My Followers

Sunday, May 15, 2011

Sumpah : Ulasan Dr Wahbah Az-Zuhaili


SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.

Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini. Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.

Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.

Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar Ibrahim, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.

Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.

Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.

Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.

"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," tegasnya.

Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah SWT datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir. Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok.

"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.

Ulasan admin : Jangan menghukum seseorang hanya kerana adanya bukti yang kononnya begitu jelas untuk sabitkan tuduhan selagi tidak mempunyai saksi. Dalam kes sebegini sepatutnya orang yang kena tuduh itu bersumpah bukannya orang yang menuduh. Hal ini jelas dalam hadith yang berbunyi :

عَنْ إِبْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِّي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ ,لَأدَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ , وَلَكِنَّ اليَمِينَ عَلَى المدَّعَي وَ اليَمِيْنَ عَلىَ مَنْ أَنْكَرَ"[1]

Maksudnya : Dari ‘Abdullah ibn Abbas berkata : Sesungguhnya nabi s.a.w berkata : “Kalaulah diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa atau dituntutnya, tentu akan ada beberapa orang lelaki mendakwa atau menuntut berhubung dengan darah dan harta mereka, tetapi keterangan atas orang yang mendakwa dan sumpah atas orang yang ingkar.”

Dalam kes sebegini, pihak Mahkamah Syariah amat memainkan peranan penting dalam menjelaskan isu ini. Ini kerana institusi Mahkamah merupakan tempat untuk menegakkan keadilan. Adakah sumpah yang dilakukan oleh orang yang menuduh itu mengikut syarak? Satu persoalan yang dilontarkan. Atau sekadar untuk menutup kesalahan diri atau sekadar untuk mengkaburkan masyarakat dengan sumpah yang dilakukan atau untuk kepentingan peribadi?

Perlu diingat di negara kita mempunyai Enakmen Keterangan, Enakmen Tatacara Mal dan Arahan Arahan Amalan Sumpah yang telah dikuatkuasa pada 1 Jun 2006 oleh Mahkamah Syariah seluruh Malaysia telah meluaskan lagi skop perbahasan berkaitan sumpah yang merangkumi tatacara, pelaksanaan dan syarat-syarat sumpah. Arahan Amalan No 2 Tahun 2006 itu terpakai dalam
segala prosiding sumpah dalam tuntutan kes mal di Mahkamah Syariah hendaklah menggunakan Amalan Sumpah tersebut.

Seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 memperuntukkan ;

Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta (al-Mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (al-Muddha’a ‘alaih).

Persoalannya kenapa orang yang melakukan sumpah itu tidak melakukan sumpah tersebut di dalam Mahkamah? Dan menggunakan prosedur yang telah ditetapkan. Biarkan Hakim yang bijaksana membuat keputusan yang adil berdasarkan bukti dan keterangan yang ada. Barulah keadilan dapat ditegakkan. Mahkamah adalah tempat pengadilan yang akan mensabitkan hukuman kepada si pesalah. Jadi masyarakat tidak boleh terpengaruh dengan sumpah yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Selagi keterangan dan bukti yang mencukupi telah ada, maka sumpah tidak boleh dilafazkan dengan sesuka hati kerana sumpah ini adalah satu yang cukup berat.

Jadi sama-sama kita fikirkan dan buka minda kita seluas-luasnya agar kita boleh menilai dan mengkaji sesuatu isu yang berlaku bukan sahaja menerima bulat-bulat untuk dipercayai. Wallahua’lam…


[1] al-Nawawi, Yahya ibn Sharaf. 2004. Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi. Kitab al-Aqdiyah. Bab al-Yamin ke atas al-Muddaca calaih. No Hadith 1711. Jil 12. T.tp : Dar al-Taqwa. hlm 2139.

2 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah mengapalah masih wujud lagi manusia2 yang suka menafikan yang hak dan memperjuangkan yang batil..

    Dalam hal pertuduhan zina terhadap Anwar Ibrahim terdapat dalil2 yang tidak dapat disangkal dengan persaksian dan akal.. Dalil2nya:

    1. Video seks yang ditayangkan selama 16 minit adalah cukup lama tayangannya untuk mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video itu..

    2. Pakar filem menyatakan bahawa superimposed terhadap filem masih belum boleh dilakukan sehingga ke hari ini apalagi melibatkan filem selama 16 minit.

    3. Pakar forensik dari Korea Selatan mengesahkan bahawa video seks anwar ibrahim adalah tulen (tiada teknik pertindihan atau superimposed)

    4. Badan sukarela dari AS mengesahkan bahawa video seks anwar ibrahim adalah tulen (tiada teknik pertindihan atau superimposed)

    5. Anwar tidak berani bersumpah laknat.. (kenapa tak desak je anwar tu bersumpah laknat kalau dah kata pelaku dalam video seks perlu sumpah laknat bukannya orang yang mengesahkan pelaku seks???!!!)

    6. Eskay bersumpah mubahalah dengan menyatakan bahawa pelaku dalam video seks adalah anuar ibrahim.. (dalam hal ini , Eskay bersumpah pelakon dalam video seks itu adalah anwar ibrahim bukannya Eskay menuduh anwar berzina. Ingin dinyatakan disini bahawa orang yang menuduh seseorang melakukan zina memerlukan 4 saksi untuk mendakwa penzina. 4 saksi ini diperlukan apabila tidak dapat dibuktikan melainkan dengan 4 saksi yang melihat.. Eskay bersumpah bahawa dia saksi kepada pelakon dalam video adalah anwar bukan menuduh anwar berzina!!!!)

    7. Anwar tak mahu serahkan DNA (takut kerana salah tak macam Eskay bersumpah sebab berani kerana benar)

    8. Sampai ke hari ini anwar tidak menyerahkan jam OMEGA kepada pihak polis.. (ada dalam simpanan ke dengan polis??!!!)

    Dalil2 yang ada itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa anwar ibrahim adalah pelakon dalam video seks itu.. tapi amat menyedihkan sekali penyokong2 fanatik sanggup dan telah menghalalkan larangan Allah bahawa sesiapa yang membela kebatilan walaupun telah terbukti sesuatu kebatilan itu maka............!!!!!!
    na'uzubillahiminzalik...!!!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada yang memberi respon terhadap isu sumpah ini. Memang isu ini sangat panas diperkatakan dlm arena politik tanah air kita sekarang ini. Lepas satu-satu isu yang timbul berkaitan dengan Anwar ni. Dari isu ditahan ISA, kes liwat dan video seks. Tak habis-habis nak menghentam peribadi beliau. Dalam isu ini dalam ISLAM ada cara penyelesaiannya. Antara dalil naqli dan aqli yang mana perlu didahulukan dulu? Satu persoalan yang saya lontarkan kepada saudara/ri. Satu perkara yang saudara/ri perlu jelas adalah tentang konsep sumpah tersebut.Adakah saudara/ri faham tentang konsep sumpah ini dengan jelas khususnya tentang sumpah mubahalah dan sumpah laknat? Mungkin saudara/ri boleh mengkaji sikit tentang bab sumpah ni sebelum saudara/ri melontarkan dalil seperti yang tertera di no 5,6 dan 7.Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan. Mungkin saudara/ri buat research sikit mengenai perkara ini.

    Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID'AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita.

    Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda 'Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

    Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu 'Penjagaan Maruah'.

    Seharusnya mereka mengikut hukum syara' dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.

    Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah.

    Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti.

    Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH 'Qazaf' (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar'iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.

    Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan keranatiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam.

    Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat.

    Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

    Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya.

    Moga Allah memberi Hidayah kepada hati-hati kita.. Wallahua'alam..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails