My Followers

Monday, September 27, 2010

Faktor Turun Naik Harga Emas

Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa.

Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank atau Maybanktetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

BELI EMAS GANTI WANG KERTAS



Bertemu kembali..diharapkan kalian semua sihat. Dalam post kali ini saya nak kongsikan satu email yang saya dapat untuk dikongsi bersama. Tajuknya seperti yang tertera di atas. Artikel asal diambil dari ruangan forum pada laman Tranungkite Online V10 dan didapati sangat menarik dan ada info yang amat berguna untuk kita sama-sama mengetahuinya dan dikongsi bersama. Ambillah masa untuk baca seketika. Jika berminat untuk menegtahui dengan lebih lanjut lagi, sila pergi ke link bawah sekali..

Jangan Simpan Duit


‘Aku tak baca detail sangat… tapi sejak jadi unit trust consultant ni…aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.Kalau nak tahu half value the money… guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say… dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.
Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat.’ ‘pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.


Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pastiakan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita takboleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford , org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930’s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk ‘FUTURE FASTFOWARD’.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan . Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.


Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal ‘money creation’ oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).


Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara
yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald,Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di accessvia internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet.

Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. Tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. Emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis.Rezab emas terbesar berada di US dan Europe . Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencanainternetmengenai sejarah dan asal usul bank)


Sudahnya, kita semua satu dunia,simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC ‘THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk dimasa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era ‘haus kerana tidak ada air’ dan ‘bergelap kerana tiada minyak’ menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, ‘Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?’ Dia jawab, ‘no comment. You kena tanya menteri.’ Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US . Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.


Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. ‘I don’t keep money,’ macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA(FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengansendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.


Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedangmenunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).


Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, ‘We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but
for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas ‘over time there is only one direction for the dollar to go – lower’.

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : ‘we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economicsystem.’

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, ‘we have a 75% chance of a crisis within 5 years’.


Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran
sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Sebab - sebabnya adalah.........Jeng...jeng...jenggggggggg...
Jom tengok..
Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman Nabi S.A.W kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM460 lebih kurang 1 dinar=4.25g
Setiap minit duit dalam wallet susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35. Dulu lagi mahal.
Bernilai kerana ia ada sejenis logam terpilih.


Mempunyai nilai kerana ianya hanya kertas yang dicop sahaja. Jika anda Bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.(buat port cetak duit belakang rumah)

Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan sebab menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.
Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq, selepas kejatuhan Saddam,wang terus tidak bernilai. Sama macam kite bawa wang pergi Eropah. Cuba bawa emas..hehe

Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai dan lebih cepat.
Kalau anda menabung bentuk duit,nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.

Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipu daya wang kertas ini.(Mantan Tun Dr. Mahathir banyak simpan emas. Syhh...jangan bagi tau orang..kita je tau nih..ehee..)
Wang kertas disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100-RM200. Jangan malukan diri anda lagi.


Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.(Sebab ni yang suara China tak didengari masa G-20 Summit kat London baru2 ni..Hmm..)
U.S negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu muslihat U.S, cetak duit kertas tanpa emas. Tak lama lagi akan down. (Ibarat bagi kertas A4 je kat Negara2 Arab. Nothing!)


Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g bersamaan dengan 1/2 dinar.
Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat emas dan menyebabkan harta itu berkitar semula kepada muslimin dan muslimat. Dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.(Ada yang sayang nak bayar zakat emas tapi takut kena kejar dengan income tax. Jawab la nanti kat sana!)
Keunikan dan kelebihan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.
Diperalatkan oleh orang barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata,teknologi terkini dan sebagainya.
Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.
Penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika RM100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi RM100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.(Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai.........)

P.S:- Duit syiling RM1 dah takde sebab xbernilai dahh..
Peningkatan purata 20-25% setahun tanpa susut nilai.

CONTOH CARA PENGIRAAN:-
Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009
Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00
Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) – RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00
Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.
KESIMPULAN:-
Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
33.3-39% p.a
“Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping untuk menunaikan haji pada tahun 2015″

SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN....


Tuesday, September 21, 2010

Menyimpan Emas Tetap Menguntungkan Anda.

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang emas.Taukah kalian menyimpan emas merupakan satu pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan dari menyimpan wang kertas?Kita lihat apakah peranan yang dimainkan oleh emas dalam negara kita...

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)

2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi

3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.

4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah Asset penyelamat harta Kita?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah - kertas! tak ada nilai.

Peranan emas ketika harga emas menurun

Pada kebiasaannya harga emas turun disebabkan beberapa faktor. Ia merupakan fonomena biasa dan bersifat sementara dan akan kembali melonjak ke aras sepatutnya dengan cepat kerana nilai dan permintaan semasa yang amat tinggi. Sekiranya harga menurun maka peluang pelabur mendapatkan keuntungan adalah berlipat ganda berbanding kenaikan secara berterusan. Permintaan dan nilai logam ini telah pun terbukti sejak beribu tahun dulu lagi.

Emas Diantara Alternatif Pelaburan Terbaik.


Di antara berita buruk yang berkaitan dengan ekonomi US yang sedang mempengaruhi pasaran-pasaran di seluruh dunia, emas adalah suatu harapan alternatif. Kebolehan emas sebagai penjamin terhadap ketidakpastian dan ketidakstabilan serta sebagai pelindung daripada risiko, menjadikannya suatu aset yang sesuai digunakan dalam keadaan masa yang tidak menentu. Keadaan masa yang tidak menentu dan ketidakpastian dianggap sebagai tidak baik untuk para pelabur tetapi tidak semestinya bagi komoditi. Dalam tahun yang lalu, harga kebanyakan komoditi di dunia telah meningkat tinggi dan mengakibatkan penambahan kepada kadar inflasi. Emas adalah terbukti sebagai suatu aset yang selamat semasa inflasi. Beberapa pelabur institusi yang terbesar di dunia melabur dalam emas secara besar-besaran.

Kesemua matawang adalah bergantung kepada kestabilan kerajaan. Ingat kembali kepada masa keruntuhan matawang Jepun serta German selepas perang dunia kedua dan juga matawang Iraq selepas pengambilan kuasa semula daripada Saddam Hussein. Apabila sesuatu kerajaan runtuh, matawangnya akan menjadi tidak bernilai. Hanya emas merupakan suatu bentuk wang yang sebenar.

Bank-bank pusat kerajaan menghasilkan wang tanpa sesuatu dengan cara mencetak lebih banyak duit kertas. Dalam krisis kewangan dunia 2008, kerajaan-kerajaan utama di seluruh dunia mengepam beratus-ratus bilion USD ke dalam sistem kewangan. Di Amerika Syarikat, presiden Bush menggelar kegiatan ini sebagai pakej stimulus ekonomi. Tetapi, dari manakah datangnya wang tersebut? Bukan dari mana-mana. Mereka cuma menghasilkan lebih banyak wang dan perbuatan ini menyebabkan penimbulan inflasi sebagai suatu kesan sampingan. Apabila manusia mula cemas terhadap matawang yang kurang bernilai oleh kerana inflasi, ia menjadi sebab utama bagi mereka untuk kembali semula kepada emas, terutamanya dalam keadaan masa yang tidak menentu.
  • Tahun 2001 dan tahun 2007, apabila harga saham naik sebanyak 19%, harga emas pula naik sebanyak 204%.
  • Tahun 2008, apabila harga saham turun sebanyak 13%, harga emas pula naik sebanyak 23%.
  • Tahun 2002 dan tahun 2008, apabila matawang USD mengalami kerugian sebanyak 27%, harga emas pula naik sebanyak 271%.
Nilai matawang USD telah merosot secara ternyata pada masa kini. Ini mengakibatkan dua kesan yang besar terhadap harga emas. Pertama sekali, kebanyakan emas dilombong luar daripada Amerika Syarikat dan kos perlombongan bukan dikira dalam USD. Jadi, lebih banyak matawang USD perlu dibelanjakan untuk melombong kuantiti emas yang sama dan oleh kerana itu harga emas perlu meningkat. Kedua, komoditi utama yang lain seperti minyak yang juga dihasilkan luar daripada Amerika Syarikat akan turut meningkat dalam harga. Apabila harga minyak dan makanan meningkat, ia akan mengakibatkan penimbulan inflasi. Dalam situasi ini, inflasi akan menyebabkan orang ramai membeli lebih banyak emas.

Pendek kata, harga emas telah meningkat pada masa yang baik dan juga pada masa yang menyusahkan. Emas juga meningkat pada masa inflasi tidak kira sama ada dalam ekonomi yang baik atau buruk.



Thursday, September 16, 2010

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda


minda-separa-sedar-1.jpg&t=1
Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.

Sunday, September 12, 2010

Bukti Bergambar Kesesatan Iklan Promo Aidilfitri Oleh TV3!

Assalamualaikum...Salam syawal dari saya..Maaf zahir dan Batin. Raya kali ini alhamdulillah..Ok post kali ini saya ingin melontarkan pandangan tentang isu iklan promo Aidilfitri yang ditayangkan beberapa ketika di TV 3 tetapi iklan itu telah diblock kerana ada unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah umat Islam..Cuba lihat iklan ini..



Gambar pakcik turun dari langit, seolah Santa Claus turun dari langit, naik kereta berkuda dan gaya budak perempuan menggerakkan tangan tu isyarat naik kuda terbang.. itu semua tidak lebih dari ciri-ciri Kristianiti yang cuba diterapkan dalam minda anak-anak kita. Manakala bunga-bunga teratai itu ciri-ciri Budha yg diterapkan, dan seolah-olah ada pari-pari berterbangan di udara, kita di sini simbol raya orang kita ialah pelita..bukan bunga teratai dan lilin. Tapi pelita tak kelihatan pulak!

Ini adalah sebahagian screenshots iklan raya tersebut..

iklan raya tv3 2010 1 Santa Claus di Hari Raya yang muncul dari buku dan membawa kanak-kanak

iklan raya tv3 2010 2
Objek teratai, simbol agama Buddha dan Hindu, terbang merata-rata.

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca berwarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok dan bintang menutupi sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan.

Ini adalah sebahagian tafsiran yang telah dibuat daripada iklan tersebut.Selanjutnya pembaca boleh rujuk ke link http://tafsir-sipenulis.blogspot.com.

Mana mungkin mereka tak perasan hal ni? Dan bagaimana iklan Krismas boleh digubah jadi iklan Aidilfitri? Atau penangan 1Malaysia menjadikannya begini...

Jelas, iklan tersebut telah menyelitkan unsur Kristian, Hindu, Buddha. Satu taktik halus dan tersembunyi untuk memesongkan dan mempengaruhi aqidah generasi baru, dengan penonjolan kanak-kanak sebagai pelakon yang hidup dalam khayalan. Diharapkan mana-mana pihak yang menyiarkan iklan lebih peka dengan isu-isu yang boleh menjejaskan aqidah umat Islam. Dan pastikan perkara yang sebegini TIDAK BERULANG..

“Tetapi iklan ini sangat menampakkan kemiskinan jati diri yang teruk. Kalau naik tikar ajaib Aladdin pun kira boleh tahan lagi. Iklan Aidilfitri paling rendah nilai dalam sejarah TV3″ (Ustaz Hj Hasrizal Abd Jamil,2010)

Alhamdulillah TV3 telah MEMOHON MAAF dan menarik keluar montaj Aidilfitri silang agamanya yang kontroversi itu. Sedikit sebanyak suara kita di alam maya ini berjaya melunaskan amar makruf nahi munkar..

Dulu kontroversi mengenai Anugerah Juara Lagu yang banyak memaparkan imej-imej mosoic, illuminati, dari secret society. Sekarang macam ni pula. Saya tertanya-tanya juga siapa la agen FREEMASON kat Malaysia ni. Berhati-berhati! Apapun kita sebagai umat Islam mesti peka dengan isu-isu yang berada di sekeliling kita lebih-lebih lagi isu UMAT ISLAM..Kalau umat Islam sendiri tidak sensitif dengan isu-isu yang berkisar tentang ISLAM, maka umat Islam tinggal hanya umat Islam sahaja...

Wednesday, September 8, 2010

Zikir Yang Dipermainkan...Astagfirullah..



Ya Allah..apa nak jadilah remaja sekarang ini. Zikir dijadikan alat sebagai gurauan dan permainan mereka. Bertaubatlah sebelum terlambat. Tidakkah kalian mengetahui bahawa perbuatan kalian itu telah mencemarkan agama Islam itu sendiri.Perlakuan kalian amat2 memalukan!!

Video klip tersebut telah tersebar di ruangan maya beberapa waktu yang lalu. Di dalamnya, terdapat adegan yang dilakonkan secara ‘sengaja’ oleh beberapa gadis melayu bertudung. Apabila bertudung, sudah tentu fikiran kita terfokus kepada Islam – kerana umum sedar, gadis bertudung adalah beragama Islam.

Video beberapa minit itu memaparkan beberapa gadis bertudung itu sedang duduk persis dikir barat dan menggoyangkan badan kemabukkan. Apa yang mendukacitakan, mereka mengalunkan pula zikir-zikir berselang-seli gelak tawa. Itu pucanya. Ternyata, sebaran video itu mendapat cemuhan dan kritikan yang berganda-ganda dari kalangan komentator.

Ada yang memaki dengan penuh perasaan, mengutuk bersama emosi dan pelbagai rasa ketidakpuasan hati lainnya. Tak terlepas juga, ada komentator yang bertindak sebagai pengadil yakni lebih bersifat pertengahan.

BILA ROH ISLAMI TERHAKIS

Saya percaya, pelakon-pelakon yang beraksi selama 1:23 minit mengalunkan zikir sambil terkinja-kinja itu menganggap perbuatan mereka adalah sekadar gurauan semata-mata. Barangkali dengan gurauan ala skeptikal atau sarkastik tersebut mampu membuatkan penonton terhibur dengan aksi mereka, walaupun ia mungkin mengguris hati umat Islam yang lain.

Benar, Islam tidak melarang umatnya untuk bergurau senda. Namun begitu, dalam senda gurau tersebut haruslah dipagari oleh sempadan agama. Sempadan agama di sini bukan bermaksud memijak agama, tetapi mengikut lunas dan nilai murni yang dianjurkan agama. Tetapi jika umat tidak menghadami apakah itu nilai-nilai sempadan agama, maka lebih mudah untuk terjerumus ke lembah kesyirikan atau khurafat.

Seandainya mereka yang menyanyi itu mengerti maksud di sebalik dendangan zikir taubat itu, pasti hati mereka menjadi kecut, lalu seluruh jiwa bergetar hebat akibat rasa takut pada Allah Ta’ala. Malah, mereka sama sekali tidak berani untuk mencetuskan kontroversi melibatkan soal agama di khalayak kerana pakaian iman dan takwa membaluti jiwa dan raga mereka.

حسبي ربي جل الله ما في القلب غير الله

Tuhanku sudah cukup bagiku - kemuliaan bagi Allah Ta’ala,
tidak ada dalam hatiku kecuali Allah.

Dewasa ini, kita dapati golongan-golongan yang skeptikal pada agama Islam bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ini tidak termasuk mereka-mereka yang ternyata kafir, dan menghina Islam. Jika dicampur tolak, mereka yang tinggal untuk mempertahankan Islam hanya segelintir cuma. Maka, tugas untuk menyedar dan mempertahankan Islam semakin berat untuk dipikul. Dan akhirnya, mereka yang menjunjung agama Allah ini seperti menggenggam bara api.

Kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi, sesungguhnya para pemerintah yang mengaku muslim juga seringkali bertindak sebagai penyubur budaya sarkastik (Baca: Memperolokkan agama secara diam atau terang). Maka, bila roh islami ini tercabut dari kalangan pemerintah, sudah pasti rakyat marhaen juga turut terkena tempiasnya. Ditambah pula dengan kejahilan yang membelenggu, sudah tentu bertambah parah masyarakat.

Berbalik kepada isu gadis melayu bertudung tadi. Secara peribadinya, saya berharap semoga si pelakon itu insaf dengan sebenar-benar insaf. Perbuatan merakam, melakukan aksi sedemikian rupa bukanlah suatu perbuatan yang indah. Bahkan ia menghakis rasa malu dan maruah diri. Sedangkan, malu itu adalah perisai bagi seorang wanita Islam. Ia diumpakan berlian yang tinggi nilainya. Jika hilang rasa malu, tiada apa lagi yang harus dipertahankan. Terdapat sebuah hadis berbunyi:

Maksud hadis: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu suka!”
Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Jauhkanlah dari perbuatan sebegitu tidak kira siapa kalian – dibimbangi terjatuh ke dalam gaung kesesatan. Nauzubillahhi minzalik.
Maksud hadis: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat seorang hamba selagi nafasnya tidak berada di halqum.” (Riwayat Imam Ahmad, Imam at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.)

Ingatlah, azab Allah itu lebih pedih walaupun gurau senda kamu memperolokkan agama hanya sedetik cuma.

Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan Kian Melabuhkan Tirainya...


Assalamualaikum....Bersua kembali..Post kali ini sekadar ingin meluahkan perasaan..Ramadhan bakal melabuhkan tirainya..Terasa sayu hati..Entah berjumpa lagi atau tidak Ramadhan akan datang..Moga madrasah tarbiyah yang telah kita lalui selama sebulan ini dapat mensucikan jiwa dan nurani serta dapat membentuk diri menjadi hambaNya yang semakin mengenal erti syukur. Moga karat mazmumah kian lebur setelah dicuci dengan zikir dan ibadah2 sepanjang bulan Ramadhan ini...


Ya Allah ..
Seandainya Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhirku..
Maka kau ampunkan segala dosa-dosa
yang pernah aku lakukan sepanjang hidup di dunia fana ini,
Aku tahu Ya Allah..
Sesungguhnya alam dunia hanya tempat persinggahan sementaraku,
Persinggahan sementara menuju
ke alam abadiMu..
Dan aku mengetahui semua itu Ya Allah...
Kau ampunkan segala dosa-dosaku,
Dosa kedua ibubapaku,
Dosa-dosa seluruh umat Islam,
Yang hidup dan yang mati..

Ya Allah bukakanlah pinta Hidayah dan Magfirahmu
Yang tidak kunjung malap..
Jangan biarkan hambaMu ini terleka,
Dengan arus duniawi yang sememangnya melalaikan..
Pandulah hambamu ini agar sentiasa di dalam peliharaan dan rahmatMu Ya Allah...
Sesungguhnya hanya Kau yang Maha Pengasih,
Maha Pemurah dan Maha Pengampun..
Moga aku dapat bertemuMu di alam sana..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..


Sunday, September 5, 2010

Nikah Khitbah Satu Alternatif


Oleh Ust Nasaruddin Tantawi


Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan...

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

1-Suami
2-Isteri
3-Wali
4-Saksi
5-Aqad [ Ijab Qabul ]

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

1-Masih menuntut di kolej atau uniersiti
2-Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
3-Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja


Oleh : Ustaz Maszlee Malik

Pensyarah UIA dalam bidang Usul Fiqh

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.

Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.

“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.

Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.

Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.

Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.

Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!

Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.

Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!

Wednesday, September 1, 2010

1 Gereja Di US Masuk Islam Pada Ramadhan 2010..Allahuakbar!!

Assalamualaikum..Post kali ini saya ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini menyebabkan 1 gereja di US memeluk Islam disebabkan kepintaran seorang Muslim yang bijak menjawab pertanyaan paderi tersebut. Sebelum ini, saya juga pernah terbaca artikel yang sama tentang kemasukan Islam secara beramai-ramai di sebuah gereja pada tahun 2006. Dan tahun ini, ianya berulang lagi..Kisah ini tidak disebarkan secara meluas kerana sebab-sebab tertentu. Di dalam video ini, ust yang membaca khutbah memberitahu paderi telah ajukan kepadanya 32 soalan tetapi beliau tidak memjelaskan lebih lanjut tentang soalan2 itu.Ikuti video dan kisah di bawah...

.

Saya merasakan artikel yang akan dipaparkan ini adalah artikel yang berlaku pada 2006 dahulu, tetapi mungkin penulis sebenar mengadaptasikan artikel yang sama dan berkemungkinan juga soalan-soalan yang diajukan oleh paderi kepada pemuda muslim itu soalan yang sama. Saya tidak menemui artikel yang terbaru tentang kejadian ini.
Walaubagaimanapun saya berpendapat bahawa, situasi yang berlaku adalah sama, tetapi jalan ceritanya berlainan sikit. Ikuti kisah di bawah..

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa. Subhanallah...Maha Suci Allah......Allahuakbar!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails