Assalamualaikum kepada semua pembaca..Harap sihat dan ceria selalu..Bulan ini bulan yang sangat sibuk, tak sempat nak update blog yang semakin bersarang ni. Tapi alhamdulillah ada juga ruang kosong yang membolehkan saya berkesempatan mencoretkan sesuatu di blog saya.. Baiklah, saya ingin mengulas sikit tentang tajuk di atas..Apakah yang dimaksudkan oleh daya tarikan cinta tu ye..ok mari kita baca seterusnya..
Jadilah orang baik, nanti kita akan menarik kebaikan. Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki. Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya sering dikungjungi, produknya laku dan jualannya laris.
Dalam rumahtangga pun begitu juga. Jadilah pasangan yang baik. Insyaallah kita akan menarik segala kebaikan untuk diri kita dan seluruh ahli keluarga. Baik tutur kata, manis senyuman dan mudah memberi kebaikan, itulah nanti yang akan menawan hati pasangan kita. Bahkan di mana sahaja anda berada,bermanis wajah dan sentiasa ceria. Itulah hukum daya tarikan atau law of attraction itu?
Pada diri manusia ada daya tarikan yang sling berhubung dengan daya tarikan orang lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga akan positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengan harmoni. Pepatah lama mengatakan burung yang sama bulu dan warna akan terbang sekawan.
Suasana inilah yang akan membahagiakan cinta dalam rumahtangga. Apabila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga akan turut ceria. Percayakah anda kalau katakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa-apa jua aktiviti dengan lebih baik dan berkualiti, maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya? Ada hormon endomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira. Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar Neuro-Linguistic Programming (NLP).
Sebaliknya, orang yang negatif asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perengus. Orang sebegini akan "meletihkan" pasangan dan orang sekelilingnya. Ingatlah, tidak ada sesiapapun suka orang yang pemarah dan pemurung.
Hukum daya tarikan juga berlaku, tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Dia akan menghantar "gelombang" yang negatif dan sebagai balasannya dia juga akan menerima reaksi yang negatif. Gelombang negatif ini akan menghakis rasa ceria dan gembira, malah lambat laun akan turut meranapkan perasaan cinta anda...Kesimpulannaya jadilah seorang yang ceria, kerana dengan keceriaan anda akan menceriakan orang di sekeliling anda.
Insyaallah jumpa di entri lain pula...
No comments:
Post a Comment