My Followers

Wednesday, February 2, 2011

Kebangkitan Rakyat Mesir Menegakkan Keadilan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4oTjs-o_MekI89j2b23kG8lvCWn6cAaDfRQcEd7t9SPR_Ade9MXUK7hJtSxKf9Ap6aeB8ynpplu5v67zTSa9q-yfDWjb3_5OIGtCTfF5pB0_xbpgUg8bO1cudO0cUOL1YJXrJ47sC5gH8/s1600/201112616396346965_21.jpg

Demontrasi Tunisia telah memberi inspirasi kepada ribuan penunjuk perasaan di Mesir pada Selasa lepas.Para demostran berkumpul di Kota Kaherah dan kota-kota besar lainnya.Antaranya ialah Mansoura, Damanhur, Tanta, Suez dan selainnya.

Ratusan ribu rakyat membanjiri kota-kota Mesir menyeru pembaharuan dan menuntut pengusiran Hosni Mubarak, Perdana Menteri Mesir.Rakyat ditindas, segelintir para demonstran anti-kerajaan melemparkan batu ke arah petugas-petugas keamanan.Sementara itu, mereka melaungkan slogan-slogan pengusiran Hosni Mubarak yang telah memegang tampok pemerintahan selama 30 tahun.Dilaporkan juga, seorang polis meninggal dunia ekoran akibat kepalanya pecah terkena lontaran batu para demonstran.Manakala trak-trak polis memacu penyembuh air dan meriam air untuk membubarkan ribuan demostran di Kaherah.

Menurut fakta yang diperolehi, rakyat Mesir meningkat 2 % pada setiap tahun shingga
didominasi oleh kaum muda 60 % dan diantaranya berumur di bawah 30 tahun, mereka adalah dari kalangan kelompok yang mencecah 90% dari total penganggur di Mesir.Manakala sekitar 40 %, rakyat Mesir hidup dengan tidak lebih dari 2 Dolar AS per hari dan sepertiga darinya buta huruf.

25 Jan 2011 merupakan Hari Cuti Mesir dan sekaligus dinobatkan sebagai "Hari Kemarahan" atau "Anger In Egypt".Demostran menamakan hari tersebut sebagai "Hari revolusi melawan penyiksaan, kemiskinan, rasuah dan pengangguran".Demonstrasi yang berlaku dalam aksi anti-pemerintah tidak pernah terjadi sejak kenaikan Hosni Mubarak sebagai tampok pemerintahan iaitu setelah Anwar sadat dibunuh oleh kaum radikal.Antara lokasi pertemuan para demonstrasi besar-besaran di Kaherah bertempat di lokasi Central Tahrir Square, Kampus Universiti Cairo, dan bangunan mahkamah.

Antara elemen pencetus kebangkitan rakyat Mesir ialah INTERNET.Laman-laman sosial menjadi faktor utama kebangkitan rakyat Mesir.Di laman sosial Facebook, pemuda-pemuda meluahkan rasa tidak puas hati terhadap negara yang diperintah oleh Hosni Mubarak.Begitu juga sepertimana yang berlaku di Tunisia.Antara penyebab tumbangnya Tunisia, disebabkan terbongkarnya penyeludupan harta kerajaan melalui sumber Wikileaks yang dilakukan oleh Zainal Abidin Ben Ali, bekas Perdana Menteri Tunisia.Ketika gelombang kejatuhan Tunisia,laman Twitter disekat di negara tersebut.Sumber utama seperti Twitter dan Facebook telah menjadi metode utama digunakan oleh para demonstran.

Mahmoud Khayrat,23 yang telah menghadirkan diri semasa protes di Kaherah, pemuda itu telah memaklumkan kepada Al-Jazeera, Adam Makary " Kita ingin kerajaan yang berfungsi, kita ingin Mubarak untuk berundur, kita tidak mahu lagi undang-undang darurat, kita tidak mahu hidup di bawah penindasan seperti ini lagi" Katanya.
"Cukuplah, cukup, keadaan ini harus berubah, dan tika Tunisia boleh melakukannya, kenapa kita tidak boleh?" Khayrat menambah.

Demonstrasi yang berlaku tidak ada kaitan dengan gerakan Ikhwanul Muslimin.Di laman sosial Facebook menyatakan "Hari ini untuk semua rakyat Mesir". Lebih 30 000 rakyat berkumpul di Tahrir untuk bersama-sama dalam demonstrasi tersebut.Laporan dari Al-Wafd Daily melaporkan, polis telah menangkap 600 orang ketika demonstrasi di adakan pada Selasa lalu yang bertempat di lokasi Kaherah,Alexandria, Port Said, Tanta, AL-Mahala, Al-Bukhairah.Dan jumlah kesemua para demonstran mencecah lebih dari 200 000 rakyat Mesir di seluruh kota.

Syeikh al-Qaradawi seru Mubarak lepas jawatan

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.

Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".

Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.

Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.

Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber: al-Jazeera.

* Perkembangan pelajar Mesir, lawati blog ini :

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/01/update-2158pm-3112011-isnin-gmt-8.html?showComment=1296485530107#c6545707048507969717





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails