Sebelum tidur nanti, para ibu ayah tataplah wajah anak yang sedang lena.
Wajah yang ditinggalkan seharian.
Menanti penuh girang di pintu waktu petang untuk menyambut kalian.
Menanti penuh girang di pintu waktu petang untuk menyambut kalian.
Wajah yang teruja untuk bercerita dan berjenaka.
Wajah yang merindui ucapan, belaian dan sentuhan kasih sayang kalian.
Alhamdulillah.
Anak kalian selamat dalam dakapan.
Anak kalian selamat dalam dakapan.
Tetap lah bersyukur.
Walau kadang anak-anak sibuk nak memanjat badan, walhal ibu ayah sedang keletihan.
Tetap lah bersyukur.
Walau anak-anak membaling barang menumpah makanan, walhal ibu ayah baru selesai membersihkan.
Tetap lah bersyukur.
Walau anak-anak membangunkan di tengah malam, walhal esoknya ibu ayah masih perlu bangkit bekerja menongkat badan.
Tetap lah bersyukur.
Kalian masih punya anak untuk dibelai manja, dikucup mesra, dijaga penuh cinta, didengar pelbagai rencam celoteh mereka.
Hari ini Malaysia menangis dengan sebuah kehilangan yang sangat menyelar hati.
Seorang anak kecil yang baru belajar mengangkat punggung mula merangkak, mudah terhibur senyum apabila diagah, tangis tawa nya bagaikan muzik yang sangat indah di telinga.
Anak adalah anugerah terindah, tanda cinta bahagia, sehingga sanggup ibu ayah menyabung nyawa.
Terlalu tinggi rasa cinta ibu ayah terhadap seorang anak.
Terlalu berat ujian buat ibu ayah si anak syurga Adam Rayqal.
Sebaik mungkin anak ini dijaga, dihantar dalam keadaan sempurna, namun dikembalikan dalam keadaan sejuk beku, kaku, biru, tidak bernyawa.
Tiada hati yang tidak berderai berdepan dengan ujian ini.
Semoga Allah swt berikan ketabahan yang luar biasa buat mereka, lalu digantikan dengan kegembiraan yang melimpah ruah atas sifat sabar mereka berdepan dengan ujian yang maha getir ini.
Ibu ayah.
Sesempurna mana pun kalian cuba berusaha, tetap akan nampak cela di mata manusia.
Tetap teguh lah dengan yakin, Allah swt penjaga mutlak yang paling berhak.
Berserah penuh harap kepadaNya.
Iringi anak dengan doa sentiasa.
Semoga belahan jiwa kalian tidak jemu untuk Allah swt pelihara.
Iringi anak dengan doa sentiasa.
Semoga belahan jiwa kalian tidak jemu untuk Allah swt pelihara.
Ini antara doa pelindung yang boleh ibu ayah amalkan buat anak-anak tercinta,
1) Letakkan tangan pada ubun-ubun anak dan doakan perlindungan bagi anak dari gangguan makhluk yang berniat jahat sama ada manusia, haiwan, jin dan syaitan
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة
A’udzu bikalimatillahit-taammaati min kulli syaithoonin wa haammatin wa min kulli ‘ainil-laammah
A’udzu bikalimatillahit-taammaati min kulli syaithoonin wa haammatin wa min kulli ‘ainil-laammah
“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap gangguan syaitan, binatang berbisa dan setiap mata orang yang dengki.”
Ini adalah doa Rasulullah saw kepada cucunda kesayangan, Sayidina Hasan ra dan Sayidina Husin ra
2) Jika melawat bayi yang baru lahir, letakkan tangan pada ubun-ubun bayi dan doakan dengan doa ini
وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk
(QS. Ali Imran: 36)
(QS. Ali Imran: 36)
Ini doa nenek Nabi Isa as ke atas baginda ketika lahirnya sehingga keturunannya tidak diganggu syaitan (HR : Bukhari)
Semoga Allah swt pelihara anak-anak kita dari sebarang petaka dan mara bahaya.
Jika kita sudah berusaha namun kejadian malang tetap berlaku, ketahuilah.
Itu tanda cintaNya.
Itu tanda cintaNya.
Allah swt ingin mengangkat darjat kalian untuk lebih dekat kepada Nya dengan sabar dan redha.
Allah swt tidak pernah jauh.
No comments:
Post a Comment