Gambar pakcik turun dari langit, seolah Santa Claus turun dari langit, naik kereta berkuda dan gaya budak perempuan menggerakkan tangan tu isyarat naik kuda terbang.. itu semua tidak lebih dari ciri-ciri Kristianiti yang cuba diterapkan dalam minda anak-anak kita. Manakala bunga-bunga teratai itu ciri-ciri Budha yg diterapkan, dan seolah-olah ada pari-pari berterbangan di udara, kita di sini simbol raya orang kita ialah pelita..bukan bunga teratai dan lilin. Tapi pelita tak kelihatan pulak!Ini adalah sebahagian screenshots iklan raya tersebut..
Santa Claus di Hari Raya yang muncul dari buku dan membawa kanak-kanak
Objek teratai, simbol agama Buddha dan Hindu, terbang merata-rata.

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca berwarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok dan bintang menutupi sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan.
Ini adalah sebahagian tafsiran yang telah dibuat daripada iklan tersebut.Selanjutnya pembaca boleh rujuk ke link http://tafsir-sipenulis.blogspot.com.
Mana mungkin mereka tak perasan hal ni? Dan bagaimana iklan Krismas boleh digubah jadi iklan Aidilfitri? Atau penangan 1Malaysia menjadikannya begini...
Jelas, iklan tersebut telah menyelitkan unsur Kristian, Hindu, Buddha. Satu taktik halus dan tersembunyi untuk memesongkan dan mempengaruhi aqidah generasi baru, dengan penonjolan kanak-kanak sebagai pelakon yang hidup dalam khayalan. Diharapkan mana-mana pihak yang menyiarkan iklan lebih peka dengan isu-isu yang boleh menjejaskan aqidah umat Islam. Dan pastikan perkara yang sebegini TIDAK BERULANG..
“Tetapi iklan ini sangat menampakkan kemiskinan jati diri yang teruk. Kalau naik tikar ajaib Aladdin pun kira boleh tahan lagi. Iklan Aidilfitri paling rendah nilai dalam sejarah TV3″ (Ustaz Hj Hasrizal Abd Jamil,2010)
No comments:
Post a Comment