My Followers

Tuesday, June 14, 2011

Rancangan Lau Kana Bainana..


Assalamualaikum…Moga semuanya sihat, ceria dan moga kalian di bawah rahmat dan lindunganNya.. Saya ingin berkongsi dengan pembaca satu rancangan realiti yang sangat baik untuk dihayati yang ditayangkan di TV Al-Hijrah. Rancangan "Lau Kana Bainana" (Sekiranya Rasulullah Berada Di Antara Kita). Sebuah rancangan yang menyebabkan hati saya semakin merindui Rasulullah s.a.w. Walaupun saya tidak tahu, sama ada di akhirat kelak baginda mengenali saya sebagai ummatnya atau tidak.

"Lau Kana Bainana" adalah satu rancangan aliran remaja kontemporari yang membicarakan respondi orang ramai terhadap sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. disamping cuba menghidupkan semula sunnah Baginda. Bagi saya, ia sebuah rancangan yang sangat menginsafkan juga ianya mampu mengembalikan hati kita untuk lebih cinta dan kasihkan Rasulullah s.a.w selepas cinta kita kepada Allah s.w.t.

Rancangan ini untuk mengingatkan kita tentang khuluk nabawi iaitu akhlak junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bukannya semata-mata untuk mengembalikan kita kepada sejarah silam kegemilangan Islam iaitu 1400 tahun yang lalu tetapi apa yang dimahukan adalah untuk merasakan seperti Rasululullah SAW ini hidup bersama-sama kita semua pada alaf 21 ini. Pihak penganjur juga menyediakan hadiah cenderahati “Lau kana bainana al-Habib” berupa kitab sirah nabi dan macam-macam lagi. Hadiah tersebut diberikan kepada siapa yang berjaya berakhlak dengan akhlak nabi antaranya, amanah, sopan-santun dan banyak lagi sifat mahmudah Rasulullah SAW.

Rancangan sebegini patut menjadi rancangan utama yang perlu disiarkan di TV di Malaysia. Masyarakat sekarang lebih mengenali artis-artis daripada Rasulullah s.a.w. Sedangkan adakah artis-artis yang mereka banggakan itu, malah ada yang menjadikan mereka ikon dalam kehidupan mereka akan membantu mereka di akhirat kelak? Sekiranya Nabi berada di tengah-tengah kita, adakah kita menjadi orang yang berbangga atau akhirnya kita yang malu sendiri,kerana apa..sirah Nabi masih tak habis baca lagi, sedangkan kisah-kisah atau skandal-skandal artis hanya di hujung jari.. Pelajarilah sirah baginda kerana kita adalah umatnya… kitalah yg memerlukan baginda di akhirat kelak…

Lihatlah sendiri

Dan anda akan mengetahuinya


Lihat perempuan di minit ke-7 menangis apabila ditanya jika dia diberi peluang berada dengan Rasulullah SAW walaupun seminit. Jika kita berada di situasi seperti beliau, bagaimana reaksi kita?

Justeru itu, saya menyarankan anda menonton rancangan ini kerana saya beranggapan ia mampu membuatkan anda rindu kepada Baginda. Kalaulah Baginda Nabi ada disisi...

TAMBAHAN :-

lanjutan link " Lau kaana bainana al-Habib" di sini.

dan lagi, di sini.

Download lagu tema rancangan DISINI

10 comments:

  1. akhlak nabi yg tiada tolok bandingnya..patut dijadikan contoh n teladan utk kita semua didunia ini...sementara hayat masih ada...

    ReplyDelete
  2. Semestinya menjadi ikon yang teragung dalam kehidupan kita....Moga kita sentiasa menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan harian kita...

    ReplyDelete
  3. salam. tempahan tudung labuh koshibo dan purdah dengan harga berpatutan =.= lawati blog saya

    http://najcahayacintaagung.blogspot.com/2011/06/tempahan-tudung-labuh-koshibo-purdah.html

    ReplyDelete
  4. salam.. boleh saya tahu tayangan lau kana bainana di tv alhijrah pada hari ape dan jam berapa yer.. saya terlupa.. saya mengikuti episod pertama hari 2.. kemudian saya lupa tarikh dan waktu.. terima kasih..=)

    ReplyDelete
  5. wslm..:)rancangan tu setiap hari ahad jam 9.00 malam...

    ReplyDelete
  6. Setiap hari jam 5:30 pagi pun ada.

    ReplyDelete
  7. salam,

    lagu ending rancangan ni apa ya..yg lirik de ya habibi ya muhammad 2.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat saya lau kana bainana lagu dia

      Delete
  8. wslm..last sekali endingnya ya rahmatal lil 'alamin..waktu malam siarannya jam 10 mlm di tv al-hijrah.

    ReplyDelete
  9. HATIKU MENANGGUNG RINDU PADAMU YA RASULALLAH.......... X TERTAHAN LAGI RASANYA..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails