My Followers

Saturday, October 9, 2010

Debat Professor Atheist Dengan Pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…
Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/11/debat-professor-atheist-dengan-pelajar.html#ixzz11rD72uos



Wednesday, October 6, 2010

Bara'ah...


MEMBACA kisah benar ketabahan seorang srikandi kecil berusia 10 tahun bernama Bara'ah. Kecekalan beliau mengharungi kehidupan menyuntik rasa insaf seluruh pembuluh darah. Menitis airmata sayu saat menyaksikan srikandi kecil ini melantunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran ketika kondisi beliau sedang koma. Subhanallah, srikandi kecil ini seorang penghafal ayat-ayat Allah. Moga Allah tempatkan beliau bersama roh para salafussaleh dan orang-orang beriman. Amin...

Ini adalah kisah gadis kecil berumur 10 tahun yang bernama Bara'ah. Orangtuanya merupakan doktor yang berasal dari Mesir dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bar 'ah telah menghafal seluruh Al-Qur'an secara bertajwid, dia seorang anak yang sangat cerdas. Gurunya mengatakan bahawa dia sangat berbeza berbanding kanak-kanak seusianya. Keluarganya berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya.

Suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah ibu bar'ah menderita kanser, dan kanser ini sudah di peringkat akhir.Ibu Bara'ah berfikir bagaimana caranya untuk memberitahu puterinya, terutama jika suatu hari nanti ia terbangun dan menemukan ibunya tak lagi berada di sampingnya.
Inilah ucapan ibu bar'ah kepadanya, "Bara'ah, ibu akan pergi ke syurga lebih dahulu, tetapi ibu ingin kamu selalu membaca Al-Qur'an dan menghafalnya setiap hari, kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak.

Gadis kecil itu tidak mengerti apa yang ingin disampaikan ibunya, tetapi dia mula merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ibunya mula dipindahkan ke rumah sakit dalam jangka waktu yang lama.
Hari-hari selanjutnya menjadi sangat susah untuk dilalui Bara'ah. Gadis kecil ini menggunakan waktu sebaik pulang daripada sekolah untuk menjenguk ibunya di rumah sakit dan membaca al-Qur'an untuk ibunya hingga tiba waktu malam, sehingga ayahnya datang dan menjemputya pulang.

Suatu hari, pihak rumah sakit memberitahu ayah Bara'ah bahawa kondisi (keadaan) isterinya itu sangat buruk dan ia perlu datang secepatnya. Ayah Bara'ah segera menjemput Bara'ah dari sekolah dan menuju ke rumah sakit. Dapat dibayangkan bagaimana sedihnya hati seorang ayah bagaimana jika anak gadisnya akan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Ketika mereka tiba di hadapan rumah sakit, ayah beliau meminta Bara'ah untuk tinggal di dalam kereta, agar dia tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia. Ayahnya keluar daripada kereta bersama linangan air mata, beliau menyeberang jalan dengan tergesa-gesa supaya segera sampai ke rumah sakit, tetapi sebuah kereta tiba-tiba datang dalam keadaan laju lalu melanggar beliau. Ayah Bar'ah meninggal ketika itu. Kejadian itu berlaku di hadapan puteri beliau tersebut. Tidak dapat dibayangkan tangis gadis kecil ini pada saat itu...

Tragedi Bara'ah belum selesai sampai di sini, berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu Bar'ah yang masih di rumah sakit, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya, akhirnya ibu Bara'ah juga meninggal dunia.Kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orangtua nya, orangtua teman-teman sekolah Bara'ah memutuskan untuk mencari saudara-maranya di Mesir, sehingga saudara-maranya dapat menjaga beliau.Kerana sekarang Bara'ah tidak mempunyai siapa pun di Arab Saudi.


Tidak berapa lama tinggal di Mesir gadis kecil Bara'ah mula mengalami kesakitan seperti ibunya. Keluarganya lalu membawa beliau menjalani pemeriksaan. Setelah beberapa kali pemeriksaan, di dapati Bara'ah juga mengidap kanser. Sungguh membingungkan kala Bara'ah diberitahu dia menghidap kanser. Inilah perkataan Bar'ah, "Alhamdulillah, sekarang aku akan bertemu dengan kedua orang tuaku". Semua teman dan keluarganya terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap bersabar dan ikhlas dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya!
Subhanallah.. Orang-orang mula mendengar tentang penyakit Bar'ah dan ceritanya.

Pemerintah Arab Saudi memutuskan untuk mengurus dan mengirimnya ke Eropah untuk pengubatan penyakit ini.
Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz TV) dapat menghubungi dengan gadis kecil ini dan meminta beliau untuk membaca al-Qur'an, dan ini adalah suara yang indah yang dilantunkan oleh Bar'ah http://www.youtube.com/watch?v=VflW8wJ4cHM&feature=rec-LGOUT-exp_fresh+div-1r-3-HM . Mereka menghubungi lagi Bar'ah sebelum beliau pergi ke Coma (nama sebuah tempat) dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dengan menyanyikan Nasyid syahdu ini http://www.youtube.com/watch?v=GbaZ-QWAZm4&feature=related

Hari-hari yang dilalui membuatkan kanser menghuni seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan ia telah bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya. Beberapa hari setelah pembedahan amputasi kakinya, kanser menyerang bahagian otak beliau. Lalu doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak. Dan sekarang Bara'ah berada di sebuah rumah sakit di Eropah menjalani rawatan.
Bara'ah mengharapkan doa kita....

(Berita terakhir Bara'ah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...)

Tuesday, October 5, 2010

Pembangunan Waqaf Pendidikan Di Malaysia


Bertemu kembali..entry kali ini adalah ulasan yang saya buat dari semasa saya menghadiri satu persidangan antarabangsa "The Tawhidi Epistimologi Zakat And Waqf Economy" di ILIM. Kertas kerja ini dibentangkan oleh salah seorang Profesor yang membentangkan kertas kerja beliau semasa persidangan tersebut. Jadi saya ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang ulasan dari kertas kerja beliau agar kita sama-sama berfikir secara lebih kritis....

Waqaf adalah amalan mulia yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagai salah satu mekanisme kebajikan, waqaf agak unik berbanding dengan sedekah, hadiah dan derma kerana harta yang diwaqafkan itu akan di ‘tahan’, iaitu tidak dihabiskan tetapi sebaliknya apa-apa manfaat atau pulangan daripada penggunaan harta waqaf itu boleh dibelanjakan. Bermula dengan amalan waqaf tetap secara langsung, dewasa ini perkembangan waqaf adalah dalam bentuk waqaf tunai dan daripada tunai inilah sebahagiannya dimanfaatkan untuk pembangunan atau pembelian hartanah atau harta lain dan sebahabian pula akan dilaburkan dalam pasaran kewangan. Pembangunan ini dapat dipercepatkan melalui badan khas diperingkat negeri dan kebangsaan dengan mengambil pelajaran daripada perkembangan institusi-institusi zakat.

Di bawah Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, waqaf dimasukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri dan dikecualikan dari peruntukan Kanun Tanah. Dewasa ini, usaha sedang giat dilakukan untuk membangunkan tanah waqaf am yang mempunyai potensi pembangunan. Kerajaan Pusat dalam usaha memakmurkan amalan waqaf telah menubuhkan Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi membantu usaha peringkat negeri. Dari dana yang disalurkan melalui JAWHAR beberapa projek pembangunan telah mula dilaksanakan.

Pembangunan sektor ketiga melalui program waqaf adalah sangat penting bagi mewujudkan mekanisme penjanaan dana yang bersifat lestari serta melibatkan hampir seluruh warga masyarakat. Infrastruktur kebajikan amat perlu diusahakan dengan segera agar amalan infaq ini dipupuk dan akhirnya menjadi suatu Budaya Masyarakat dan natijahnya adalah mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t.

Asas kepada waqaf adalah bersumberkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang maksudnya : “Apabila mati sahaja seseorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (waqaf), ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya.” Maka salah satu keperluan yang sangat penting untuk diketengahkan adalah keperluan dana yang mampan untuk agenda pendidikan. Di Malaysia, umumnya terdapat tiga aliran utama dalam persekolahan iaitu sekolah kendalian kerajaan Persekutuan/Negeri, sekolah aliran agama kendalian Majlis Agama Islam dan sekolah kendalian persendirian (swasta). Setiap tahun para ibu bapa dikehendaki untuk membayar dan menyumbang sejumlah wang untuk menampung keperluan operasi sekolah terutama yang melibatkan program kecemerlangan akademik. Bagi sekolah-sekolah swasta yang menawarkan kurikulum elit dan mengenakan yuran yang tinggi, mungkin sumber kewangan mereka kukuh. Namun bagi majoriti sekolah, terutama yang menawarkan kurikulum aliran agama Islam, keperluan kewangan merupakan di antara agenda yang besar bagi pentadbiran sekolah.

Dalam konteks pendidikan sekolah, amalan kaedah waqaf dapat memenuhi tiga keperluan utama iaitu pembangunan sekolah dan kemudahannya, menampung kos operasi dan aktiviti kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan. Di antara produk-produk yang menggunakan kaedah waqaf dan boleh dilancarkan untuk pembangunan waqaf pendidikan di Malaysia adalah seperti Skim Waqaf dan Infak Am dengan Takaful, Skim Pendidikan dengan Takaful, Skim Waqaf Pembangunan Pendidikan dengan Takaful dan Skim Hibah dan Wasiat Pendidikan. Skim di atas boleh secara tunai atau dalam bentuk asset lain. Dana-dana yang terkumpul akan segera dimanfaatkan kepada aktiviti penjanaan hasil dan juga dibuat peruntukan perbelanjaan berasaskan keutamaan pengembangan ilmu.

Selain Skim Waqaf Pendidikan-PIBG dengan elemen Takaful, pihak pengurusan dijangka boleh memperkenalkan produk-produk waqaf yang innovative dengan bercirikan elemen Takaful Kelompok, Perkongsian Pulangan untuk Di Waqaf, Waqaf Instrumen Pasaran Kewangan, Waqaf Instrumen Pasaran Modal dan pelbagai lagi yang menggunakan konsep waqaf. Pelbagai program yang bakal dijalankan berpotensi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan pelbagai peringkat dari pengurusan, pentadbiran dan sokongan. Program kebajikan juga perlu dan mampu diurus secra professional.

Penulis kertas kerja telah membuat simulasi akan potensi dana yang mungkin dapat dikumpulkan melalui tiga pendekatan iaitu komponen sumbangan infak bulanan dan komponen caruman Takaful bulanan, komponen sumbangan infak tahunan dan komponen caruman Takaful bulanan dan usaha pengumpulan dana daripada pihak industry-dermawan korporat. Bermula dengan model mikro pada tahap satu sekolah dan berkembang untuk kelompok sekolah-sekolah berasaskan aliran, mukim, Bandar, daerah dan negeri, program Waqaf Pendidikan ini boleh dipertimbangkan untuk peringkat Kebangsaan bagi semua rakyat dalam negara tanpa mengira bangsa dan anutan agama.

Program Pembangunan Waqaf Pendidikan ini bukan saja akan memperkara konsep waqaf, ia juga berpotensi untuk memperkasakan sektor ketiga ekonomi Islam, mengembangkan aktiviti ekonomi melalui pelbagai projek pembangunan, pelaburan dan perniagaan, pelengkap kepada program Pembangunan Bantuan Kerajaan, pelengkap kepada program Kebajikan Bantuan Kerajaan, pelengkap kepada program Pendidikan Bantuan Kerajaan dan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama atas konsep waqaf. Untuk tahun-tahun seterusnya, pelbagai usaha boleh dipertingkatkan seperti pelancaran produk-produk baru yang juga berteraskan kaedah waqaf, program Kebajikan dan program Kecemerlangan Pendidikan.

Monday, October 4, 2010

Bicara Kata..



Pena sudah kering,
Dakwat menjadi beku,
Hanya nukilan putih hasil dari mindaku,
Sudah cukup lama,
Memandang ke langit,
Namun di situ masih belum ketemui,
Satu kata yang cukup padu,
Merangkumi seluruh kata hatiku,

Berjalan di malam gelita,
Aku terlihat seuntai kata,
Di sebalik cahaya menerangi segugus cita,
Aku merentasi sebuah kegelapan,
Beberapa kali tersadung,terluka,
Jatuh,bangun,jatuh,bangun,
Kaki sakit tapi tangan mencapai untaian kata itu,
Di sebalik cahaya,
Kutemui satu kata paling tepat,
Sebagai ilham untuk sebuah karya,
Yang akan bersinar menerangi jiwa....

Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Tahu Israel Bohong

Salam..bertemu kembali..saya ingin berkongsi dengan kalian semua tentang satu video yang bijak..Biarpun dalam lingkungan umur 2 tahun tetapi mengerti sebuah pendustaan global ke atas tanah Palestin yang dirompak dari semasa ke semasa.Subhanallah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails