu Sistem Bretton Woods ini. Apabila kita menyelidiki fakta sebenar, bagi diri saya sendiri, terasa satu penipuan yang amat besar telah berlaku pada dunia!!...iaitu PENGGUNAAN WANG KERTAS dan PERJANJIAN BRETTON WOODS...Kalian boleh lihat link ini http://www.almuttaqin.tv/video_papar.php?id=1665 untuk mendengar lebih lanjut apa yang diperkatakan oleh Syeikh Imran Hosien seorang pakar ekonomi. Kalau boleh dengar dari episod 1 itu akan memberi penjelasan yang lebih kepada anda..Dan di sini saya sedikit maklumat tentang apa iti Sistem Bretton Woods...Apa yang ingin saya bkongsikan mengenai fakta yang jelas iaitu Jatuhnya Sistem Kewangan Antarabangsa Berlandaskan Wang Kertas. Mari sama-sama fikirkan dan sebarkan kepada yang lain supaya kita boleh bertindak sebelum terlambat....

Asas:


Sistem urustadbir matawang antarabangsa Bretton Woods menetapkan peraturan-peraturan hal-ehwal kewangan dan komersil diantara negara-negara industri utama dunia.

Sistem Bretton Woods adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan diantara negara-negara merdeka.


Sejarah:

Sebagai persediaan untuk membina semula sistem ekonomi antarabangsa ketika Perang Dunia Kedua sedang membakar separuh dari peradaban dunia, 730 delegasi dari 44 negara-negara Bersekutu bersidang di Hotel Mount Washington di Bretton Woods, New Hampshire, Amerika Syarikat untuk Persidangan Kewangan dan Matawang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Para delegasi berhujah dan memeterai Perjanjian Bretton Woods dalam tiga minggu pertama Julai 1944.

IMF dan Bank Dunia hari ini adalah legasi sistem Bretton Woods yang roboh pada era 1970an.


Bagaimana ia berfungsi?:

Merangka sistem peraturan, institusi dan prosedur bagi mentadbir sistem matawang antarabangsa, para perancang di Bretton Woods menubuhkan Bank Untuk Pembangunan dan Pemulihan (International Bank for Reconstruction and Development - IBRD) (kini salah satu dari lima institusi utama Kumpulan Bank Dunia) serta Dana Matawang Antarabangsa (IMF). Organisasi ini mula beroperasi pada 1946.

Ciri-ciri utama sistem Bretton Woods ialah kewajipan setiap negara untuk melaksanakan dasar matawang yang mengekalkan kadar tukaran matawang dalam nilai yang tetap - dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi satu peratus negatif atau positif - dengan merujuk kepada emas serta dalam kemampuan IMF "to bridge temporary imbalances of payments".


Orde Dunia Baru:

Pasca Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat memiliki simpanan emas bernilai USD 26 bilion dolar, yang dianggarkan bernilai USD 40 bilion dolar. Laporan terbaru 2007 mendedahkan simpanan emas AS mencecah 8,133.5 tan, bersamaan USD 207 billion dolar - melebihi simpanan emas IMF dan Bank Pusat Eropah.

Rekabentuk sistem Bretton Woods 'memaksa' negara-negara sedunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada matawang 'utama' iaitu dollar AS. Negara-negara sedunia boleh untuk tidak menukar dollar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dollar.

Secara amalinya, bagaimanapun, oleh kerana "matawang simpanan" utama ialah dollar AS, ini bermakna negara-negara lain terpaksa 'peg' matawang tempatan kepada dolar AS, dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang tidak melebihi perbezaan satu peratus dari kadar yang ditetapkan.

Demikian itu, dolar AS mengambil-alih peranan yang dimainkan emas dibawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa.

Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.

Sepanjang 1950an, Washington mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu.

Bretton woods baru?

Malaysia mahu prasarana kewangan global yang selama ini diasaskan kepada sistem Bretton Woods yang telah berusia enam dekad direka bentuk semula bagi menangani cabaran baru ekonomi dan krisis kewangan dunia.

"Sudah tentu Bretton Woods II harus digubal oleh masyarakat antarabangsa," Najib dipetik berkata semasa di Lima,Peru,semasa menghadiri Sidang Kemuncak ke-16 APEC.

Beliau menambah: "Sistem kewangan global yang baru harus dan perlu digubal secepat mungkin kerana banyak produk kewangan hari ini melibatkan urusan yang begitu besar jumlah dan nilainya serta tidak ada pengawasan dan peraturan (yang mencukupi)."

Sistem Bretton Woods yang menyusun, menyelia dan menetapkan kadar tukaran mata wang dan hubungan kewangan antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua diperkenalkan hasil pertemuan bersejarah ahli-ahli ekonomi dan kewangan di Bretton Woods, New Hampshire, AS pada 1945.

Banyak pihak menganggap krisis kewangan global sekarang yang berlaku selepas skandal kredit di AS menjadi bukti kegagalan institusi-institusi Bretton Woods yang selama ini banyak dikawal oleh kepentingan AS dan negara-negara kaya.

Selepas Perang Dunia ke-2 ,iaitu pada tahun 1945 ,deligasi seramai 730 orang mewakili 44 buah negara bertemu di Bretton woods,New Hampshire,Amerika Syarikat dan telah menandatangani Perjanjian Bretton woods.


Melalui perjanjian ini,kesepakatan telah dicapai iaitu mengiktiraf Dollar Amerika sebagai matawang rizab dunia.Untuk itu,Kerajaan Amerika telah memberi jaminan bahawa matawang Dollar Amerika sememangnya telah disandarkan nilainya kepada emas.Nilainya pada masa itu adalah USD35 = 1 auns emas.Secara tidak langsung mana-mana negara yang memiliki ataupun menyimpan Dollar Amerika adalah sama seperti menyimpan emas.Memadai bagi bank pusat di semua negara dalam dunia untuk menjadikan Dollar Amerika sebagai sandaran bagi mencetak matawang negara masing-masing.IMF(International Monetary Fund) ditubuhkan dan diiktiraf bagi memantau sistem ini.Keanggotaan IMF adalah sama dengan keanggotaan Perjanjian Bretton woods.


Di dalam satu perenggan keanggotaan IMF,emas tidak lagi dibolehkan menjadi penyelesai bayaran antara anggota IMF.


Kerajaan Amerika juga menjamin penukaran Dollar dengan emas,iaitu jika bank pusat negara yang menandatangani Perjanjian Bretton woods tidak mahu menyimpan Dollar.


Namun janji hanya tinggal janji,Pada awal tahun 1960-an,Kerajaan Amerika mula mencetak matawang Dollar secara berlebihan bagi menampung perbelanjaan perangnya di Vietnam.Dollar tidak lagi seimbang dengan simpanan emas.


Perancis dan England mula menukar Dollar dengan emas,menyaksikan Amerika Syarikat menanggung defisit hutang melebihi USD37 billion.Bermula pada tahun 1971,Presiden Amerika Syarikat pada masa itu , Richard Nixon,mengumumkan bahawa Dollar Amerika tidak lagi bersandarkan kepada rizab emas.


Negara-negara yang menandatangani Perjanjian Bretton woods juga tidak perlu lagi menyandarkan matawang mereka dengan Dollar Amerika.


Malaysia menandatangani Perjanjian Bretton woods pada tahun 1948 .Jadi Malaysia tertakluk pada perjanjian tersebut dan pastinya Ringgit dicetak tanpa bersandarkan rizab emas.Bukan Ringgit sahaja,malah hampir semua matawang di dunia adalah kertas kosong yang tidak mempunyai nilai sebenar tetapi hanyalah nilai yang dicetak."wang ini sah diperlakukan dengan nilai".


Jadi bagaimanakah bentuk sistem kewangan baru yang diperkatakan oleh Perdana Menteri kita dan bila boleh direalisasikan..??!!




Debat Professor Atheist Dengan Pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…
Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/11/debat-professor-atheist-dengan-pelajar.html#ixzz11rD72uos



Wednesday, October 6, 2010

Bara'ah...


MEMBACA kisah benar ketabahan seorang srikandi kecil berusia 10 tahun bernama Bara'ah. Kecekalan beliau mengharungi kehidupan menyuntik rasa insaf seluruh pembuluh darah. Menitis airmata sayu saat menyaksikan srikandi kecil ini melantunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran ketika kondisi beliau sedang koma. Subhanallah, srikandi kecil ini seorang penghafal ayat-ayat Allah. Moga Allah tempatkan beliau bersama roh para salafussaleh dan orang-orang beriman. Amin...

Ini adalah kisah gadis kecil berumur 10 tahun yang bernama Bara'ah. Orangtuanya merupakan doktor yang berasal dari Mesir dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bar 'ah telah menghafal seluruh Al-Qur'an secara bertajwid, dia seorang anak yang sangat cerdas. Gurunya mengatakan bahawa dia sangat berbeza berbanding kanak-kanak seusianya. Keluarganya berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya.

Suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah ibu bar'ah menderita kanser, dan kanser ini sudah di peringkat akhir.Ibu Bara'ah berfikir bagaimana caranya untuk memberitahu puterinya, terutama jika suatu hari nanti ia terbangun dan menemukan ibunya tak lagi berada di sampingnya.
Inilah ucapan ibu bar'ah kepadanya, "Bara'ah, ibu akan pergi ke syurga lebih dahulu, tetapi ibu ingin kamu selalu membaca Al-Qur'an dan menghafalnya setiap hari, kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak.

Gadis kecil itu tidak mengerti apa yang ingin disampaikan ibunya, tetapi dia mula merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ibunya mula dipindahkan ke rumah sakit dalam jangka waktu yang lama.
Hari-hari selanjutnya menjadi sangat susah untuk dilalui Bara'ah. Gadis kecil ini menggunakan waktu sebaik pulang daripada sekolah untuk menjenguk ibunya di rumah sakit dan membaca al-Qur'an untuk ibunya hingga tiba waktu malam, sehingga ayahnya datang dan menjemputya pulang.

Suatu hari, pihak rumah sakit memberitahu ayah Bara'ah bahawa kondisi (keadaan) isterinya itu sangat buruk dan ia perlu datang secepatnya. Ayah Bara'ah segera menjemput Bara'ah dari sekolah dan menuju ke rumah sakit. Dapat dibayangkan bagaimana sedihnya hati seorang ayah bagaimana jika anak gadisnya akan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Ketika mereka tiba di hadapan rumah sakit, ayah beliau meminta Bara'ah untuk tinggal di dalam kereta, agar dia tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia. Ayahnya keluar daripada kereta bersama linangan air mata, beliau menyeberang jalan dengan tergesa-gesa supaya segera sampai ke rumah sakit, tetapi sebuah kereta tiba-tiba datang dalam keadaan laju lalu melanggar beliau. Ayah Bar'ah meninggal ketika itu. Kejadian itu berlaku di hadapan puteri beliau tersebut. Tidak dapat dibayangkan tangis gadis kecil ini pada saat itu...

Tragedi Bara'ah belum selesai sampai di sini, berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu Bar'ah yang masih di rumah sakit, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya, akhirnya ibu Bara'ah juga meninggal dunia.Kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orangtua nya, orangtua teman-teman sekolah Bara'ah memutuskan untuk mencari saudara-maranya di Mesir, sehingga saudara-maranya dapat menjaga beliau.Kerana sekarang Bara'ah tidak mempunyai siapa pun di Arab Saudi.


Tidak berapa lama tinggal di Mesir gadis kecil Bara'ah mula mengalami kesakitan seperti ibunya. Keluarganya lalu membawa beliau menjalani pemeriksaan. Setelah beberapa kali pemeriksaan, di dapati Bara'ah juga mengidap kanser. Sungguh membingungkan kala Bara'ah diberitahu dia menghidap kanser. Inilah perkataan Bar'ah, "Alhamdulillah, sekarang aku akan bertemu dengan kedua orang tuaku". Semua teman dan keluarganya terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap bersabar dan ikhlas dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya!
Subhanallah.. Orang-orang mula mendengar tentang penyakit Bar'ah dan ceritanya.

Pemerintah Arab Saudi memutuskan untuk mengurus dan mengirimnya ke Eropah untuk pengubatan penyakit ini.
Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz TV) dapat menghubungi dengan gadis kecil ini dan meminta beliau untuk membaca al-Qur'an, dan ini adalah suara yang indah yang dilantunkan oleh Bar'ah http://www.youtube.com/watch?v=VflW8wJ4cHM&feature=rec-LGOUT-exp_fresh+div-1r-3-HM . Mereka menghubungi lagi Bar'ah sebelum beliau pergi ke Coma (nama sebuah tempat) dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dengan menyanyikan Nasyid syahdu ini http://www.youtube.com/watch?v=GbaZ-QWAZm4&feature=related

Hari-hari yang dilalui membuatkan kanser menghuni seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan ia telah bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya. Beberapa hari setelah pembedahan amputasi kakinya, kanser menyerang bahagian otak beliau. Lalu doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak. Dan sekarang Bara'ah berada di sebuah rumah sakit di Eropah menjalani rawatan.
Bara'ah mengharapkan doa kita....

(Berita terakhir Bara'ah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...)

Tuesday, October 5, 2010

Pembangunan Waqaf Pendidikan Di Malaysia


Bertemu kembali..entry kali ini adalah ulasan yang saya buat dari semasa saya menghadiri satu persidangan antarabangsa "The Tawhidi Epistimologi Zakat And Waqf Economy" di ILIM. Kertas kerja ini dibentangkan oleh salah seorang Profesor yang membentangkan kertas kerja beliau semasa persidangan tersebut. Jadi saya ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang ulasan dari kertas kerja beliau agar kita sama-sama berfikir secara lebih kritis....

Waqaf adalah amalan mulia yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagai salah satu mekanisme kebajikan, waqaf agak unik berbanding dengan sedekah, hadiah dan derma kerana harta yang diwaqafkan itu akan di ‘tahan’, iaitu tidak dihabiskan tetapi sebaliknya apa-apa manfaat atau pulangan daripada penggunaan harta waqaf itu boleh dibelanjakan. Bermula dengan amalan waqaf tetap secara langsung, dewasa ini perkembangan waqaf adalah dalam bentuk waqaf tunai dan daripada tunai inilah sebahagiannya dimanfaatkan untuk pembangunan atau pembelian hartanah atau harta lain dan sebahabian pula akan dilaburkan dalam pasaran kewangan. Pembangunan ini dapat dipercepatkan melalui badan khas diperingkat negeri dan kebangsaan dengan mengambil pelajaran daripada perkembangan institusi-institusi zakat.

Di bawah Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, waqaf dimasukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri dan dikecualikan dari peruntukan Kanun Tanah. Dewasa ini, usaha sedang giat dilakukan untuk membangunkan tanah waqaf am yang mempunyai potensi pembangunan. Kerajaan Pusat dalam usaha memakmurkan amalan waqaf telah menubuhkan Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi membantu usaha peringkat negeri. Dari dana yang disalurkan melalui JAWHAR beberapa projek pembangunan telah mula dilaksanakan.

Pembangunan sektor ketiga melalui program waqaf adalah sangat penting bagi mewujudkan mekanisme penjanaan dana yang bersifat lestari serta melibatkan hampir seluruh warga masyarakat. Infrastruktur kebajikan amat perlu diusahakan dengan segera agar amalan infaq ini dipupuk dan akhirnya menjadi suatu Budaya Masyarakat dan natijahnya adalah mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t.

Asas kepada waqaf adalah bersumberkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang maksudnya : “Apabila mati sahaja seseorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (waqaf), ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya.” Maka salah satu keperluan yang sangat penting untuk diketengahkan adalah keperluan dana yang mampan untuk agenda pendidikan. Di Malaysia, umumnya terdapat tiga aliran utama dalam persekolahan iaitu sekolah kendalian kerajaan Persekutuan/Negeri, sekolah aliran agama kendalian Majlis Agama Islam dan sekolah kendalian persendirian (swasta). Setiap tahun para ibu bapa dikehendaki untuk membayar dan menyumbang sejumlah wang untuk menampung keperluan operasi sekolah terutama yang melibatkan program kecemerlangan akademik. Bagi sekolah-sekolah swasta yang menawarkan kurikulum elit dan mengenakan yuran yang tinggi, mungkin sumber kewangan mereka kukuh. Namun bagi majoriti sekolah, terutama yang menawarkan kurikulum aliran agama Islam, keperluan kewangan merupakan di antara agenda yang besar bagi pentadbiran sekolah.

Dalam konteks pendidikan sekolah, amalan kaedah waqaf dapat memenuhi tiga keperluan utama iaitu pembangunan sekolah dan kemudahannya, menampung kos operasi dan aktiviti kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan. Di antara produk-produk yang menggunakan kaedah waqaf dan boleh dilancarkan untuk pembangunan waqaf pendidikan di Malaysia adalah seperti Skim Waqaf dan Infak Am dengan Takaful, Skim Pendidikan dengan Takaful, Skim Waqaf Pembangunan Pendidikan dengan Takaful dan Skim Hibah dan Wasiat Pendidikan. Skim di atas boleh secara tunai atau dalam bentuk asset lain. Dana-dana yang terkumpul akan segera dimanfaatkan kepada aktiviti penjanaan hasil dan juga dibuat peruntukan perbelanjaan berasaskan keutamaan pengembangan ilmu.

Selain Skim Waqaf Pendidikan-PIBG dengan elemen Takaful, pihak pengurusan dijangka boleh memperkenalkan produk-produk waqaf yang innovative dengan bercirikan elemen Takaful Kelompok, Perkongsian Pulangan untuk Di Waqaf, Waqaf Instrumen Pasaran Kewangan, Waqaf Instrumen Pasaran Modal dan pelbagai lagi yang menggunakan konsep waqaf. Pelbagai program yang bakal dijalankan berpotensi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan pelbagai peringkat dari pengurusan, pentadbiran dan sokongan. Program kebajikan juga perlu dan mampu diurus secra professional.

Penulis kertas kerja telah membuat simulasi akan potensi dana yang mungkin dapat dikumpulkan melalui tiga pendekatan iaitu komponen sumbangan infak bulanan dan komponen caruman Takaful bulanan, komponen sumbangan infak tahunan dan komponen caruman Takaful bulanan dan usaha pengumpulan dana daripada pihak industry-dermawan korporat. Bermula dengan model mikro pada tahap satu sekolah dan berkembang untuk kelompok sekolah-sekolah berasaskan aliran, mukim, Bandar, daerah dan negeri, program Waqaf Pendidikan ini boleh dipertimbangkan untuk peringkat Kebangsaan bagi semua rakyat dalam negara tanpa mengira bangsa dan anutan agama.

Program Pembangunan Waqaf Pendidikan ini bukan saja akan memperkara konsep waqaf, ia juga berpotensi untuk memperkasakan sektor ketiga ekonomi Islam, mengembangkan aktiviti ekonomi melalui pelbagai projek pembangunan, pelaburan dan perniagaan, pelengkap kepada program Pembangunan Bantuan Kerajaan, pelengkap kepada program Kebajikan Bantuan Kerajaan, pelengkap kepada program Pendidikan Bantuan Kerajaan dan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama atas konsep waqaf. Untuk tahun-tahun seterusnya, pelbagai usaha boleh dipertingkatkan seperti pelancaran produk-produk baru yang juga berteraskan kaedah waqaf, program Kebajikan dan program Kecemerlangan Pendidikan.

Monday, October 4, 2010

Bicara Kata..



Pena sudah kering,
Dakwat menjadi beku,
Hanya nukilan putih hasil dari mindaku,
Sudah cukup lama,
Memandang ke langit,
Namun di situ masih belum ketemui,
Satu kata yang cukup padu,
Merangkumi seluruh kata hatiku,

Berjalan di malam gelita,
Aku terlihat seuntai kata,
Di sebalik cahaya menerangi segugus cita,
Aku merentasi sebuah kegelapan,
Beberapa kali tersadung,terluka,
Jatuh,bangun,jatuh,bangun,
Kaki sakit tapi tangan mencapai untaian kata itu,
Di sebalik cahaya,
Kutemui satu kata paling tepat,
Sebagai ilham untuk sebuah karya,
Yang akan bersinar menerangi jiwa....

Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Tahu Israel Bohong

Salam..bertemu kembali..saya ingin berkongsi dengan kalian semua tentang satu video yang bijak..Biarpun dalam lingkungan umur 2 tahun tetapi mengerti sebuah pendustaan global ke atas tanah Palestin yang dirompak dari semasa ke semasa.Subhanallah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails