Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk membeli susu kambing ini sila hubungi :
013-20001976 (Fahmi)
013-20001976 (Fahmi)
Da'ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA.....Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca semua?
Saya doakan anda semua berada di dalam situasi sihat, ceria dan bahagia adanya.
Baiklah, topik kali ini adalah berkenaan:
Apakah sebab anda melabur dan menyimpan emas?
Soalan ini adalah unik dan perlu dijawab oleh anda dengan JELAS sebelum anda menceburi pelaburan emas. Setelah anda tahu sebab, maka anda boleh selaraskannya dengan mind setting yang betul dan strategi memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda.
Dengan kata lain untuk memaksimakan keuntungan dengan emas, anda perlu:
1. Tahu sebab anda membuat pelaburan emas (ini perkara 1)
2. Membuat “Mind Setting” yang sesuai dengan (perkara 1). 3. Menyusun strategi yang bersesuaian dengan (perkara 1). Sebab-sebab seseorang membuat membuat pelaburan emas.
Setiap orang mempunyai sebab-sebab yang tersendiri mengapa mereka melabur dan menyimpan emas. Jika anda masih mencari sebab-sebab untuk menceburi pelaburan emas, maka anda boleh lihat contoh-contoh di bawah:
Mari kita lihat satu persatu
1. Inginkan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB @ pelaburan lain:
Anda melihat di dalam tv, baca surat khabar dan majalah tentang trend pelaburan emas yang semakin menjadi-jadi. Anda ditunjukkan bukti-bukti graf kenaikan harga emas yang semakin tinggi. Jadi anda rasa teruja apabila melihat kenaikan harga emas.
Anda melihat emas sebagai pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih lumayan berbanding ASB, Tabung Haji dan unit trust. Anda buat perbandingan pulangan satu persatu.
Ini adalah mentaliti pelabur.
Anda cenderung membandingkan kenaikan harga emas berbanding instrumen pelaburan yang lain. Bila harga emas naik, anda rasa seronok. Bila harga emas jatuh anda rasa sakit jiwa.
Jika pulangan emas lebih tinggi dari pelaburan lain maka anda rasa seronok menyimpan emas. Kalau harga emas jatuh atau kenaikan harga emas kurang berbanding instrumen pelaburan lain maka anda tidak gembira. Mungkin marah, mengutuk emas dan mengetuk kepala anda kat dinding.
Di dalam hati anda akan berkata “Daripada aku beli emas, baik aku beli getah sekerap, harga getah sekerap naik tinggi lagi dari emas”
Bagi anda, simpanan emas dilihat berbaloi sekiranya peratus kenaikan harganya lebih tinggi dari pelaburan lain. Kalau tidak, anda tak minat nak simpan emas. Mungkin anda minat invest komoditi lain seperti minyak sawit, timah, gas asli atau arang batu.
Mentaliti anda: Kalau prestasi emas lebih baik dari pelaburan lain, anda simpan. Kalau prestasi emas teruk, anda keluar dan invest ke tempat lain.
2. Emas digunakan untuk tujuan simpanan bermatlamat.
Ada orang menyimpan emas untuk satu tujuan yang jelas. Ini dipanggil simpanan bermatlamat @ tabungan bermatlamat.
Emas disimpan bagi mencapai objektif tertentu. Selepas objektif dicapai maka emas tersebut dijual dan tidak lagi disimpan. Contohnya ialah menyimpan emas bagi tabung kahwin, menunaikan haji, membeli tanah, melancong atau simpanan untuk anak masuk universiti. Memandangkan trend harga emas menaik maka anda simpan dengan harapan kenaikan harga emas yang tinggi mempercepatkan anda mencapai matlamat anda.
Biasanya anda akan membeli emas secara konsisten. Anda simpan sedikit demi sedikit. Samada harga naik atau turun anda tetap membeli emas secara konsisten.
Anda tahu dengan kaedah ini anda mendapat keuntungan dengan teknik pemurataan kos.
Apabila kenaikan harga emas mencecah target RM yang diingini maka anda terus menjual, tukar kepada RM dan melaksanakan impian anda.
Mentaliti anda: Simpan emas secara konsisten + keuntungan harga emas naik = impian tercapai.
3. Emas dilihat sebagai ubat mengelakkan kebocoran wang.
Untuk pengetahuan anda, ada orang tangannya panas. Tak boleh pegang duit kertas. Mulalah fikir nak invest (yang karut-karut) atau belanja. Memandangkan simpanan di dalam bentuk ringgit lebih senang bocor (asal duit banyak ajer, mula gatal tangan nak berbelanja atau nak invest ke mana-mana).
Belanja duit kertas nie senang sangat. Betul tak?
Budak darjah satu pun tahu habiskan duit kertas. Inikan pula orang dewasa
Jadi bagi orang seperti ini, emas adalah ubat bagi mengelakkan kebocoran wang.
Simpan emas confirm duit tak bocor.
Contohnya: jika anda ada duit RM100 ribu maka banyak idea datang utk menghabiskan wang tersebut ataupun anda mula teringin nak melabur kat macam-macam skim. Tapi kalau duit tersebut ditukarkan kepada emas, maka anda dah tak boleh belanja sesuka hati.
Jadi anda terselamat dari keborosan diri sendiri.
Mentaliti anda: “Aku tak boleh simpan duit kertas, asal tengok duit ajer nak belanja. Simpan emas selamat duit aku”
4. Emas dilihat sebagai aset @ harta.
Manusia suka menyimpan harta. Itu lumrah jiwa manusia. Apatah lagi jika harta itu berbentuk aset (aset = nilainya semakin naik). Contoh harta berbentuk aset ialah tanah, emas dan perak, rumah sewa, perniagaan dan harta intelek.
Dalam hal ini anda melihat emas sebagai harta kerana nilainya meningkat di dalam jangka masa panjang.
Kalau sesak-sesak maka emas boleh digadaikan di Arrahnu untuk tunai segera. Kalau beli emas di dalam bentuk barang kemas maka ia adalah harta yang boleh dipakai di badan.
Kalau anda simpan jongkong atau dinar, maka anda boleh rasa kepuasan apabila dapat melihat dan memegang “harta emas” anda. Harta di dalam bentuk kereta juga disukai oleh manusia, tetapi nilai kereta sentiasa jatuh. Harta di dalam bentuk wang kertas juga ada masalah kerana nilai wang kertas merosot akibat inflasi.
Bagi orang ini, kelebihan emas adalah ia adalah harta yang mudah dikumpulkan secara kecil-kecilan berbanding tanah atau rumah. Emas boleh dibeli di dalam kuantiti yang kecil (contohnya 1 dinar, 10 gram, 20 gram). Asal ada duit, tukar jadi harta emas.
Lama-lama banyak harta emas anda. Bagi orang yang menyimpan emas sebagai harta, mereka melihat tempoh masa yang sangat panjang dan sangat jauh.
Kenaikan dan penurunan dalam jangka masa pendek tidak mempengaruhi mereka untuk membeli dan menjual “harta” mereka. Kadang-kadang mereka tak fikir langsung nak jual “harta emas” nie. Ia adalah harta sampai mati.
Mentaliti anda: “Emas adalah harta. Kumpul emas ibarat kumpul harta. Kalau sesak boleh gadai. Kalau dah tua boleh kasik kat anak cucu”
Contoh pelabur di dalam kategori ini adalah mak saya.
Mak saya memang hobinya ialah membeli, memakai dan menyimpan emas. Dari dulu sampai sekarang, kalau ada duit ajer.. tukar jadi emas. Kalau nak pakai duit mak saya akan gadaikan emas ini (mak saya beli tanah RM50 ribu dengan gadai emas).
Mak saya tak pernah terfikir nak jual emas bila harganya naik. Bagi mak saya emas adalah harta. Dan harta adalah untuk disimpan. Dan emas yang mak simpan tu nanti emak nak bagi kat anak-anaknya. hehehehehe.. terima kasih ye mak!
5. Emas dilihat sebagai pelaburan yang boleh memberikan keuntungan jangka masa pendek.
Ada orang yang melihat emas boleh memberikan pulangan jangkamasa pendek.
Lebih kurang macam saham.
Ya memang betul. Kalau pandai beli-jual maka anda boleh untung di dalam jangka masa pendek. Emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran antarabangsa dan harga emas ada turun naiknya. Walaupun harga emas adalah “long term bullish” atau meningkat untuk jangkamasa panjang, namun di dalam jangka masa pendek harga emas boleh jatuh banyak (buying opportunity).
Anda sentiasa peka dengan pergerakan harga emas. Anda tahu sejarah harga emas seperti harga tertinggi, harga terendah, fibonacci retracement, fibonaci expansion etc. Graf kitco dan graf Metatrader 4 sentiasa menjadi kitab rujukan.
Bila harga turun anda beli, bila harga naik dan anda dah untung, maka anda jual. Bila harga turun anda beli lagi, bila harga tinggi anda jual. Anda ulang-ulang proses ini.
Bila harga turun emas turun anda rasa seronok. Bila harga emas naik pun anda rasa seronok. Ke mana sahaja arah harga emas. Anda seronok. Mungkin bagi orang lain anda nampak pelik, tapi sebenarnya anda tahu apa yang anda buat
Mentaliti anda: ”Harga emas naik atau turun, peluang buat duit tetap ada bro! kena pandai timing market ajer…”
p/s: Kalau rajin anda cuba ke FB kawan saya, Wazir tokey emas. Beliau aktif membeli, simpan dan jual. Beliau juga menggalakkan simpanan emas untuk jangka masa panjang. FB dia kat sini: http://www.facebook.com/tokeyemas999
Kesimpulan:
Itu dia tuan-tuan pembaca sekalian, sekarang anda sudah nampak sebab-sebab seseorang individu melabur dan menyimpan emas. Walau apa pun alasan anda untuk menyimpan emas. Anda betul!
Sekiranya anda masih kabur tentang sebab anda nak menyimpan emas. Pilih ajer salah satu daripada 5 sebab diatas
Lepas nie saya akan tulis pasal mind setting dan menyusun strategi yang bsersesuaian mengikut “sebab” anda melabur di dalam emas.
pesanan: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.
p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” .
Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas.
Anda boleh download FREE preview 94 mukasurat ebook ini (klik sini)
atau anda boleh membeli terus versi penuh. Klik sini untuk mendapatkannya (klik)
|
KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.
Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.
Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.
Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.
Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.
Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.
Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.
Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.
Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.
"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.
(Aishah bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia)
Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.
"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.
Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.
"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.
Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.
Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.
Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..
"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kita bantah, seperti kita menderhaka...
"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu dan berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.
Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.
Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV.
"Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...
"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.
Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee.
KLIK UNTUK MENONTON VIDEO UCAPAN AISHAH