My Followers

Tuesday, June 28, 2011

Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari!!

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.












Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.

Sunday, June 26, 2011

300 Peguam Sertai Himpunan Bersih 2.0??


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia. Kali ini saya terpanggil untuk mengulas sedikit tentang isu yang hangat diperkatakan dalam area politik tanah air kita yang tercinta iaitu Malaysia. Berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai 2011. Setelah terbaca dalam sebuah akbar yang bertajuk 300 peguam sertai himpunan BERSIH 2.0..

Nampaknya ramai juga golongan profesional menyertai dan menyokong BERSIH 2.0.Hmm...Tentu mereka ada hujah yang kuat kenapa mereka berani menonjolkan diri mereka untuk menyokong BERSIH 2.0 kali ini. Tambahan mereka adalah golongan ilmuan dan celik tentang Perlembagaan Malaysia. Malah mereka mengeluarkan statement bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan. Satu jawapan yang penulis fikirkan ialah kerana golongan ini dan umumnya rakyat telah sedar bahawa selama ini politik yang bertapak di Malaysia adalah tidak telus, tidak bersih dan tidak menepati ciri-ciri demokrasi yang selama ini didukung oleh pihak pemerintah.

BERSIH yang merupakan Jawatankuasa Bertindak bersama bagi reformasi sistem pilihanraya akan mengadakan ‘Walk for Democracy’ pada 9 Julai 2011. BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Kejayaan BERSIH pada 10 November 2007 menjadi pemangkin kepada usaha Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan BERSIH 2.0 yang membuat tuntutan kepada penambahbaikan, bahkan juga pemulihan sistem pilihanraya Malaysia yang nyata kotor dimanipulasi oleh parti pemerintah.

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Seri Khalid Abu Bakar yang mengugut rakyat supaya tidak menyertai himpunan aman BERSIH ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan sedangkan tugas PDRM sewajarnya mengawal keselamatan supaya himpunan rakyat ini tidak disabotaj oleh pihak yang mengamal politik sempit dan cuba menimbulkan kekacauan. Dimanakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Bukan mengeluarkan arahan untuk tangkapan pencegahan. Pelik rasanya...pihak yang mengedarkan video lucah dibiarkan bebas lepas, manakala yang berjuang demi hak rakyat di ancam untuk di tangkap!

Tidak boleh lagi rakyat negara ini diugut, diperlakukan bagaikan pesalah oleh PDRM sedangkan negara ini terbina kerana kepedulian rakyat pada demokrasi atas kefahaman pada Perlembagaan Negara. Mana mungkin perhimpunan rakyat yang mahu membuat tuntutan asas terhadap pemulihan Sistem Pilihanraya dianggap sebagai kesalahan jenayah oleh PDRM sedangkan pengedar vcd porno masih lagi bermaharajalela menabur fitnah jahat VCD saban hari? PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman!

Faktor keselamatan negara yang cuba dibangkitkan oleh menteri di Kementerian Dalam Negeri juga tiada asas kerana sejarah telah membuktikan bahawa himpunan aman oleh rakyat menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam meraikan demokrasi. Rakyat berhak bersuara bukan dianggap sebagai penjenayah.

Mari kita kaji sikit apa sebenarnya yang dimaksudkan Demokrasi? Maksud yang digunapakai di seluruh dunia.....

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.


DEMOKRASI adalah berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘Demos’ dan ‘Kratos’. ‘Demos’ bermaksud pemerintahan manakala ‘Kratos’ bermaksud rakyat. Maknanya Pemerintahan Rakyat. Kata-kata terkenal bapa demokrasi Amerika, Abaraham Lincoln menjelaskan lagi maksud demokrasi iaitu “Dari manusia, oleh manusia, dan untuk manusia”. Jelas sekali demokrasi itu meletakkan manusia pembuat hukum. Ini jelas sekali apabila kita memerhatikan hampir semua negara mempunyai rumah undang-undang seperti parlimen, kongress, knesset dan sbgnya dimana wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat bersidang untuk membuat hukum. Kedaulatan hukum jelas sekali ditangan manusia. Demokrasi menjunjung penuh kebebasan manusia iaitu kebebasan perilaku, kebebasan ekonomi, kebebasan berfikir dan kebebasan beragama.


Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

§ Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

§ Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil

§ Rakyat diberi hak mengundi

§ Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)

§ Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain

§ Kebebasan persatuan

§ Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law

§ Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.

Kesimpulannya, perhimpunan 9 Julai ini bukanlah perhimpunan haram seperti yang diwar-warkan oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi ia merupakan perhimpunan aman yang dilakukan untuk menghantar memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong demi pilihanraya yang adil dan bersih. Nampaknya gelombang rakyat yang inginkan perubahan semakin ketara. Seharusnya pemerintah peka terhadap kehendak rakyat yang inginkan permainan politik di Malaysia lebih telus dan adil. Sama-sama fikirkan...

Wednesday, June 22, 2011

Ibunda Yoyoh Yusroh..

Walaupun tidak pernah bertemu, tetapi kisahnya sangat -sangat memberi kesan pada diriku. Hebatnya beliau dalam perjuangan dakwah, hebatnya beliau dalam mendidik anak-anak, hebatnya keperibadian beliau menyebabkan diri ini bermuhasabah, adakah diri ini mampu menjadi seperti beliau. Kebijaksanaannya mengurus rumahtangga, keluar berdakwah dan mentarbiyah orang lain dan dirinya sendiri sangat mengkagumkan saya. Siapakah wanita yang hebat ini sehingga ramai yang menangisi pemergiaannya..

Ustazah Yoyoh Yusroh adalah ahli politik hebat di Indonesia, merupakan ahli parlimen, tokoh penting dalam PKS. Memiliki 13 anak tidak sesekali membatasi perjuangan dakwah dan tarbiahnya. Seorang ibu dan mujahidah yang telah mewakafkan dirinya di jalan Allah. Akhawat PKS dan juga Anggota Komisi 1 DPR. Telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Cirebon, Jawa Barat pada 21 Mei 2011, semasa dalam perjalanan dari Yogyakarta menuju Jakarta setelah menghadiri acara wisuda anaknya di UGM dan telah dikebumikan di kampung halamannya di Tangerang.

Setiap anaknya ditarbiah begitu hebat,bacalah lagi siapa anaknya.

Anak-anaknya adalah aset yang sangat bernilai. Putera sulungnya lahir pada 20 Disember 1985. Diberi nama Ahmad Umar Al Faruq. Anaknya yang paling bongsu berumur 8 tahun. Anak kedua A Izza Jundana, belajar di International University, Sarajevo, Bosnia. Puteri ketiga, Asmah Karimah, kuliah di Fakultas Pertanian UGM. Ustazah meninggal dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya ini.

Putera keempat, Huda Robbani lahir Oktober 1990, merupakan jaguh renang. Putera kelima, Shalahuddin Al Ayubi, lahir 13 April 1992. Putera keenam sampai ke lapan menimba ilmu di pesantren. Mereka ialah Jakfar Athoyar (lahir Mac 1993) di Gontor. Salma Salimah lahir April 1994, belajar di Ponpes Assyifa, Subang Jawa Barat. Muhammad Ayyasy lahir 13 April 1996 di Ponpes Al Hikmah. Ayyasy ini sudah menghafal Quran 30 juz. Putera kesebelas Abdulah Aminuddin, lahir 16 Januari 2000. Puteri kedua belas Helma Hamimah lahir Julai 2001. Puteri bongsunya Rahma Rahimah lahir Januari 2003.

Seorang ukhti menceritakan kisah ini semalam pada kami. Pada tahun 2009 Ustazah Yoyoh Yusroh, pernah bercerita. Ketika ke Palestin dia bertemu dengan dua wanita Ummu Mus'ab dan Ummu Hamzah. Dia ditanya oleh salah satu wanita Palestina itu.

"Berapa orang anak kamu?"

"Anak saya 13 orang", jawab Ustazah.

"Ohh..disini bilangan itu biasa-biasa sahaja. Karena anak kami rata-rata 14."

Pertanyaan kedua muncul. "Kamu hafal al-Qur’an?", tanya Ummu Mus'ab.

"Belum sampai 20 juz," jawabnya. Kemudian ditanya lagi berapa usia ustazah. Ustazah menjawab 41 tahun.

Lalu soalan seterusnya menyentap hati Ustazah, "Apa yang kamu buat selama ini sehingga di usia 41 tahun, masih belum menghafal Al Quran?" tanya Ummu Mus'ab.

Saat ukhti tersebut mengkhabarkan kisah ini, saya juga terdiam. Seakan-akan tiada alasan mengapa masih tidak menghafal AlQuran.

Kisah lain adalah kehebatan dia mentarbiah anak-anaknya. Setiap waktu solat, dia menyebut setiap satu nama anak-anaknya. Dan dia bangun tahajud, dua rakaat untuk setiap anak. Masya Allah!

Dalam satu majlis pada bulan Ogos 2009, beliau berbicara mengenai langkah menuju syurga dunia iaitu pernikahan. Subhanallah, luar biasa!

“Berbicara mengenai visi pernikahan, visi pernikahan itu adalah visi da'wah. Sehingga apabila visi pernikahan telah menjadi visi da'wah, apapun masalah yang tengah dihadapi oleh keluarga kita, masalah itu tidaklah terlalu besar bila dibandingkan dengan masalah umat. Maka keluarga itu tidak akan memperumit masalah-masalah kecil.”

“Bagaimana dengan menunda pernikahan?”

“Ternyata apabila menunda pernikahan, maka akan menunda kelahiran dan kebangkitan umat, menunda pernikahan akan menghambat pertumbuhan atau penambahan umat-umat yang berkualiti. Bukankah Rasul senang dengan umat yang banyak dan berkualitas. Dan bukankah kita rindu dengan lahirnya kembali kepemimpinan Islam dan Islam menjadi soko guru seluruh alam ?”

“Bagaimana hubungan Ustadzah Yoyoh Yusroh dan suami?” Ustazah mengatakan, hubungan layaknya seorang da'i dan mad'u, ertinya suami-isteri harus saling mengingatkan saling menegur bila salah.

Moderator berkata, “Ustadzah adalah seorang wanita yang luar biasa, memiliki 13 orang anak, menjadi seorang anggota DPR RI.”

Jawab ustazah, “Saya merasa saya adalah seorang wanita biasa, cerminan saya adalah wanita-wanita palestina, 13 orang anak di Palestina adalah suatu hal yang biasa. Dalam keadaan yang tercekam, mereka dapat melahirkan banyak anak”.

Beliau pernah berkesempatan bertemu dengan wanita-wanita Palestina. Semasa taaruf, wanita-wanita Palestina memperkenalkan diri misalnya seperti, “Ana Ummu Maryam, ana hafidzah, ana muhandis". (Saya Ummu Maryam, saya seorang penghafal Al-Quran, saya seorang jurutera). Subhanallah!

“Kecondongan mereka akan dunia itu sedikit, sehingga mereka mudah untuk menghafal Al-Quran, mereka adalah wanita-wanita tangguh. Tak sedikit pun rasa sedih ketika anak-anaknya menjadi pejuang Allah dan menjadi seorang yang syahid. Mereka adalah wanita-wanita cerdas. Mereka adalah wanita-wanita yang dekat dengan Allah SWT. Persiapkanlah menjadi seorang istri dan ibu. Seorang wanita harus mempersiapkan menjadi ibu generasi, siap menjadi ibu sehat. Oleh karena itu perhatikanlah menu-menu makanan yang kita (wanita) makan. Dari rahim inilah akan tumbuh embrio yang luar biasa dari seorang ibu yang luar biasa. Dari rahim inilah akan tumbuh embrio yang sehat dari seorang ibu yang sehat.”

“Pernikahan adalah suatu fitrah, ia bukanlah beban tapi kebutuhan. Dari rumah tangga muslim akan lahirlah khilafah fi ard. Dan satu kunci yang penting, kedekatan seorang hamba dengan Allah SWT. Ketika seorang hamba telah bertaqwa, Allah SWT akan memudahkan jalannya”.

Bacalah lagi di link yang asal, ada juga link-link lain mengenainya.

Sms beliau yang dihantar kepada seorang ukht beberapa hari sebelum beliau meninggal..

"Ya rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak diakhirat. Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita Khadijah Al-Kubra yang berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafshah binti Umar yang dibela oleh Allah saat akan dicerai karena shawwamah (rajin puasa-red) dan qawwamahnyaI (rajin tahajud-red)? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500 an hadits, sedang aku…. ehm 500 juga belum… atau dengan Ummu Sulaim yang shabiroh (penyabar) atau dengan Asma yang mengurus kendaraan suaminya dan mencela putranya saat istirahat dari jihad… atau dengan siapa ya. Ya Allah, tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliah mereka… sehingga aku layak bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka di taman firdaus-Mu"

Pengajaran yang boleh diambil dan dipraktikkan dalam kehidupan...

Beliau merupakan ibu kepada 13 orang anak. 10 orang anaknya hafiz/ah al-Quran. Semua soleh & solehah. (MasyaAllah, hebatnya beliau mendidik anak-anak)

Seorang ahli dan tokoh pendiri Partai Keadilan Sejahtera. (MasyaAllah, dalam jamaah pun beliau hebat!)

Beliau memegang jawatan sebagai aktivis PKS dan juga Anggota Komisi I DPR. (Dakwahnya juga hebat!)

Beliau menghafaz 20 juz Al-Quran & melazimi tilawah Quran 3 juz setiap hari. (MasyaAllah, kesibukannya tidak menghalangnya dari memperkukuhkan hubungannya dengan Rabbul Jaleel)

Fikirkan ustazah memiliki 13 orang anak, pengasas AlQuran Centre Ummu Habibah, ahli parlimen, melanjutkan pengajian sehingga S2, seorang isteri, seorang murabbiah, seorang daiyah dan seorang hamba Allah yang telah berjuang sehingga akhir kehidupannya.

Kita juga mampu kan? Insya Allah, akan lahir lebih ramai lagi Ustazah Yoyoh Yusroh selepas ini. Aminn Ya Rabb..

Tulisan lain mengenai ustazah:

Link 1
Link 2
Link 3
Link 4
Link 5
Link 6 - Laporan Viva Palestina
Link 7
Link 8
Link 9

Nasihat Terakhir Ustadzah Yoyoh Yusroh untuk Para Kader Dakwah



“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiyaa:35)

Ya Allah, susah sungguh mengejar amaliyah yang telah beliau capai, namun doa dan ikhtiar pastinya harus terus dilakukan semaksimum mungkin. Ya Allah, ya Rabb, masukkan beliau ke dalam Jannah-Mu sebagaimana yang telah Engkau janjikan untuk orang-orang yang beriman dan beramal shalih. Amin ya Rabbal ‘alamiin...

Tuesday, June 14, 2011

Rancangan Lau Kana Bainana..


Assalamualaikum…Moga semuanya sihat, ceria dan moga kalian di bawah rahmat dan lindunganNya.. Saya ingin berkongsi dengan pembaca satu rancangan realiti yang sangat baik untuk dihayati yang ditayangkan di TV Al-Hijrah. Rancangan "Lau Kana Bainana" (Sekiranya Rasulullah Berada Di Antara Kita). Sebuah rancangan yang menyebabkan hati saya semakin merindui Rasulullah s.a.w. Walaupun saya tidak tahu, sama ada di akhirat kelak baginda mengenali saya sebagai ummatnya atau tidak.

"Lau Kana Bainana" adalah satu rancangan aliran remaja kontemporari yang membicarakan respondi orang ramai terhadap sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. disamping cuba menghidupkan semula sunnah Baginda. Bagi saya, ia sebuah rancangan yang sangat menginsafkan juga ianya mampu mengembalikan hati kita untuk lebih cinta dan kasihkan Rasulullah s.a.w selepas cinta kita kepada Allah s.w.t.

Rancangan ini untuk mengingatkan kita tentang khuluk nabawi iaitu akhlak junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bukannya semata-mata untuk mengembalikan kita kepada sejarah silam kegemilangan Islam iaitu 1400 tahun yang lalu tetapi apa yang dimahukan adalah untuk merasakan seperti Rasululullah SAW ini hidup bersama-sama kita semua pada alaf 21 ini. Pihak penganjur juga menyediakan hadiah cenderahati “Lau kana bainana al-Habib” berupa kitab sirah nabi dan macam-macam lagi. Hadiah tersebut diberikan kepada siapa yang berjaya berakhlak dengan akhlak nabi antaranya, amanah, sopan-santun dan banyak lagi sifat mahmudah Rasulullah SAW.

Rancangan sebegini patut menjadi rancangan utama yang perlu disiarkan di TV di Malaysia. Masyarakat sekarang lebih mengenali artis-artis daripada Rasulullah s.a.w. Sedangkan adakah artis-artis yang mereka banggakan itu, malah ada yang menjadikan mereka ikon dalam kehidupan mereka akan membantu mereka di akhirat kelak? Sekiranya Nabi berada di tengah-tengah kita, adakah kita menjadi orang yang berbangga atau akhirnya kita yang malu sendiri,kerana apa..sirah Nabi masih tak habis baca lagi, sedangkan kisah-kisah atau skandal-skandal artis hanya di hujung jari.. Pelajarilah sirah baginda kerana kita adalah umatnya… kitalah yg memerlukan baginda di akhirat kelak…

Lihatlah sendiri

Dan anda akan mengetahuinya


Lihat perempuan di minit ke-7 menangis apabila ditanya jika dia diberi peluang berada dengan Rasulullah SAW walaupun seminit. Jika kita berada di situasi seperti beliau, bagaimana reaksi kita?

Justeru itu, saya menyarankan anda menonton rancangan ini kerana saya beranggapan ia mampu membuatkan anda rindu kepada Baginda. Kalaulah Baginda Nabi ada disisi...

TAMBAHAN :-

lanjutan link " Lau kaana bainana al-Habib" di sini.

dan lagi, di sini.

Download lagu tema rancangan DISINI

Sunday, June 12, 2011

Gereja Terbesar, Termoden Dan Tercanggih Berkonsepkan FREEMASON di MALAYSIA?

Assalamualaikum..mungkin berita pembinaan gereja ini tidak tersebar luas walaupun pembinaannya bermula tahun 2008. Bagi diri saya, tentu berita ini sangat mengejutkan. Tentu ada di kalangan pembaca telah pun mengetahui tentang pembinaan gereja ini. Apa yang saya fikirkan, masakan gereja terbesar, termoden dan tercanggih dibina di negara MALAYSIA? Kenapa tak dibina di negara Barat yang luas kawasannya jauh lebih besar dari MALAYSIA? Apa motif utama gereja ini dibina di MALAYSIA? Satu persoalan yang dilontarkan kepada semua..

Gereja ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium. Mula dibina pada tahun 2008. Maklumat lanjut boleh rujuk pada web ini http://www.calvary.org.my/. Struktur pembinaan CCC boleh dilihat di link ini http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_update.html

Link
Kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk disiapkan sekarang. Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.




Untuk pengetahuan, di dalam pembinaan gereja ini terdapat unsur FREEMASON. Antara misi pembinaan geraja ini ialah...

The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind

Jangan terkejut setelah gereja ini siap dibina mungkin akan diisi dengan anak-anak melayu. Dengan adanya gereja ini, mungkin menggalakkan lagi ramai remaja melayu untuk murtad. Apa akan terjadi pada generasi kita pada masa akan datang?Nauzubillah..Sejauhmana kita sensitif dengan isu-isu sebegini.

Perlukah negara MALAYSIA ini dibina sebuah gereja yang sangat besar? Malah keluasan tapak ini mengalahkan Masjid Jamek Sri Petaling yang boleh dianggap besar dalam Malaysia ini. Sama-sama kita fikirkan..

Tuesday, June 7, 2011

Mahkamah Hati

Oleh : Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyiksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki, dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.

Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan.

Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri. Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua 'perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.

Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan. Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati!

Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab:

"Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya."

Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak. Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita.

Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah..

Friday, June 3, 2011

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukan aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat Pengorbanan puteri
solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu Syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita bernama Siti Hajar..

Mampukan aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails