My Followers

Friday, September 21, 2012

Betul Ke Jam Tangan Datin Ros RM350,000?


Selepas gempar dengan kemewahan ‘aksesori’ Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM28,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000.

Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller.

Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000.

Sehubungan itu, Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail mencabar Rosmah mendedahkan aset peribadinya kepada rakyat jika dakwaan mengenai kemewahannya tidak benar.

“Sahut cabaran agar dedahkan aset peribadi kepada rakyat kerana tak masuk akal untuk seorang isteri pemimpin kerajaan mampu memiliki aksesori semahal itu.

“Jika lihat laporan yang tersebar di internet, dengan aset bernilai ratusan ribu begitu membuatkan kita kesal kerana isteri pemimpin berboros tatkala rakyat dihimpit keadaan ekonomi yang membebankan.

“Ternyata slogan wassatiyah yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya retorik politik semata-mata untuk menagih simpati rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Sebelum ini, Rosmah dan Najib dilapor berbelanja sehingga RM17,118,650.58 sepanjang lawatan rasmi mereka dalam tempoh 2008 hingga 2011.

Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah dikaatkan berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.

Seandainya betul inilah gaya hidup pemimpin kita yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri, tak mustahil negara kita memang banyak hutang dan rakyat sendiri yang terbeban disebabkan gaya hidup pemimpin yang terlalu mewah. Berbeza sungguh dengan isteri-isteri  pemimpin agung kita Rasulullah s.a.w serta isteri para sahabat.Sama2 kita fikirkan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails