My Followers

Monday, December 6, 2010

Dalam Laut Ada Sungai..Subhanallah..

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut...

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Kalian boleh melihat gambar-gambar "Dalam laut ada sungai "di internet.Gambar-gambar tersebut asli dan bukan di"edit"atau di"photoshop"kan. Di sini saya sertakan juga video yang diambil dari dasar laut.Maha Suci Allah yang menjadikan apa yang dikehendaki.Tidakkah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa berfikir tentang kekuasaanNYA??


Sunday, December 5, 2010

Gerakan Yahudi Di Malaysia??

Gerakan Yahudi telah meluas di seluruh dunia melalui berbagai-bagai pertubuhan sulit seperti yang telah diterangkan. Di Malaysia juga terdapat pertubuhan sulit ini yang berselindung di sebalik tabir pertubuhan atau badan kebajikan dan kemanusiaan. Free Missionery, Kelab Rotary dan Kelab Lion serta Bahai telahpun bertapak di Malaysia. Inilah sebabnya gerakan Islam tidak boleh bergerak dengan lancar. Gejala-gejala keruntuhan akhlak berleluasa dan fahaman sekularisme semakin hari semakin kuat.

Pertubuhan-pertubuhan ini terdapat di ibukota dan di daerah-daerah di seluruh Malausia. Pada suatu masa terdapat di sebuah hotel di ibukota satu perhimpunan Kelab Rotary. Ini bererti kelab ini bergerak dengan cergas

Pada malam Jumaat 4 Oktober 1974 Kelab Rotary telah mengadakan jamuan makan malam sempena persefahaman dunia yang bertempat di Ipoh, Perak dan dihadiri orang-orang kenamaan di tempat itu.

Ajaran Bahai juga terdapat di negeri Kedah dan Kelab Lion pula bergerak dan meluas di seluruh Malaysia. Ini bererti gerakan Yahudi bermaharajalela dalam negara kita yang dicintai.

Rancangan Menghancurkan Islam dan Umat

Seorang peguam yang berbangsa Amerika yang beragama Yahudi iaitu Andre Clain telah membentangkan kepada masyarakat Amerika di New York bahawa protokol-protokol pendita Sahyun sebenarnya satu gerakan sedunia yang dijalankan oleh majlis San Handren. Beliau juga telah menulis di dalam akhbar suara wanita Chicago pada tahun 1945. PBB yang terletak di New York bukanlah satu hasil kajian dan keputusan kongres yang berlangsung pada 1945 di San Fransisco tetapi adalah keputusan Khahila sebelum kongres tersebut. Amerika sekarang dalam genggaman Khahila.

Sir Henry Ford 1 (pengasas dan ketua syarikat motor Ford) telah menerbitkan petikan protokol Yahudi itu pada awal lagi. Menurut catitannya, pergerakan Yahudi sebagaimana yang diperjelaskan oleh Prof. Serges Alnilus dalam sebuah risalah yang bernamaProtokol Zionis’ yang dicetak pada tahun 1905 bahawa para cerdik pandai Yahudi telah membuat satu rancangan yang berupa teori untuk menjajah secara aman di seluruh dunia. Prof. Sergei Alnilus adalah rakyat Rusia yang merupakan seorang paderi gereja Ortodof. Daripada Prof. Sergei Alniluslah dunia mengetahui segala rahsia zionis itu dan buku-buku catitan rahsia Yahudi itu dipamerkan di muzium British pada tahun 1905.

Hasil muktamar paderi-paderi seluruh dunia De Faui Sazelic sejak tahun 1897 - 1905 adalah seperti berikut : -

1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam.

2) Menghapuskan Al-Quran atau mengaburi gambaran yang sebenar sehingga menjadi kabur.

3) Hancurkan akhlak Islam, fikiran mereka, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka menurut hawa nafsu.

4) Melenyapkan persatuan muslim.

5) Meragu-ragukan muslim terhadap agamanya.

6) Melemahkan bangsa Arab.

7) Mendirikan negara-negara diktator di negara-negara Islam.

8) Pisahkan muslim dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan bangsa-bangsa barat.

9) Menyekat tokoh-tokoh Islam dan tamatkan gerakannya serta menghinakan para ulama-ulama Islam.

10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

11) Menubuhkan seberapa banyak sekolah di merata-rata negara Islam dengan dipimpin oleh beberapa tenaga pengajar Kristian dan Yahudi.

12) Menghantar sebanyak mungkin pengembang-pengembang agama Kristian ke seluruh dunia Islam.

13) Membuka pintu seluas-luasnya kepada belia-belia Islam yang menyambung pelajaran ke negara-negara Kristian supaya dapat menguasai kebudayaan Kristian dan mereka kosong dengan prinsip-prinsip secara Islam.

14) Mengeluarkan dan menyebarkan buku-buku yang boleh merosakkan belia-belia Islam dan melalaikan mereka daripada penumpuan kepada ilmu pengetahuan yang tulen.

15) Menguasai pengajaran di negara-negara Islam dengan sistem sekular yang bebas dari agama dan akidah.

16) Tindakan yang bersungguh-sungguh ke arah merosakkan belia-belia Islam dengan hidangan minuman keras, perempuan-perempuan pelacur, gambar-gambar bogel, kisah-kisah lucah, penyanyi-penyanyi dan kesenian muzik.

17) Memonopoli semua kegiatan ekonomi, mengawal pusat-pusat membeli-belah dan mungkin kekayaan di negara-negara Islam.

18) Menghidupkan semula tamadun lapuk seperti tamadun jahiliah yang dijadikan satu adat kebiasaan supaya menutup mata para belia Islam dan generasi baru Islam daripada melihat tamadun Islam di zaman yang silam.

19) Mengubah fakta sejarah Islam dan mengaburi peristiwa-peristiwa serta membesarkan beberapa sudut kelemahan yang remeh-temeh sehingga belia-belia Islam benci kepada peristiwa-peristiwa yang tertentu yang akhirnya akan benci kepada Islam.

20) Menciptakan fahaman-fahaman dan aliran serta dasar-dasar hidup duniawi, memesongkan parti-parti politik yang kosong dari roh agama dan menceraikan agama dengan kedaulatan.

21) Memperalatkan Yahudi sebagai batu loncatan, diasaskan permusuhan ke atas Islam di Palestin kerana di situ asalnya pusat negara Islam.

Sebanyak 21 protokol Yahudi yang diringkaskan daripada 24 protokol iaitu keputusan dan cadangan pendita-pendita Yahudi mengenai cara-cara untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka telah berjaya menjalankan segala rancangan mereka dan mereka telah berhasil meracuni dunia Islam. Umat Islam masih tidur dan masih lupa terhadap kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Kejatuhan negara-negara Islam dan ditakluki oleh orang bukan Islam serta dipecah-pecahkan mereka seperti kejatuhan Turki, penaklukan negara Mesir dn perpecahan Baghdad di samping Baitul Maqdis tanah suci umat Islam ke-3 diambil secara haram oleh rejim Israel adalah sebab umat Islam tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dan leka dengan kemewahan dan kemegahan dunia serta lalai dengan nikmat-nikmat yang ada pada mereka. Maka akhir sekali mereka ditakluk dan ditindas.

Protokol ini dibuat pada tahun 1905. Sekarang kita berada di alaf baru. Sudah berapa tahun protokol ini dilaksanakan dan bagaimana dengan natijahnya terhadap umat Islam.

Kita boleh lihat sendiri hasil-hasilnya. Apakah tindakan kita yang mengetahui peranan sebagai seorang muslim dan daie umat Islam pada masa akan datang ?

MACAM MANA PULA DENGAN APCO = YAHUDI ???? KEPADA BELIA , KATAKAN TIDAK PADA APCO..

Sumber : Majalah Islam Al-Fununiah

Tuesday, November 30, 2010

Betapa Pentingnya Solat Istikharah Dalam Kehidupan Harian Kita


Bila disebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah-5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)


Moga setiap tindakan yang kita buat akan mendapat redha dan keberkatan dariNya..

Sumber : http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=10

Monday, November 29, 2010

Filem “ANU DALAM BOTOL” : Budaya “HOMOSEKSUAL” Terus Menular Dalam Masyarakat Kita…


Terbaru, sungguh memalukan filem yang bertemakan kehidupan seorang “GAY” bakal ditayangkan di pawagam tanah air kita tidak lama lagi, sudahlah filem “COMOLOT” pada tahun 2008 telah menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan masyarakat kita di Malaysia, namum susulan daripada filem tersebut, timbul lagi filem yang berunsurkan seorang “GAY” yang berjudul “ANU DALAM BOTOL”. Melihat kepada tajuk filem ini, sudah menimbulkan 1001 persoalan kepada kita, apakah sebenarnya motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan?

Timbul persoalan disini, adakah masyarakat kita sekarang sudah tidak merasa jijik lagi dengan perbuatan yang kotor ini? sudah banyak budaya liar ini telah menular dalam Negara kita. Disamping itu juga, tindakan kerajaan yang membenarkan artis luar yang membawa imej “GAY” seperti Adam Lambert seolah-olah tidak ada pengawasan yang ketat lagi dari pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan keadaan akhlak dan moral anak-anak muda terjaga dengan nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.

Berkenaan pembikinan filem ini merupakan salah satu wasilah untuk mempengaruhi anak-anak muda kita dengan budaya yang tidak sihat dan bercanggah dengan fitrah manusia. Menurut sumber yang dipercayai, filem ini dibintangi oleh Arja Lee, Daina Danielle,Wan Raja, Norma Damanhuri, Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid, Rosnah Rahman dan Pekin Ibrahim. Manakala penerbit dan penulis skrip filem ini adalah Raja Azmi Raja Sulaiman yang sebelum ini pernah di labelkan sebagai seorang produser yang menimbulkan pelbagai kontroversi dalam dunia seni di tanah air kita. Walaupun penerbit filem ini bertujuan untuk berkongsi satu cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada masyarakat terutama kesan buruk apabila manusia sanggup menukar jantina demi mengejar sebuah cinta yang mustahil, tidak semestinya perlu ditayang dan dilakonkan semula kisah sebenar tersebut sebagai tontonan umum.

Banyak lagi wasilah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat, bukannya dengan kita mempamerkan semula perbuatan yang terkutuk itu kepada sidang penonton. Sebaliknya mengambil langkah yang lebih berkesan dengan mencegah perkara tersebut melalui tindakan pihak berkuasa bagi menghalang perbuatan yang tidak syari'e ini. Kes ini juga perlu dikategorikan sebagai jenayah dan memerlukan kepada tindakan yang sewajarnya untuk membendong budaya homoseksual ini dari terus menular dalam masyarakat kita. Jika kita melihat pembikinan filem ini seolah-olah meperkenalkan dan menghangatkan lagi budaya tersebut dalam masyarakat kita.

Menurut pandangan dari segi hukum pula, jelas kepada kita bahawa perbuatan hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki ( liwat ) adalah perbuatan yang terkutuk dan diharamkan sekeras-kerasnya oleh agama kita. Pengharaman ini jelas bedasarkan dalil Al-Quran dan Hadis seperti berikut :

Dalil Al-Quran di dalam Surah al-A'raf ayat 80-81 yang bermaksud: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?, Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Dalil Hadis

i) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-`Asyaari; kata Nabi saw: "Apabila telah mendatangi seorang lelaki meliwat seorang lelaki yang lain dalam keadaan kedua-duanya rela merelakan, maka kedua-dua lelaki itu adalah berzina." ( Syarah al-Muhazzab : 18/263 )

(Ini menunjukkan bahawa kesalahan bagi seseorang yang melakukan liwat dengan orang yang berzina adalah sama hukumnya).

ii) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas ra; Nabi saw bersabda, "Sesiapa telah mendapatinya melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (meliwat), maka rejamlah yang di atas dan yang di bawah." (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah )

(Yang dimaksudkan oleh Nabi saw "orang yang diatas"ialah orang yang meliwat. Dan "orang yang dibawah" ialah orang yang diliwat).

Daripada dalil ini, jelas kepada kita bahawa pengharaman perbuatan tersebut. Justeru adakah wajar bagi filem yang menayangkan kisah berkisar liwat ini diluluskan oleh kerajaan untuk tayangan umum? Penayangan filem ini juga boleh menyebabkan dikalangan remaja kita akan terpengaruh dengan adegan-adegan ditayangkan dalam filem tersebut. Kita tidak menginginkan budaya ini terus menular dikalangan masyarakat kita sehingga menjadi suatu perkara yang biasa dan tidak ada langsung sensitiviti oleh semua pihak yang bertanggungjawab terhadap isu ini.

Ingatlah sidang pembaca sekalian, suatu perkara yang perlu dibimbangi bersama adalah melalui kisah kaum Nabi Luth yang dibinasakan oleh Allah S.W.T dengan tingkah laku yang sama, bala’ yang pernah ditimpakan oleh ummat yang terdahulu tidak mustahil akan berlaku di Negara kita jika tidak ada pihak yang bertanggungjawab untuk membendong budaya ini dari terus berlaku, na’uzubillah min zalik.

Pihak MANHAL PMRAM juga rasa terpanggil untuk menjawab dan mengetengahkan isu ini kepada masyarakat umum, setelah mengetahui dari salah satu sebuah akhbar di Malaysia yang melaporkan bahawa Raja Azmi telah menghantar skrip filem berkenaan kepada pihak berkuasa agama di tanah air selain daripada Lembaga Penapisan Filem untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran.

Jadi menjadi kewajiban kepada kita seluruh ummat Islam untuk bangkit dan membantah sekeras-kerasnya agar filem ini tidak diberikan kelulusan oleh pihak berkuasa untuk ditayangkan. Bantahan ini patut mendapat sambutan oleh semua pihak, kerana kita yakin bahawa dengan tayangan filem ini boleh membawa unsur-unsur songsang yang mampu mempengaruhi masyarakat umum di Malaysia khususnya kepada golongan remaja kita. Bersama artikel ini kami lampirkan beberapa cadangan kepada pihak Lembaga Penapisan Filem Negara seperti berikut :

1) Memastikan filem-filem yang ditayangkan di Negara kita tidak mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum hakam Islam.

2) Filem tersebut tidak mempunyai adegan-adegan lucah yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.

3) Pihak lembaga Penapisan Filem Negara sendiri perlu mewujudkan khidmat nasihat agama, untuk memastikan segala filem yang ditayangkan mempunyai nilai-nilai agama yang sebenar.

Isu yang berlaku ini perlu diambil tindakan segera . Ini adalah kerana nilai murni akhlak-akhlak remaja kita mesti dipelihara . Semua pihak bertanggungjawab dengan pantas menghentikan segala tindakan untuk merosakkan pemikiran masyarakat kita di Malaysia. Tanpa kawalan segera, keadaan ini mungkin berjaya dimanipulasi oleh beberapa pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru-hara dalam negara kita dengan memperkenalkan budaya-budaya barat yang bercanggah dengan kehendak dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama Islam .

Kerajaan sebagai pihak yang paling bertanggungjawab untuk memelihara dan membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan kaum, janganlah menganggap remeh tentang apa yang sedang berlaku dalam Negara kita, dan isu ini memerlukan kepada tindakan yang bersifat segera bagi memastikan masyarakat kita tidak terdedah dengan budaya homoseksual yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Disediakan oleh :

Mohamad Hanif B Haron
Pengerusi MANHAL PMRAM

Sumber : http://ilmampusat.blogspot.com/2010/11/filem-anu-dalam-botol.html

Tuesday, November 23, 2010

Setiap Hari Berapa Kali Kita Ingat Allah?


"Siapakah kita? Dari mana kita datang? Ke mana kita akan dikembalikan? Kesemua persoalan ini akan membawa kita kepada Pencipta Yang Satu yakni Allah Rabbuljalil. Selamilah ke dalam diri sendiri sejauh mana kita menyedari hakikat bahawa manusia walau sehebat dan setinggi mana kedudukannya diatas muka bumi ini namun yang memisahkan darjat manusia disisi Allah hanyalah Iman dan Takwa.

Seorang teman pernah mengingatkan bahawa dunia ini ibarat penjara dan manusia adalah ibarat banduan yang menanti masa ke tali gantung. Bezanya hanyalah banduan yang dihukum mati mengetahui bila masanya dia akan digantung sementara kita tidak, hanya menanti masanya. Sudahkah kita bersedia melaluinya?

Perhatikanlah disekeliling kita, betapa besarnya kurniaan nikmat Allah untuk manusia. Bangkit daripada tidur adalah satu nikmat, dapat membuka mata dan melihat adalah nikmat, memandang cermin dan melihat diri kita dari hujung rambut ke hujung kaki terasa begitu agungnya kejadian Allah. Itu hanya setakat diri kita sendiri, belum lagi memandang keluar tingkap melihat langit yang terbentang luas yang tidak ada siapa yang mengetahui betapa luasnya ia. Sesungguhnya ilmu Allah itu tiada batasnya sepertimana ilmu manusia kerana Dia adalah Al-khaliq. Sedarlah siapa kita wahai sekalian manusia, kita ini adalah hamba, hamba abdi kepada Tuhan yang satu yakni Allah.

Cuba hitungkan berapa lama sudah kita menumpang hidup diatas bumi Allah ini? 20 tahun? 40 tahun? 60 tahun? Selama kita hidup dengan menikmati segala nikmat yang Allah berikan ini, apa yang telah kita lakukan untuk membayarnya? Allah tidak menagih hambaNya untuk membayar dengan wang ringgit dan harta benda, apa yang Allah kehendaki hanyalah ketaatan kita sebagai hambanya. Selama kita hidup, adakah kita benar-benar taat dengan segala perintahnya sebagai 'Tuan' kepada kita? Allah memerintahkan kita solat apabila masuk waktunya, adakah kita taat? atau kita masih sibuk dengan urusan dunia. Tidak merasa bersalahkah kita membiarkan 'Tuan' menanti kita untuk mengadapNya. Tanyalah diri masing-masing 'selama kita hidup, apa yang telah kita lakukan untuk Allah dan agamanya?' dan 'setiap hari berapa lama kita mengingati Allah?. Sehari ada 24 jam dan dalam waktu sebanyak itu, berapa saat, berapa minit, berapa jam kita mengingati Allah?

Renungkanlah betapa lalainya kita sebagai hamba, seandainya kita hanya mengingati Allah disaat kita solat dan satu waktu solat itu mengambil masa kira-kira 10 minit, ini bermakna dalam 24 jam hanya lebih kurang satu jam kita mengingati Allah. Bayangkan kita telah menghabiskan 23 jam untuk urusan dunia. Ini bukan bermakna kita tidak perlu bekerja, tidak perlu makan dan tidak perlu minum tetapi ingatlah kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Bekerja dengan penuh iltizam agar hasil rezeki darinya dapat kita nafkahkan sebahagiannya ke jalan Allah, makan dengan penuh ingatan bahawa apa yang kita makan itu adalah rezeki kurniaan Allah. Itulah ertinya seorang hamba yang bersyukur.

Hari ini, Allah menguji kita dengan bermacam-macam bencana yang datang bertimpa-timpa, belum pun habis dengan krisis ekonomi, Allah datangkan pula dengan wabak penyakit chikugunya, denggi, influenza A H1N1 dan sebahagian negara dilanda gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Sejauh mana manusia mengambil segala bala bencana ini sebagai ujian dari Allah? Tingkah laku manusia masih kelihatan seperti biasa, tiada resah, tiada gusar dan tiada bergantung harap kepada Allah. Benarlah syaitan itu akan terus melalaikan dan melekakan manusia sehingga nyawa berada halkum, sehingga pintu taubat telah tertutup untuk manusia.

Kembalilah kepada Allah, mohonlah ampun kepadanya sementara pintu taubat masih terbuka luas, perbaikilah segala amalan, panjatkanlah doa dan harapan agar pancaran hidayah dari Allah menerangi hati kita yang gelap dan kelam dengan selaput dosa-dosa silam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails