My Followers

Thursday, August 25, 2011

Ya Rasulullah.....


Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Ya Rasulullah SAW mengingatkan kita sewaktu sakaratul maut...

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan petuah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur'an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya.
Ustman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.

Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya."Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Ya Rasullullah..aku merinduiMu...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak...

Sunday, August 21, 2011

Kembalikan Daya Tarikan Cinta

Assalamualaikum kepada semua pembaca..Harap sihat dan ceria selalu..Bulan ini bulan yang sangat sibuk, tak sempat nak update blog yang semakin bersarang ni. Tapi alhamdulillah ada juga ruang kosong yang membolehkan saya berkesempatan mencoretkan sesuatu di blog saya.. Baiklah, saya ingin mengulas sikit tentang tajuk di atas..Apakah yang dimaksudkan oleh daya tarikan cinta tu ye..ok mari kita baca seterusnya..

Jadilah orang baik, nanti kita akan menarik kebaikan. Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki. Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya sering dikungjungi, produknya laku dan jualannya laris.

Dalam rumahtangga pun begitu juga. Jadilah pasangan yang baik. Insyaallah kita akan menarik segala kebaikan untuk diri kita dan seluruh ahli keluarga. Baik tutur kata, manis senyuman dan mudah memberi kebaikan, itulah nanti yang akan menawan hati pasangan kita. Bahkan di mana sahaja anda berada,bermanis wajah dan sentiasa ceria. Itulah hukum daya tarikan atau law of attraction itu?

Pada diri manusia ada daya tarikan yang sling berhubung dengan daya tarikan orang lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga akan positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengan harmoni. Pepatah lama mengatakan burung yang sama bulu dan warna akan terbang sekawan.

Suasana inilah yang akan membahagiakan cinta dalam rumahtangga. Apabila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga akan turut ceria. Percayakah anda kalau katakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa-apa jua aktiviti dengan lebih baik dan berkualiti, maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya? Ada hormon endomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira. Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar Neuro-Linguistic Programming (NLP).

Sebaliknya, orang yang negatif asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perengus. Orang sebegini akan "meletihkan" pasangan dan orang sekelilingnya. Ingatlah, tidak ada sesiapapun suka orang yang pemarah dan pemurung.

Hukum daya tarikan juga berlaku, tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Dia akan menghantar "gelombang" yang negatif dan sebagai balasannya dia juga akan menerima reaksi yang negatif. Gelombang negatif ini akan menghakis rasa ceria dan gembira, malah lambat laun akan turut meranapkan perasaan cinta anda...Kesimpulannaya jadilah seorang yang ceria, kerana dengan keceriaan anda akan menceriakan orang di sekeliling anda.

Insyaallah jumpa di entri lain pula...

Wednesday, August 17, 2011

التليفزيون والصيام

من فتاوى العلامة الدكتور يوسف القرضاوي

السؤال: هل مشاهدة ما يقدمه التليفزيون من برامج وأفلام ومسلسلات يفسد الصوم؟

الجواب:

الحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن اتبعه إلى يوم الدين، وبعد..

التليفزيون وسيلة من الوسائل، فيه خير وفيه شر، والوسائل لها حكم المقاصد دائمًا، فالتليفزيون كالإذاعة ... وكالصحافة .. فيها ما هو طيب وما هو خبيث . وعلى المسلم أن ينتفع بالطيب، وأن يتجنب الخبيث، سواء كان صائمًا أم غير صائم ... ولكن في الصيام، على المسلم أن يحتاط أكثر، حتى لا يفسد صومه، وحتى لا يذهب أجره ويحرم من مثوبة الله عز وجل.

فمشاهدة التليفزيون، لا أقول فيها حلال مطلق ولا حرام مطلق . وإنما يتبع ذلك الشيء الذي يشاهد في هذا الجهاز: فإن كان خيرًا جازت رؤيته، وسماعه، كبعض الأحاديث الدينية، ونشرات الأخبار، والبرامج الموجهة إلى الخير .. وإن كان شرًا كبعض المشاهد الراقصة الخليعة ونحو ذلك، فهذا يحرم رؤيته في كل وقت، ويتأكد ذلك في شهر رمضان.

وبعض المشاهدة تكره رؤيتها وإن لم تصل إلى درجة الحرمة. وكل وسيلة من الوسائل تصد عن ذكر الله فهي حرام ...

فإذا كانت مشاهدة التليفزيون، أو سماع الراديو وغير ذلك، يلهي عن واجب أوجبه الله على عباده كالصلاة .. ففي هذه الحالة يحرم .. يحرم الاشتغال عن الصلاة بأي شيء ... فالله سبحانه وتعالى حينما علل تحريم الخمر والميسر، جعل من هذه العلة (إنما يريد الشيطان أن يوقع بينكم العداوة والبغضاء في الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله وعن الصلاة فهل أنتم منتهون ؟). (المائدة: 91).

وعلى المسئولين عن برامج التليفزيون، أن يتقوا الله فيما ينبغي أن يقدم للجمهور دائمًا، وفي رمضان خاصة، رعاية لحرمة الشهر المبارك، وإعانة للناس على طاعة الله، والاستزادة من الخيرات، حتى لا يحملوا إثم أنفسهم، وإثم المشاهدين معهم، كالذين قال الله فيهم: (ليحملوا أوزارهم كاملة يوم القيامة، ومن أوزار الذين يضلونهم بغير علم، ألا ساء ما يزرون). (النحل: 25).

Thursday, July 28, 2011

Madrasah Ramadhan Semakin Hampir

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan kurniaNya beberapa hari kita akan memasuki madrasah tarbiyyah. Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.


Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ;

"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]


Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.


Apabila kedatangan Madarash Ramadhan pastinya terdapat dua golongan atau dua jenis ragam penghuninya. Yang girang gembira dan yang bermuram durja..

Yang girang gembira pastinya mengetahui apa kelebihan bulan Ramadhan, balasan dan imbuhan yang dijanjikan oleh Mudir Madrasah Ramadhan. Hari-hari yang berlalu di sepanjang Madrasah ini dilalui dengan hati yang penuh keikhlasan. Ganjaran yang kita tidak akan dapat dimana-mana. DIA telah menjanjikan pada penghuni Madrasah Ramadhan yang menanti dan mengikut segala peraturan dengan imbuhan PAHALA dan percutian ke SYURGA. Subhanallah..Hati yang penuh keimanan pasti teruja dengan tawaran Mudir Madrasah ini.

Yang bermuram durja pastinya golongan yang merasakan dirinya terpaksa memasuki Madrasah ini dan menerima takdir itu dengan keadaan yang muram dan tidak bersedia. Bahkan mungkin ada yang dah berkira-kira untuk mengelat atau melanggar peraturan Madrasah. Hati-hari yang dilaluinya sepanjang Madrasah bagaikan cacing kepanasan. Hakikatnya semua penghuni sedia maklum tentang hukuman yang akan dikenakan oleh Mudir Madrasah kepada penghuni yang melanggar peraturanNya…

Di sini saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, ayuhlah sama-sama kita memasuki Madrasah ini dengan hati yang penuh keikhlasan dan penuh kesyukuran. Bersyukurlah,kita sekali lagi diberi peluang oleh Mudir Madrasah ini. Berbesar hatilah wahai penghuni Madrasah Ramadhan, kita bakal mendapat tarbiah “direct” dari Allah. Mungkin ini adalah Madrasah yang terakhir untuk kita. Ayuh kita tingkatkan amal soleh agar ibadah kita diterima oleh Mudir Madrasah ini..Moga kedatangan Ramadhan ini lebih bermakna dari yang sebelumnya….Ahlan Ya Ramadhan al-Mubarak….Kullu 'Aam wa Antum Bikhair...

Thursday, July 21, 2011

3 Golongan Manusia : Tahukah Anda?


Manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :

1- Golongan yang menganggap hidup demi dunia semata-mata

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :"Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan." (Surah al-An'am : 29)

Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

2- Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun....

Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan di sana. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

3- Golongan yang mengganggap dunia ini ladang akhirat

Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud:" Dan tiadalah kehidupan ini selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahami?" (Surah al-An'am 6 : 32)

DI MANA agaknya kita ya? Tepuk dada tanya iman...Sama2 kita sentiasa muhasabah diri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails