My Followers

Tuesday, February 14, 2012

Rancangan Lau Kaana Bainana Mendapat Tempat di Hati



Rancangan Lau Kaana Bainana kini mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia pada hari ini. Alhamdulillah,tahniah kepada pihak penganjur kerana telah memaparkan rancangan yang penuh memberi kesedaran terutamanya rakyat di Malaysia. Rancangan yang bermanfaat seperti inilah yang perlu dibawa masuk dan disalurkan ke media khususnya di TV. Tahniah kepada TV Al-Hijrah kerana telah memilih satu saluran yang sangat bermanfaat untuk ditonton oleh rakyat Malaysia. Musim pertama telah pun berlalu, musim kedua pula menyusul. Sesiapa yang tidak berkesempatan untuk melihat musim pertama boleh menonton di web ini http://www.fawaed.tv/dourouss/Law_Kana_Baynana_1

Rasulullah sebagai ikon terulung dan terunggul kini hampir dilupakan. Bahkan sekiranya dibuat kajian, berapa ramaikah yang betul-betul mengetahui biodata junjungan kita ini. Kalau tidak percaya cubalah buat survey. Mungkin anak-anak muda sekarang lebih mengenali artis zaman kini berbanding dengan Rasulullah, para sahabat dan ulama salafussoleh. Fenomena ini memang ada bahkan yang paling menyedihkan lagi apabila menyebut Rasulullah, ibarat satu nama yang asing bagi dirinya bahkan mungkin pertama kali mendengarnya.Alangkah ruginya dan alangkah sedihnya umat akhir zaman ini tidak mengenali Rasulullah s.a.w? Alangkah malunya apabila di akhirat kelak, umat-umat yang tidak mengenali Rasulullah s.a.w ini semasa di dunia untuk memohon syafaat daripada baginda.

Kita mengaku bahawa kita mencintai Allah, kita mencintai Rasulullah s.a.w. Tetapi apakah bukti yang menunjukkan kita mencintai Allah dan Rasul? Cuba tepuk dada tanya iman. Seandainya pasangan yang sedang bercouple di luar sana mempunyai masa yang lama untuk berbual sakan dalam telefon, kemudian sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk insan yang disayangi bahkan meluangkan masa berjam-jam untuk memadu kasih bagi membuktikan cintanya kepada sang kekasih. Bagaimana pula kalian membuktikan cinta kalian kepada Rasulullah, junjungan mulia kita? Adakah cukup dengan hanya mengingati ketika sambutan maulidur rasul? Tentunya tidak, bukan?

Ketika baginda wafat, baginda telah meninggalkan 2 perkara yang mana seandainya umat baginda berpegang kepadanya nescaya tidak akan sesat selamanya iaitu Al-quran dan As-sunnah. Ayuh insan-insan, di luar sana seandainya kalian merasakan diri kalian makin jauh dari landasan syariat marilah, marilah kembali kepada Al-quran dan As-sunnah. Mari kita amalkan ajaran yang terdapat di dalam kitab suci dan sunnah baginda. Nescaya kehidupan ini tidak akan rugi bahkan terasa ketenangan di dalam diri dan jiwa insani. Ingat, negeri abadi bukan di dunia tetapi di negeri akhirat.

Bayangkan sekiranya Rasulullah berada di sisi kalian pada tika ini, apakah yang akan kalian katakan kepada baginda? Terasa rindu untuk berjumpa dengan baginda. Ya Allah izinkan hambamu ini bertemu dengan baginda di akhirat kelak.


Sunday, February 12, 2012

Ujian Itu Sebahagian Dari Nikmat Allah


Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
"Iaitu orang-orang yang apabila ditmpa musibah, mereka berkata "inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali)
(-Surah al-baqarah ayat 155-156)
Benar…setelah diuji dengan sedikit dugaan, Allah s.w.t. memberikan khabar gembira bagi hambaNYA yang bersabar diatas ujian yang diberikan. “Tarbiyah” yang diberikan oleh Allah s.w.t. tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menguji setakat mana di antara kita yang benar-benar beriman kepadaNYA. Sepertimana Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan kami uji perihal kamu….”
(Surah Muhammad, ayat 31)
Di awal permulaan tika diuji, berbagai persoalan yang menerjah difikiran. Kenapa aku yang diuji sedangkan ramai lagi yang lalai, terasa diri begitu berat untuk menerima “tarbiyah” dariNYA .Namun begitu, Allah s.w.t. Maha Mengetahui kerna DIA tidak akan menurunkan ujian tersebut melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNYA. Sepertimana firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(-Surah al-Baqarah ayat 286-)
Yakin, percaya dan bersangka baiklah dengan “tarbiyah” yang Allah s.w.t. turunkan. Kita akan merasai “nikmat” ujian tersebut setelah hati mula merasai disentuh nur hidayah dariNYA…Allahuakbar….

Bersabarlah wahai diri atas segala ujian yang telah menimpamu..
Kerana setiap ujian itu pasti ada hikmahnya..
Allah sedang mengaturkan yang terbaik untuk dirimu..
Maka bersabarlah atas segala ujiannya..

Tazkiyatun nafsi wa taqarrub ila Allah..
Kunci ketenangan hati insani..
Tatkala dahi mencecah sejadah..
Terasa betapa kerdilnya diri ini..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails